Pages

haluan tanpa pendayung, perjalanan tanpa peta...

semua orang tidak mahukan nasib yang teruk atau masalah yang bertimpa..setiap insan hanya mahukan kebahagiaan mengulit setiap mimpi indah mereka. Tapi, mampukah kita menghadapi tusukan tajam tika gembira mengulit diri?Mampukah kita menerima kenyataan tentang pahitnya sebuah realiti? Pangkal ceritanya kembali kepada ALLAH S.W.T. Dia yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang memberi kasih sayang yang tak terhingga.Dia yang memudahkan seluruh perjalanan hidup kita. Sedarkan kita bahawa kedukaan yang kita harungi itu hanyalah sedikit berbanding kegembiraan yang tidak terhingga. Sedarkah kita nikmat yang kita terima itu tidak mampu diganti semula.Nikmat makan, kasih sayang, kesihatan, kegembiraan dan segala-galanya. Alangkah ruginya kita bila kita sekadar memikirkan keadaan yang buruk menimpa diri kita. Alangkah sedihnya bila kita seakan tidak mempercayaai setiap haluan yang tela ditetapkanNYA. Setiap perjalanan itu pula tidaklah berlangsung ke arah bahagia andai kita hanya menunggu bahagia itu datang. Kejayaan itu tidak datang menghampiri kita seandainya kita berdiri kaku tanpa usaha. Kasihanilah diri kita yang meronta mahukan sebuah kehidupan. Maukan kemanisan dalam sebuah perjalanan hidup. Usaha , tawakal dan doa. Berserahlah diri kita kepada ALLAH setela kita cuba melakukan yang terbaik. Haluan tanpa pendayung, tidak sampai ke destinasi. Perjalanan tanpa peta menyimpang jauh ke jalan yang salah.

~exam datang lorr..~

9,11 dan 15/11/2010

peksa datang lagi..gud luck utk suma member ku...tk sbar nk hbs peksa dan menghabiskn semester ni....

~bila duit tak ada~



6/ 11/2010

bila duit tak ada...aku mula merajinkn diri memask..masak lah gna apa yg ada dlm blik ni...bnda pling smple pn jd sdap..msuk jerlah apa yg ada...sedap lah jgk..megi goreng masin, mee sup, nsi gorng, ..kali ni ak tak derlah rasa terseksa sgt bla duit tkder..ntah..tak tau npe...mls nk mntk2..ap nk jd, jdlah.....1st time rasa bla tk der seringgit pn dlm poket...rasa hbat lak..hahaha.....takder plak rasa nk nangis mcm sblm2 ni..takder rasa gelabah......ak hanya mmpu berdoa aga ALLAH murahkn rzeki aku di saat ak kesempitan begini...
mempermudhkan segla urusn...tk minta duit yang berkepuk turn dari langit..tapi sekdar dapt melegakan prut yg lapar.....tragis betul tahun ni...tp apa pun, pngalamn ni akan ku kenang smpai bla2....


~ perjalanan cinta ini...~

3 November 2010

Assalamualaikum...salam ceria, salam kasih sayang...moga kita berada dalam limpahan kasih sayangNYA...Dalam masa 2 3 hari ini, berita putus cinta dari dua sahabat baikku membuatkan ku rasa sedih, risau. Biarpun mereka jauh dari mata tapi mereka sentiasa dekat dihati. Biarpun aku tidak pernah sekali pun berjumpa dengan salah seorang temanku itu, tapi aku rasakan seolah-olah aku sudah mengenalinya bertahun-tahun..

S menghantar mesej yang mengatakan dia sudah berpisah dengan kekasihnya. Hanya kerana wanita itu terpengaruh dengan hasutan rakan2. Ermmm..usia percintaannya yang cukup lama membuatkannya menaruh harapan, menyulam impian, menggarap mimpi bahagia dalam setiap tidurnya. Pada mulanya ku menganggap dia tidak akan apa-apa.tapi sangkaan ku silap. Dia seolah-olah hilang tujuan.kekecewaan menyelubungi hidupnya. Semangat seolah diambil angin puting beliun.Sekelip mata. Aku hanya mampu memberi nasihat demi nasihat. Walaupun aku hampir dimarahi atau pun senang kata tiada lagi kepercayaannya kepada perempuan, aku masih tegar memberi nasihat mengingatkannya bahawa dia masih punya ALLAH yang sentiasa memerhatikannya, menyanyanginya. Dia masih punya ibu bapa yang masih mengharapkannya dan tidak tertanggal sedikit pun rasa kasih dalam hati mereka terhadapnya. Aku mungkin tidak sempurna sebagai khalifah di bumi ALLAh untuk memberi nasihat. Tapi harapanku hanyalah agar dia tidak tersasar jauh hanya kerana putus cinta. Aku amat berharap. Ku akui dia teman yang ku tak pernah sangka hadirnya. teman yang ku tak pernah sangka akan akrab begini. Aku hanya mampu berdoa agar dia masih ada iman yang sentiasa mengingati bahawa ada ALLAH untuk tempat dia mengadu.

Hari ini, ku terima satu lagi mesej. dari sahabat ku yang paling akrab. Sahabat yang dulu ku benci. Sahabat yang mendengar tangisanku di kala aku dirundung sedi. Sahabat yang tidak mengeluh tatkala ku bercerita tanpa henti. Perpisahan antara dia dan pilihan hatinya. Aku benar-benar sedih sebab perpisahan ini terjadi. Aku benar-benar mengagumi atas ketabahan hatinya menerima setiap dugaan ini. saat aku mahu melelapkan mata, aku terbayang-bayang saat awal perkenalan mereka. Bagaimana mereka berusaha untuk meyakinkan ibu dan ayah mereka. Aku benar-benar kesal dengan sikap lelaki tersebut. Sangat-sangat kesal. Aku sangat berharap sahabatku ini dapat menghadapi dugaan ini dan peperiksaan yang bakal menjelang.

Cinta ini mampu membuatkan kita lupa.
cinta ini membuatkan kita alpa,
cinta ini membuatkan kita berduka,
cinta ini membuatkan kita gembira,


Tabahla wahai sahabat2ku.


hanya kerana cinta...


jauh dari mata..dekat di hati\

keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu


Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah

~tatkala kenangan menyapa fikiran...~

31/10/2010

hari ini...aku seolah-olah mengulang kembali apa yang berlaku setahun yang lalu. Ye..dah setahun peristiwa itu berlaku...kerja gila...itu apa yang aku fikir sekarang.tapi kenapa aku tak terfikir masa tu?? Ya Allah! Aku bersyukur kerana ENGKAU masih melindungi diriku dari melakukan perkara yang bukan2.masih melindungi hatiku dari jatuh cinta dengan orang yang macam ni...kalau tak..haru biru hidupku...

Di kedai makan dekat ini, pada masa yang lebih kurang sama, pada musim hujan. Aku seolah-olah terbayang apa yang aku buat dekat sini dulu..ISh.....memang kerja gila...tak ke keja gila boleh kuar ngan "SO" tu ke Kuala Terengganu berdua jer..Apalah aku dah buat ni.Alhamdulillah Allah masih beri akal yang waras pada ku untuk berfikir..memang tak ada apa yang tak diingini berlaku.tapi...ish...tak mampu nak ulas lagi benda ngarut yang aku dah buat tu...

Sekarang ini, aku hanya mampu senyum sendiri dan sesal dgn apa yang aku dh buat.Memang lah aku tak kan buat lagi...dan aku tak nak dah kawan dengan spesies "SO" ni...bahaya sungguh...

K.A.M.I


PISMP SDM ESTER 6 PJ

titian perjalanan ini...

menjalani hidup bersama masyarakat adalah satu cabaran yang kita tempuh tak kita kita belajar setinggi mana atau bekerja di tempat mana sekalipun. Asam garam kehidupan bermula dalam satu kelompok sosial pelbagai. Hidup kita gembira jika kita berjaya mengharungi dugaan yang datang dari masyarakat sekeliling. Biarpun orang ada berkata " Ah, hidup aku..suka hati akulah." tapi, adakah selamanya kita akan hidup bersenang lenang sehingga tidak memerlukan sebarang pertolongan dari orang lain?? Bukan aku membenci ungkapan seperti itu tetapi kadang-kadang tidak kena dengan budaya melayu.

Jaga tepi kain orang...

Itu seolah sudah menjadi lumrah dalam kehidupan melayu. Yang baik dipuji yang buruk dikeji. Yang cantik disanjung, yang buruk dibuang...Tetapi jika kita fikirkan semula..adakah kita dapat menilai orang lain hanya sekadar dari pandangan empat mata ini? Adakah mata ini mampu menembusi hati manusia yang sukar ditafsir? Saat aku menulis ini aku seolah memuhasabah diri sendiri. Semakin lama aku berfikir semakin aku menginsafi diri sendiri. Baru-baru ini aku berpeluang untuk menyelami hati insan yang kurang ku kenali suatu ketika dahulu. Pelbagai cerita timbul dari mulut orang mengenai nasibnya. Dan aku hanya mampu mendengar dan membuat spekulasi sendiri sebagaimana orang lain. Sudah tentunya satu spekulasi yang buruk juga. Dan apabila hari demi hari aku mengenalinya, aku semakin malu sendiri kerana apa yang aku kenali ini tidak seperti yang orang perkatakan. Budinya, sopannya, agamanya.sampaikan sekarang orang masih bercerita , aku seolah-olah mahu menjerit..." dia bukan seperti kalian perkatakan!", tapi kalimah itu hanya tersekat dikerongkong. tidak mampu kulafazkan...Malu aku rasa...Aku tidak tahu sampai bila aku mampu muhasabah diri seperti ini. AKu takut aku lupa dengan apa yang berlaku dan mengulangi kesilapan yang sama.

Sahabat di kala susah dan senang.

Ramai orang menyatakan bahawa sahabat susah sukar di cari. Aku akui perkara itu. daLAM dugaan yang kutempuh tanpa sesiapa di sisi. PErjalanan seorang pengembara yang bersendirian akan lebih lama berbanding perjalanan seorang pengembara yang berteman. Apabila sedih, tiada siapa di sisi. Hanya padaNYA ku meminta pertolongan. tika ku gembira, tiada siapa di sisi yang ingin kukongsi kegembiraan. Bila difikirkan terasa kasihannya diriku ini. Tetapi, aku masih bersyukur kerana aku dikurniakan jiran dan sahabat yang baik. Sekurang-kurangnya aku masih hidup dalam keadaan tenang tanpa dikelilingi fitnah dan umpat keji. Selebihnya aku hanya berserah kepada ALLAh Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya DIA lebih tahu titian perjalanan yang harus ku tempuh. Setiap langkah yang kuhayun, aku hanya berserah kepadanya. Berdoa moga perjalanan ku selamat dan dijauhi dari sebarang bahaya. Tika ini hanay pada ALLAH tempat ku berlindung dan meminta pertolongan dan aku tidak keseorangan dalam menempuhi perjalanan hidup.

Kesedihan yang berpanjangan..

Apabila kita memikirkan hidup kita yang sendiri, kita akan kesedihan berpanjangan. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan daripada merintih dan merintih dari hari demi hari. manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apabila menyedari kelemahan yang kita ada, perbaikilah. Moga itu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain...Apabila kita merasakan diri kita sedih, masih ada lagi ramai yang bersedih.Tika kita merasakan kita berduka masih ada ramai lagi yang lebih berduka.Tika kita merasakan diri kita kesusahan, masih ramai lagi yang lebih susah daripada kita...renungkanlah, Insyaallah kita akan kurang merasa sedih.


Kegembiraan tidak datang dengan memanggilnya,
keseronokan tidak datang dengan kita menjerit ke arahnya,
kebahagiaan datang dengan usaha, doa dan tawakal untuk mendapatkannya,
kesedihan hanyalah seketika jika kita mampu menilai baik buruk diri kita,
marilah kita muhasabah diri..
Setiap yang berlaku adalah satu suratan yang ditetapkan, Kita perlu berusaha demi mencapai apa yang ditetapkan dan setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk ada hikmah di sebaliknya yang ALLAH mahu tunjukkan kepada kita....


begitu begini

dari hati, dari jiwa, dari sanubari....

ketenangan ini menggamit seribu persoalan,
kedukaan ini mencungkil seribu keinsafan,
di sini aku masih keliru dengan rasa,
masih kabur dalam keresahan,
jalan mana harus ku pilih,
begini atau begitu,
di sini atau di situ,

kesilapan ini mampu membangkit seribu rahsia,
pilihan ini mampu mengukir sejuta bahagia atau derita,
jalan mana harus ku pilih,
aku hanya mampu meniti liku hidup
yang sentiasa di uji Oleh TUHAN yang MAHA KUASA,
aku tenggelam dalam dugaan yang sentiasa menduga,
usaha dan tawakal mengiringi setiap pilihan yang ku ingin,
tetapi bahagia atau derita?
kita yang mengukirnya....

~kembara ramadhan bermula~

dALAM meniti kehidupan yang penuh dugaan...sedar tak sedar sudah masuk fasa ramadan yang baru..Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan ramadhan kali ini dalam keadaan yang sederhana..dalam kesedihan yang akn muncul pabila berpuasa di tempat orang...aku akan merasakn diri ini kerdil di bumi Allah yang cukup luas....Aku terasa sendirian di tempat orang yang bertuan..cuba ku singkirkan lara yang semakin menikam jiwa...cuba ku leraikan konflik diri yang mula meningkat dari hari demi hari..supaya tiada orang yang terluka, hatiku mendapat gembira...

Ya Allah! kadang-kadang aku rasakan akulah insan yang paling lemah..kadang-kadang aku rasakan bahawa diriku tiada punya siapa-siapa...tapi, itu hanya lah mainan perasaan, buaian jiwa negatif yang mampu menyeret aku ke daerah sepi....positifkan diri, ceriakan hati...Tekad, nekad....supaya perasaan lara ini menghilang dari jiwa kerna malu dengan rasa gembira yang semakin menempelkan diri ke dalam hati ini..Kuatlah wahai siti salwa...Kegembiraan ada di mana-mana..carilah gembira kerana gembira itu tidak datang tanpa dicari....

Ya Allah! Ya Rabbi!..KAU berilah kekuatan kepada jiwa ini..KAU ampunkanlah dosa hambamu yang tak terkira ini.KAU berikanlah petunjuk dan HidayahMU ...AMin...

~hidup ini singkat...~

hidup ini begitu singkat...kita bangun tidur, solat, makan, wat aktiviti harian, bercakap dan sebagainya...kita manusia yang sentiasa membuat kesilapan.Pernah tak tefikir bahawa kita yang selalu melihat kesilapan orang pun selalu melakukan kesilapan.kita selalu mengatakan orang itu salah , orang ini salah tapi sedangkan kita lah yang sebenarnya membuat kesilapan kerana merasakan diri kita sentiasa betul. Kita perlu sentiasa beringat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada satu hikmah di setiap kejadian. Apa yang buruk itu jika diselami dengan kesabaran akan digantikan dengan kegembiraan. selami diri, selami jiwa selami hati kita yang kerdil ini supaya apa yang berlaku di sekeliling kita akan menjadi yang terabik untuk diri kita dan orang lain....

~aku masih di sini...~

27 jun 2010
ipg Ksm


hari ni patutnya aku dh mula mengajar..tpi disebabkan terengganu telh menang SUKMA, maka seluruh negeri terengganu telah diberikan cuti sebagai hadiah....

sudah puas mengemas,..ad lagi yang tercicir...mlas betul...huhu....kembali setelah hampir 3 mggu bercuti...banyak peristiwa yang berlaku pada cuti kali ini...pahit manis....

akak aku telah berpindah ke senai, jadi dengan suka hatinya aku membantu dia meengemas rumah dan meneyelesaikan apa yang patut...penat lah jugak...jadi bibik sementara...bibik tetap...heee...walaupun bkn rumah aku sendiri tapi aku turut tumpang gembira....seronok men dengan faiz yang chubby....dah tua rupanya aku ni...anak sedara dah berderet....

cuti kali ini juga aku merasai pengalaman pahit,..kemalangan kereta...huhu...cuak betul....kering tekak aku....nasib lah tak teruk...tak ada sapa yang cedera cuma aku rasa lah jugak sakit kat tgn dan badan...huhuhu....kereta kancil vs kete saga...nak melambung jugaklh keta..tapi, ALhamdulillah, masih selamat dan sejahtera....sebelum kemalangan tu, aku dah rasa dah len macam...namun, kita tak tau apa yang akan berlaku kan...huhu...2 3 hari lepas tu, hampir kmlgn lagi sekali...tapi, Alhamdulillah, masih selmat...gila betul pemandu bas tu...dah tau "double line" nak motong lagi....aku ingatkan keta..rupanya jentera besar tu...huhhh...nasib lah akak aku dh mahir lah jugak bwa keta...dan tak gabra....huhu..kalo tak, aku tak tahu lah kat mana aku sekarang ni....Syukur pada ALLAH...

dan aku paling tak lupa, pengalaman yang aku tak nak lagi ulang kalo boleh...cabut gigi....Ya Allah! sakit sangat..Tuhan jerlah tahu...menitis air mata masa kena inject untk bius....huhuhu....sakit.....terpaksa cabut jugak kalau tak, akan sentiasa bengkak....huhuhu...tak apalah, kerana gg len yang nk tumbuh, gg yang lama terpksa dikorbankan...sedih jugk..gg yg sihat dan cantik terpaksa dicabut..tpi daripada menederita sakit baik gg tu aku korbankan.....mcam2 hal tau..

minggu terakhir mula merasai suasana bosan dan menunggu hari untuk kembali ke IPG....mengahbiskan sisa-sisa cuti bersama mak bapak yang tersayang...bawa mak g jejalan dkat bandar...berkhidmat sebelum pulang,....heee..lepas ni tak tau lah bila lagi aku dapat bawak mak...cuti akan datang jer lah....

dan kini aku masih di sini...IPG KSM...untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai...bersedia untuk melalui pahit manis kehidupan di IPG, meredah suka duka kehidupan...adakah aku telah ebrsedia??Wallahualam....

~meniti hari penuh liku~

kadang-kadang kita akan merasakan dunia ini tidak adil kerna kita tidak bisa mendapat apa yang kita inginkan lantas kita terlupa nikmat yang akan kita terima apabila kita berjaya melaluinya.kadang-kadang kita selalu merungut tentang sesuatu sedangkan ia adalah yang terbaik untuk kita...sedar atau tidak sedar kadangkala kita telah menjadi insan yang seolah-olah tidak bersyukur dan tidak redha atas segala kegembiraan dan kedukaan yang diberikan kepada kita..

banyak perkara yang berlaku sama ada baik dan buruk yang perlu aku imbas kembali.Yang perku aku muhasabah diri. Pelbagai persoalan mula timbul seperti : kenapa tiba-tiba kawan aku mula menyedari akan setiap tindakan aku sama ada aku suka atau tidak suka? kenapa aku rasakan yang setiap yang aku alami ini akan mempunyai akibat di sebaliknya?...dan setiap persoalan ini mula berlegar-legar di kotak fikiranku..

Aku baru tersedar yang aku semakin lama tidak pandai menyembunyikan perasaan sendiri.Suka, benci, sedih, gembira..Semua akan terlahir di hadapan orang..Aku pun tidak pasti mengapa sedangkan dahulu aku tidak begitu.Aku sudah menunjukkan diriku yang sebenarkah?atau aku tidak bisa lagi menyimpan apa yang ku rasa...Aku rasakan sikap ini ada baik dan ada buruknya. Sekurang-kurangnya oarng tahu kita marah tapi kadang-kadang ia akan memebrikan kesan kepada diriku.Orang akan mula memandang serong sebab aku tidak boleh lagi mengawal emosi aku yang semakin hari kian rapuh.Menagapa?Aku masih mencari jawapan...

Aku tidak mengerti apa yang orang lain fikirkan, Aku tidak tahu apa yang orang lain inginkan.Aku terbelenggu dengan persoalan dan pemikiran yang kadan-kadang menidakkan kebenaran mendatakan keburukan dan melahirkan fikiran negatif.Ahh!sejak bila ini terjadi..menagapa kau jadi begini....

Aku ingin kembali pada dahulu.Aku ingin menjadi yang dahulu.Bisa tertawa biarpun berduka. Bisa tunduk biarpun hati membara....Ya Allah! Jangan KAU jauhkan diriku dari hidayahMU...Lorongkan hatiku untuk sentiasa bersikap sabar....AMIN//..

~~trip to Medan Indonesia...~

Part 2

Kisah Di Indonesia dan seterusnya..


Aku tak tau kenapa tak adala berdebar sangat pun naik kapal terbang walaupun pertama kali..ada orang nampak betul dia takut.Alhamdulillah..diberikan keberanian...kami samapi di "Airport polonia, Medan" dengan selamat..tapi, ada satu dugaan yang menunggu..setelah berjaya melepasi imigresen, kami dapati bagasi tertinggal di Malaysia..waaaa...apa sudah jadi...dahlah baju ni aku dah pakai seharian..sejak dari genting sempah lagi...adus.....nasib...memasing dh terduduk kat tepi...macm pendatang tanpa izin lak..huhu...lebih kurang beberapa minit duduk kat lapangan terbang yang cuku"besar" tu...kami keluar sebab diberitahu bahawa bagasi kami akan tiba esok...terpaksalah check in kat hotel dengan hampa...aku dah terbayan katil empuk...tidur tak berapa nak nyenyak bila dalam kereta...


Garuda Plaza Hotel...hotel pertama kami bermalam...ok lah..untuk 2 orang...dengan baju yang dah semalaman...tidur jelah...janji dapat rehat...esoknya kul 7 waktu Indonesia dah tercegat kat kafe..sarapan...lapar2...bubur ayam, bihun goreng( bihun yang tebal.tak sama macam kt malaysia)....dah selesai tu, tunggu arahan seterusnya...kami bergerak ke lapangan terbang semula untuk ambil beg..kalau tunggu lagi lambat...perjalanan seterusnya bukan dekat...dah selesai ambil beg dengan selamat..perjalanan diteruskan...


Melihat kesibukan bandar medan,...takjub dengan kenderaan yang ada dekat sini..bukan calang-calang kereta yang ada...semua kereta import dan besar2..(masih terpikir sebabnya kenapa)...patutlah rakyat yang berpendapatan rendah tak mampu ada kereta...(Dekat medan, kereta dipanggil motosikal)...cabaran pertama di sini...Jalan yang tidak rata dan keadaan trafik yang hingar bingar dan tak tentu hala....setelah bernhenti dekat pejbt pemandu pelancong ni untuk tukar duit, kami teruskan perjalanan ke parapat....sungguh jauh perjalanan....sambil2 tu dengar info pasal orang batak...batak karo, batak toba dan satu lagi aku tak ingat....batak simalungun kot...ermm....memori lemah ni..perjalanan yang memakan masa agak lama ni..pukul 12 perut dah berkeroncong.( pukul 1 malaysia)...adus....dalam beg takder makanan..sabar jerlah..nasiblah memang nak berhenti makan...berhenti di restoran minang melayu..simpang tiga....restoran yang agak ekslusif lah...ada pesanan sebelum turun...kakak-kakak, abang-abang yang mahu minum jus, teh dan air manis, boleh order sendiri dan kena bayar sendiri ya..." sudah...aku tak dapat bayangkan lagi apa hidangan kami....duduk semeja dengan kak luk, chicken, mat jan, apis n ann...nampak menarik jer lauknya...sedap2..ada ayam goreng, ikan masak lemak cili api. dsb.....kami tengok menu air,....menarik2...ada jus pelangi, bulan madu...apa ntah lagi...aku order jus pelangi..Rp 12000....bila minum...huhuhu...mcm makan buah yang sebenar....mcam tak ada letak air langsung....Alhamdulillah..semua makanan kena dengan selera..mungkin keluarga ku yang memang berketurunan jawa dan makanan pun lebih kurang sahaja...tak menjadi masalah bagi aku untuk makanan makanan yang dihidangkan...memang sedap....


kami teruskan perjalanan setelah makan dan berhenti di kilang PATEN...daerah simalungun...terkenal dengan kekacang...ini adalah tempat pertama aku membeli belah....hbislah dalam Rp 125000...waaa....kalau kat M'sia...beli kete sebuah sedap ni...perjalanan diteruskan ke parapat...ingatkan dah dekat..tapi jauh lagi....pukul 5 baru sampai di tempat penginapan...aku memang tabik lah pada pemandu bas ni...jalan memang mengerikan..(gaung di kiri kanan jalan.) tapi, dia boleh cool jer bawa bas tu...yang paling takut masa nak naik ke tempat penginapan...fuh.....ngeri tul..gaung dalam tu....selekoh tajam....

Subhanallah..memang menakjubkan bila berada di sini...dikelilingi tasik toba yang cukup luas...macam berada di laut...tapi sebenarnya hanyalah sebuah tasik...kisah yang diceritakn oleh pemandu pelancong kenapa tempat ini dipanggil parapat....masa dahulu ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin...mereka ingin pergi berbulan madu di Pulau Samosir(90 km panjang)..mereka naik perahu dan nasib tak menyebelahi apabila cuaca tidak elok...si suami telah jatuh ke dalam tasik toba dan si isteri telah menjerit " pak rapat, pak rapat" ( dengan harapan supaya sang suami dapat rapat denga perahu dan tidak hilang di tengah tasik..begitulah kisah yang serba ringkas...setelah itu, di berilah nama temat ni, parapat...


Malam di parapat ni sungguh dingin...dengan aingin danau toba...kami berkaraoke malam tu..buat pertama kali aku menyanyi di khalayak ramai...(suara tak sedap kan..heheh)...dah lama-lama tu, aku keluar ambil angin tasik..budak-bdak ni ajak pergi minum...Siti( pekerja hotel) ajak minum dekat rumah dia(kedai minum)...aku tak berani sangat nak minum sebarangan..aku mintak coffemix dan pop mie 1....Rp 9000........sedap pop mie ni...tak ada dekat malaysia...ada yang nak cuba jamu bandrek...aku tak tau rasa apa..tak berani nak cuba...Masa tengah lepak-lepak dekat luar dengan Kak linda dekat luar..tiba-tiba wanda datang...dengan muka cemas...berikut adalah dialog antara kami:


pak wanda: Cik Siti salwa ada di sini?

budak-budak ni: ada...dekat luar

Aku : ya ?kenapa?

Pak wanda: maaf ya...

Aku : ya ?ada apa masalah?(dalam hati takut dan cemas sebab pak wanda dan sorang lagi ni muka dia cemas sangat.)

pak wanda: begini, ada satu keluarga dari medan.dia sudah booking bilik ....(tak ingat no bilik)...pekerja di akunter tersilap bagi bilik pada kakak...kami sudah sediakan bilik lain..

Aku : (menarik nafas lega)....oh...kena pindah malam ni juga ke?

Pak wanda: ya..mereka baru sampai dari medan...ada pakcik ni sangat kasihan...mereka dah booking bilik tiga serangkai..

Aku : oh..tak apalah macam tu..saya pndahlah...

pak wanda: maaf ye....(berapa kali dia ucap maaf pun aku tak tahu..serba salah sangat.)


Macam tu lah lebih kurang perbualan kami..Yang aku nak cerita...betapa cemas nya dia orang ni..padahal kena pindah bilik jer....aku risau benda lain jer tadi..dahlah duduk jauh kat tempat orang ni...takut ada apa-apa yang berlaku dekat keluarga aku.Alhamdulillah tak ada pun...aku pula jadi serba salah nak jawab apa bila diaorang duk minta maaf....aku dengan senang hati menumpang motosikal diaorang dan budak2 lain pun tumpang sekaki..tak payah dah nak berjalan kaki....
dah lah...sambung lain kali..penat menaip..banyak lagi nak cerita....kisah di pulau samosir...perkampungan batak toba...nak tidur..esok hari pertama praktikum....

~trip to Medan Indonesia...~

~12- 16 Mac 2010~
part 1
kisah di malaysia


Perjalanan ke medan ni, bermula dari IPg KSM...konvoi ke KL...dengan 4 biji keta(keta zimbo tgu kat marang).gerak dalam pukul 10..Aku rasa agak bosan dengan perjalann yang panjang ni..yerlah..dah selalu sangat lalu area nak ke kuantan ni...benda sama jer pun..cuma konvoi kali ni lebih relax dan banyak berhenti....memang banyak sangat berhenti tapi Alhamdulillah..perjalanan cepat dan selamat.Berhenti dekat achendor untuk berehat...

Kami samapi dekat genting sempah dalam pukul 7...kereta arm alami sedikit masalah..Namun dapt bertahan juga sampai ke KL....Hajat hati nak jmpa buah hati tak kesampaian..mgkn tak ada rezeki nak jumpa....kami teruskan perjalanan dan tiba di IPG IK jam 11.30 tengah hari setelah sesat di dalam bandar hutan ni...huhu,.....suma nya sebab ada org yang tak tau..tapi wat2 tau..adus....pening pale sehh......

bila tiba kat IPG IK pula...masalah dengan teksi...dah tempah..tapi bermasalah...Alhamdulillah...ada member rai datg..dia tlong carikan teksi..daptlah teksi 2 biji....bull n dak lain yang nek keta...amik teksi lain...bla sampai kat kl sentral..teruslah cari tiket ke lcct...walaupun lapar..tapi terpaksa teruskan perjalann..takut tak sempat nak ke lcct...bila dah samapi ke lcct...;lega rasanya....dan hujan menyambut ketibaan kami....

urusan perjalanan berjalan dengan lancar...kami naik flight AKA-456...sambung di lain masa..perjalanan yang cukup panjang.perjalanan ke indonesia..

menyahut cabaran Gunung Tebu

dengan En Ishak...


matahari terbit(jangan tertipu dengan wktu)


Kami...di puncak gunung(PISMP, KPLI JUN N JAN)



tAHniah!anda berada di puncak Gunung Tebu


3/3/2010-4/3/2010

~Pada mulanya macam tak nak pergi...sebab ramai tak pergi...dan dengar macam2 pasal xpdc ni...bila pikir2 balik...apa salahnya aku ikut...bkn pengalaman aku tu dapat beli dengan duit...memanglah pergi nak kena bayar...Aku nekad pergi walaupun sorang je wakil perempuan kelas..Masa ni lah aku nak uji kekuatan fizikal dan emosi aku..

Kul 6.45 kami gerak dari IPG..ke Lata Belatan/ kaki Gunung Tebu...Makan sarapan(bihun) dekat sekolah Kebangsaan Kuala Kubang( kecik jer sekolah dan sekolah kurang murid)...siap2, terus pergi berkumpul di lata belatan...Takut juga sebenarnya..macam-macam aku pikir...mampu ke aku nak daki...selamat ker....macam-macam cerita aku dengar pasal Gunung Tebu ni...En. IShak menyuruh kami beratur sebaris untuk mengecam bilangan dn menetepkan nombor...aku adalah peserta no 21..(terasa ganjil berada di kalangan mereka)...

Pukul 8.30, kami memulakan pendakian...pelbagai ayat aku baca untuk melindungi diri dan semua orang sepanjang perjalanan ini...sekadar berusaha untuk mengelakkan sebarang kejadian tak diingini....Cantik pemandangan di sepangjang perjalanan...tapi, ALLAH sahajalah yang tahu macam mana perasaan apabila terpaksa mendaki kawasan yang curam...Masa ni aku baru tahu bahawa aku masih mampu buat xtvt ni...masih ada lagi kekuatan pada kaki dan badan aku...Sistem jantung aku masih mampu mengepam darah dengan baik...Aku tengok ada akak KPLI JAN 2010 memang tak larat dah....ketar kaki...dengan nak bawa beg beat lagi..AKu tak tahu apa dia bawa..macam nak pergi berkhemah seminggu...Bukan apa, kudrat dia sikit, tapi kena bawa beban yang besar dan berat...Naya sungguhlah....banyak juga perhentian kami...untuk memberi ruang berehat...

Sampai di tempat mengambil air(punca air), kena turun bawah 125 meter..nak turun tu memang lah sedap..air pun sejuk jer..rasa nak mandi jer masa tu...masa tu pula tiba-tiba rasa nak membuang air kecil..Ya Allah..tak tahulah nak buat macam mana..Niatnya nak tahan dan turun balik lepas solat...Tapi, nak naik balik satu kerja...penat sangat...keadaan gunung yang curam..kena guna kekuatan kaki dan tenaga yang banyak...masa tengah nak ambil air tu..ada lah 2 orang jatuh..Kak Linda dan Kak Emma..risau jugak..tempat air tu dahlah berbatu...

perjalanan diteruskan...dengan tahan nak buang air lagi...huhu...seksa betul..perjalanan masa ni lebih mencabar kerana struktur gunung yang makin curam..tak tahu nak gambar macam mana...ALhamdulillah..aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan..Pelik juga sebenarnya...kuat juga aku ni...

sampai di puncak pukul 4 lebih kurang...puas sangat masa tu...tercapai juga hajat nak naik Gunung Tebu ni...3041 kaki..7088 meter..fuhhhh....tak sangka tu...dah puas amik gambar kami turun untuk pergi cari tempat tidur...adalah jumpa pokok limau dan nenas..(siap berbuah lagi)...En.Ishak pesan..JANGAN AMBIL BUAH2 TU!!..bahaya betul...kot2 amik, terus tak jumpa jalan balik kan...huhuhu..(masa ni dah berani cakap..dekat atas, cakap dalam hati jer)..masa tengok pemandangan dari atas ni...aku terasa kerdil sangat...kecil je benda2 dekat bawah..tengok pokok2 dari atas...

sampai je tempat khemah..terus bentang "flysheet"...dia orang terus merebahkan diri..tak menyempat sungguh...penat kan...tengah nak terlelap tu, En. Asri ajak turun amik air...aku dengan kak linda ikut sekali sebab nak buang air..dan nak amik wuduk...wooo....turun tu pun curam juga..adus..nak naik nanti mesti penat gila....tak apa lah..nak buang air punya pasal...dah turun tu...kecik jer tempat air tu..tapi, air dia sejuk sangat.macam masuk kaki dalam air batu...SUBHANALLAH....tak nak mandi..sekadar lap badan...nanti susah...kami naik balik selepas buat apa yang patut...memang betullah..nak naik tu memang penat...

bila sampai atas tu, baru perasan ada kubur dan batu peringatan...tempat flysheet tadi dah berbumbung..En Ishak tolong pasang...(tima kasih)...aku tak tahu nak duk mana...yerlah...apa pun tak bawa..Diaorang memang baik bila ajak tidur sama....malam menjelang...memang cantik pemandangan dari atas ni..masa aku amik wuduk untuk maghrib..tiba2 mata aku terpandang kunang-kunang..sudah...orang tua kata kalau ada kelip2 ni..ada lah makhluk satu lagi tu..tapi diam jer lah kan...lepas siap2 maghrib dan isyak, aku terus cai port untuk tidur..awal aku tidur...biarlah....nak rehat puas2..pakai stokin dua lapis..cari kain selimut (kain batik).dan tidur.zzzzz....pukul 2 aku tersedar.....sejuk sehhhh...dengan sakit badan sebab sebelah akak kayu...woooo..menguji emosi betul ni...kebas badan sebelah kiri, ngiring ke kanan pulak...sampai pukul 4 tu..memang sejuk mencengkam sampai ke tulang..dak KPLI dah mula bangun dan masak megi dan buat air kopi...mula2 buat tidur...tapi bangun juga..nak merasai suasana....dah siap tu, sambung tidur samapi pukul 6...nak buang air pulak...huhu...aku dan kak nurul g lah emncari tempat membuang....macam-macam hal...dapat lah melihat suasana matahari terbit.Cantik..dah puas amik gambar dan sarapan(kongsi satu roti dengan orang)...kemas2.dan teruskan perjalanan...

MAsa nak balik ni,gerak pukul 8.45.. baru tahu langit tu tinggi rendah...curam sangat...asyik turun jer lah...brek kna clear..kalau tak..ada lah yang tersadung...kaki terasa penat masa nak turun....samapai dekat punca air, kami bakar plastik dan polistren yang kami bawa..dapatlah rehat sikit...teruskan perjalanan..makin laju pula...tertinggal orang yang belakang..mentang-mentanglah turun gunung....bila baru nak duduk, dia orang gerak.tak menyempat sungguh....berapa kali kena....baru nak duduk dah gerak...tak apalah..teruskan perjalanan untuk sampai sebelum solat jumaat...bila dah dengar deruan air..lega...tapi, psiko je lebih...jauh lagi tu.....dalam hati, bila nak sampai sungai ni....

pukul 12.30 tgh hari..kami selamat sampai ke lata belatan...lega...ramai orang masa ni..malu jugak lah...lepak2 kejap dekat tempat rehat...kata En Ishak nak jumpa...tunggu punya tunggu..bila dah habis solat jumaat tu, ada orang bagi tahu yang encik suruh balik...sudahhh....memang wujud konflik..masing-masing penat...cuma yang tak sedap nya tu...adalah orang2 ni, terus tinggal je barang2 macam tu...lahhhh..apa kes.....gaduh2 pun, bawa lah balik barang ni......sapa nak bawa...tak paham betul aku dengan orang ni...panas lah juga hati....kena g PL diaorang ni..baru emosi stabil sikit....Alhamdulillah..yang penting semua selamat...

masa duk melepak minum2...abg2 KPLI ni bercerita hal dekat atas tadi.pasal makhluk ALLAH yang kita tak nampak...aku dah agak...tapi tak tahulah kebenaran cerita diaorang sampai mana.Hanya ALLAH yang tahu.....

sekian al-kisah perjalanan cabaran Gunung Tebu...Moga ada lagi peluang lain di masa akan datang..Insyaallah

~sehari sebuah buku~

~himpunan kisah-kisah berhikmah~

22/02/2010

yang kat atas ni adlah tajuk buku yang aku baru je sudah baca.karya zaidan abdur rauf.....aku bukan orang yang cukup sempurna..masih banyak kekurangan dalam ilmu agama...namun, bila baca buku ni, aku cukup tersentuh dan benar-benar terasa..terasa yang diri ini terlalu kerdil, terlalu hina, terlalu rendah di muka bumi ALLAHy yang luas ni...seseungguhnya, segala yang berlaku di sebalik setiap kejadian itu ada hikmahnya dan ALLAH yang menentukan dan merancang semua itu...ALLAH itu adalah Yang Maha Mengetahui....

Buku ini merupakan himpunan kisah motivasi yang banyak menyedarkan aku tentang hidup...ada satu kisah tentang Rasulullah yang cukup sabar sehingga mempengaruhi dakwahnya....dengan kesabaran Baginda, Agama Islam dapat dikembangkan...Buku ini juga mendidik aku untuk belajar menahan marah...jika nak diceritakan di sini terlalu banyak...

rentetan daripada ni....ada satu kisah yang membuatku ingin marah..Alhamdulillah...aku mampu menahan perasaan marah dan cuba mengawal emosi aku dengan banyak ingat ALLAH..Alhamdulillah...

Kesimpulannya, diri kita ini adalah kerdil sahaja...bersbar sahajalah atas apa yang berlaku...buangkan perasaan marah...diri kita akan diberi tepukan oleh syaitan apabila kita melakukan perkara yang akan melalaikan kita dengan kebesaran ALLAH....

"FRIENSHIP CONTEST"


aku malas nak mengedit gmbar..tapi aku nak masuk contest ni...boleh la kn....pic ni di ambil lepas kejadian ribut kat tempat kita orang berkhemah untuk program Bina Insan Guru...kalau perasan belakang tu banyak pokok tumbang....

~Cabutan Bertuah MDM 2010~


tak ada mood tibe2 nak join contest...saje nak cuba...biasanya diri ini tidak lah terlalu bertuah utk cabutan bertuah...sesiapa nak join..ni syaratnya...;

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;

3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke http://mdm7781.blogspot.com/2010/01/sila-berikan-nama-untuk-cabutan-bertuah.html

4) Mestilah dan wajib jadi follower blog http://mdm7781.blogspot.com (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010, jam 1.00 am);

~Pantai...~







gambar2 ni aku abadikan dalam entri kali ni sebb ini merupakan gambr2 yang aku teruja sangat nak tengok dan gamabr yang aku sayang...tak sangka eksperimen untuk mengambil gambar menarik menjadi juga....semua gamabr ni di ambil dekat PAntai Air Tawar, Besut, Terengganu..









~BAtik Kelantan uNtuk Di JuaL~


Batik kelantan bagi wanita untuk di jual...berminat boleh hubungi no 017-7927650 (wawa)..

~kenangan itu...~


ank sdara ku yg comel...Aisyah
~31 JAN 2010~ aku rasa masih teringat2 lagi kenangan aku sanggup dtg lambat STF BI semata2 nk wat ayam BBQ..dah lah kelas Ckgu Rozita...huhu..smpai skang title tu kekal pd aku...dan sampai skrg lah aku masih duk asik uruskan ayam BBQ nieh..msti ckgu sku tu ada doa apa2 ni..huhu....tapi kelkar bila dikenang semula...berani pulak tu wat perangai masa kelas ckgu rozita ni..huhu..skarang org duk bertanya jer resepi ayam BBQ...tak apalah..mana boleh dikongsi, aku kongsi...lagipun, lain orang lain ccara..Jadi, tk rugi kita berkongsi ilmu...

~teman vs cinta~


~29 jan 2009~

teman vs cinta...aku pun tak pasti kenapa isu ini aku ketengahkan...aku ada satu perkara yang ingin diutarakan...tetapi, tidak tahu dari mana hendak dimulakan...

teman ini adalah insan yang mengiringi perjalanan hidup kita...kadang-kadang kita amat memerlukan teman untuk kita meluahkan secara zahir apa kita rasa...meluahkan perasaan tak puas hati....macam-macam istilah teman kita boleh cari..masing-masing mempunyai pendapat masing-masing....

BAgi aku..teman itu adalah seorang yang mampu membantu kita saat kita betul2 memerlukan pertolongan, orang yang mampu menjadi pendengar yang terbaik, memberikan nasihat secara berhemah, tidak mewujudkan satu jurang taraf sosial...dan macam-macam lagi...

tapi...istilah teman itu bisa berubah tatkala ia mula menular menjadi cinta...tika itu, perasaan kita akan terasa rungsing sentiasa..perasaan cemburu memenuhi jiwa...tapi kita tak mampu menyatakan semua itu kerana masih terikat dengan iktaan teman...

saat kita meluahkan, teman kita tidak mampu menerima, masa tu, kita rasa malu dan rendah diri...tidak mahu lagi berhadapan dengan teman kita..Oh, malunya!!...tapi, sebenarnya tiada apa yang hendak dimalukkan kerana seorang teman yang rapat dengan kita tidaka akan memalukan kita...berhadapanlah dengan kenytaan dan janganlah megubah diri hanya untuk melihatkan diri kita berbeza dari sebelumnya..teman kita lebih tahu kita siapa...jagalah teman kita sebaiknya..kerana bukan mudah untuk mencari teman yang dikatakan teman pada zaman sekarang...lebih banyak kawan makan kawan daripada kawan jaga kawan...

~nak Pi Lata...~



~Ak nak Pi lAta~

huhu...2 kali dah keciwa ni....tak apa lah...tak ada rezeki aku.....nak wat macam mana kan...dah orang tak nak..tk kn nak paksa pulak..lebih kurng gtulah...sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...

~you came to me~

Lagu ni aku terjumpa masa tengah mencari hadis tentang kemaafan..lagu yang best di dengar dan sangat dekat dengan diri aku...




You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allahuma salli ‘ala Sayiddina Mustafa
‘ala Habibika Nabiyika Mustafa

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen? The worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Any thing just to be with you
I feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

Allahuma salli ‘ala Sayiddina Mustafa
‘ala Habibika Nabiyika Mustafa

Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya Rasul Allah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya Rasul Allah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allahuma salli ‘ala Sayiddina Mustafa
‘ala Habibika Nabiyika Mustafa

~erti Sebuah kemaafan~


~ 28 Jan 2oO9~

aku dh lama nk masukkan entry ni...sekadar renungan...Kemaafan ni sukar nak diucap, sukar untuk dilahirkan jika hati kita tidak ikhlas...jika hati kita masih merintih dendam...hati yang di sulam kemarahan, sakit hati hanya akan memudaratkan hati kita...Ada satu peristiwa yang aku sukar untuk beri kemaafan...Makan tak kenyang, tidur tak lena..bila tengok je insan tu, hati aku akan membengkak..dendam membara...hanya fikir hendak membalas akan segala perbuatan yang dia telah lakukan..pelbagai usaha dilakukan untuk aku membersihkan hati, menenangkan jiwa kacau...hampir setahun barulah kemaafan itu muncul dalam hati..setelah itu, aku rasakan hidup aku sangat tenang..Kemaafan juga tak lahir dari orang yang ego...kadang-kadang kemaafan itu akan meleraikan satu episod perang yang panjang..hanya perkataan maaf akan melenyapkan derita..hanya perkataan kemaafan akan menghilangkan sengketa....Jika tidak percaya...cubalah memberi kemaafan kepada orang yang kita tidak suka...Insyaallah...ketenangan akan muncul selepas itu...Kita hanya dikira berani jika kata maaf akan lahir dari bibir kurniaan TUHAN ini...hanya 4 huruf yang mampu mengembalikan tali persaudaraan yang lupus....


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Riwayat Bukhari)

Huraian
Pengajaran hadith
:

  • Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
  • Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
  • Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


~Hanya PadaMU ku berserah~

~28 Jan 2009~

dALAM tempoh minggu ni..aku menghadapi banyak cabaran...rakan-rakan...streamyx....perhubungn aku....lepas satu, satu masalah timbul..naik bingung memikirkan...sampai satu tahap..aku kena mrah dengan ESAH...aku terus menglirkan titisan mutiara...aku sendiri tak tahu kenapa boleh smpai macam tu sekali...mgkn masalah-masalah yang terpendam dalam hati aku...umpama sbuah lori yang terlebih muatan..bila letak jer satu lagi besi atasnya...habislah bertaburan barang dalam lori tu....agak teruk aku menangis smpai esoknya bangun mata bengkak...kes naya betul....Tapi alhamdulillah...

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..

Dan sebaliknya, Dia datangkan petir dan kilat kepada kita..

Lalu kita menangis dan tertanya-tanya, Ke manakah hilangnya sinar?

Rupa-rupanya..

Allah ingin menghadiahkan pelangi yang cantik untuk kita...

begitulah kisahnya...esoknya...aku nekad pasang balik modem yang dah terperuk kat bilik aku selma 2 minggu...panjat tangga...dan test...Alhamdulillah....boleh...aku rasakn terlepas satu batu kat bahu aku....

hari tu jugak...Allah permudahkan urusan aku untuk peminjman barang dekat jabatan PJ...dan aktiviti HELWANI pertama Insyaallah akan berjalan minggu depan....Alhamdulillah....

Aku rasakan dari hari ke hari..masalah yang aku alami mula meninggalkan bahu aku yang semakin nak jatuh ni...semuanya hanyalah dengan bantuan ALLAH yang ESa...Hanya PadaNYA tempat ku mengadu segala kesedihan yang di alami..dan usaha itu tidaklah sia-sia....ALhamdulillah....Moga selepas ini...hilang sendu mengiringi gembira....

~Hari Asyura~

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:


Sejarah Asyura bagi Perspektif Syiah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan.

Syahidnya Husain bin Ali

Rencana utama: Pertempuran Karbala

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Peringatan kesyahidan Husain

Peringatan kesyahidan Husain di Indonesia

Rencana utama: Tabot

Tabot adalah upacara tradisional masyarakat Bengkulu untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Husain bin Ali.

Asyura dalam Kalender Gregorian

Hari Asyura selalu sama pada kalendar Islam, tanggal di dalam kalendar Gregorian bervariasi dari tahun ke tahun kerana perbedaan antara dua kalendar.

  • 2003: 13 Mac
  • 2004: 2 Mac
  • 2005: 19 Februari
  • 2006: 9 Februari
  • 2007: 29 Januari
  • 2008: 19 Januari
  • 2009: 7 Januari dan 27 Disember
  • 2010: 16 Disember

.Senarai tarikh di atas hanya anggaran sahaja.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

sumber ; Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase