Pages

menjadi pemimpin, bersedia untuk dipimpin..

28 Januari 2011
Bilik Tv Kolej Kediaman Aisyah
situasi: tengok raja lawak..

Bermulanya lusa ( 30/01/11) , kehidupanku akan berubah. begitu juga dengan rakan seperjuangan PISMP sem 7, 2008.. Bermula lah kita sebagai seorang guru praktikum. Berkata mengenai praktikum, teringat pesanan daripada guru besar Sek Keb Pusat JErteh. 
" Walaupun sebagai guru praktikum, tapi jadikanlah apa yang kita ajar tu sebagai ilmu yang akan dikenang oleh  murid-murid kita sampai bila-bila." 

Kehidupan kita tidak lari daripada menjadi pemimpin dan dipimpin oleh orang lain. Kita sebagai seorang anak, dipimpin oleh kedua ibu bapa, kita sebagai seorang pelajar, dipimpin oleh pensyarah, kita sebagai seorang ketua, menjadi pemimpin kepada ahli, kita sebagai seorang duru, menjadi pemimpin kepada anak murid.Tetapi, persoalannya, layakkah kita sebagai pemimpin dan setiakah kita sebagai yang dipimpin. Nilai diri kita untuk menjadi pemimpin. apakah sifat yang ada pada diri kita yang menjadi tarikan kepada orang lain?Apakah kita sudah cukup prihatin terhadap maslh org lain? Adakah kita sudah cukup tegas dengan kesalahn orang lain?yang paling utama..Adakah kita berkarakter sebagai pemimpin.?karakter sebagai pemimpin?mampuka kita mempunyai sifat sidiq, amanah, tabligah dan fatonah? Mampukan kita memegang amanah yang telah diberikan? Mampukah kita bersifat  sidiq yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan.Mampukah? Mampukah kita bersifat fatonah yang bersifat bijaksana. Dan yang terakhir sekali, mampukah kita menjadi tabligh yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan".Fikirkanlah semua itu sebagai kita merasakan diri kita layak. Jika tidak, tuntutlah dulu ilmu, kukuhkan emosi, kuatkan rohani, tingkatkan jasmani dan kembangkan komunikasi. Kita hanya insan biasa yang hanya mampu menjadikan Rasulullah sebagai idola untuk memperbaiki kehidupan kita. Kita tidak bisa menjadi seperti Rasulullah, namun mencontohi setiap sifat2 itu sudah sangat berharga dalam membentuk kita sebagai seorang pemimpin. Tidak salah untuk berubah untuk menjadi lebih baik.

Sifat pemimpin ini sangat rapat dengan tugas sebagai seorang guru. Wahai rakan-rakan sekalian, renungdan muhasabahlah diri agar kita mampu menjadi guru dan pemimpin yang terbaik sama ada untuk diri sendiri, anak murid, sekolah dan IPG juga. Semoga kita semua mampu menjadi berubah menjadi yang terbaik!




sumber : http://www.mindamadani.my/content/view/58/6/ (Rasulullah (Saw) Sebagai Tokoh Kepimpinan: Agenda & Pendekatan Al-Hikmah)

~yang kurasa itu cinta yang ku mimpi itu rindu...~

20/01/2011
p-212-B
IpG KSM

Apa yang kita rasa itu selalunya kna simpan dalam hati.Yang kita lihat itu selalunya kita kna pendam.Yang kita dengar itu selalunya elok kita padamkan. Setiap yang berlaku, dgr, lihat tu seeloknya tidak perlulah untuk diceritakan ke seluruh dunia.TETAPI, andai kata apa yang kita ketahui tu dah tersebar, anggap jer suma tu dari mulut orang lain. Benar.Tak ada siapa yang ingin benda tak sahih dijadikan buah mulut orang. Tapi, bak kata orang tua. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ni...nk tutup dgn apa..Abaikan jer kalo berita yang kita dengar, benda yang kita lihat, benda yang kita rasa tu tk benar. Usah marah tak tentu pasal, usah mengamuk tak tentu hala.Buang masa, buang karen jerk...habs tnaga2 yg ada dalam bdn kita ni kita buang.Wat tambh cas negatif jer...Ceriakan hdup kita. Positifkan pemikiran kita. Dunia semua ini....heeeee....Cara nak ceriakan diri kita( ikut cara diri sendiri ):

  1. berfikiran positif
  2. Ambil mudah bagi perkara remeh, ambil berat bagi perkara penting
  3. tak payah duk peduli cakap org. Lau nak peduli, siasat kesahihannya,. Jangan menuduh tak tentu hala.
  4. Jadi diri kita sendiri. Jangan ikut orang lain.
  5. Senyum lah kat orang.Baru orang nak senyum kat kita.CEriakan hdup kita.
  6. Cuba mesra dengan semua orang.sekurang-kurangnya dengan satu senyuman.Tak sush.
  7. Kita buat apa yang kita fikir betul.Tapi dengan syarat, cuba tanya pendapat orang lain. kot2 kita mgkn tersilap lgkh.Sapa tau kan..JAngan ikut hati kita jer. Ikut hati binasa.
Sekian...Heee..tips berdasarkan pengalaman diri..:)

hari yang membingungkan...

8 Januari 2011

hari yang membingungkan dah berlalu. Aku rasa rimas bla cuaca mendung dan kna terperap dalm bilik.tk boleh g memana. mcm mana tk rimas.tak leh nak g memana.Tgk tv tak boleh.Ngadap lah laptop ni, bca novel..jenuh dah.pening kpala.Hari ni bila cuaca cerah.Alhamdulillah, lapang fikiran. 

Sekarang ni dalam usaha untuk mencari tajuk sesuai untuk permasalahan kajian tindakan aku. Pening gak. Aku tau menda tu tapi tak tau istilah yang betul.Nak kena rujuk pakar. Nanti lah jmpa pakar.Bertanya lebih mudah untuk aku paham. Teknologi fb pn ad gunanya. Boleh tanya en ishak secara terus. Nak jumpa kan sush. Tak salah guna fb sebagai medium utk kita belajar. Sekurang-kurangnya ada juga pandangan yang kita boleh guna.:)Tima kasih en ishak..heeeee....

Mood aku pn berubh je bilik dah terperap dalam bilik. tiba-tiba stress bla sampai tgh mlm. Adess, nk wat apa suma serba tk kna.Kesian buah hatiku kena marah..sori lah syg:)...

Aku harap cepat2 dapat tajuk kajian tndakan, mudah nak buat semua....dan hari yang mendatang ni penuh ceria.Tak mo dah sesapa kena marah dgn aku.huuu......

blog baru..

semalam aku bersengkang mata sampai ke pagi kerana excited wat blog baru..sebabnya nak masukkan hasil karya aku yang tak seberapa.saja suka-suka.Dah lama benda tu terbiar dalam laptop ak.dari tahun 2006 lagi.Aku malas untuk menyambungnya.Tiba-tiba semalam rajin pula melayan. meleleh air mata bila sampai part sedih.ades..aku tau benda tu tk hebt mna pun.Tapi, sekadar suka-suka.Kalo ada respon, aku sambung lah lagi.heeeee.
chentanurabadie.blogspot.com

di bawah pokok getah....

6-1-2011


rasanya masih tak terlambat utk ucap selamat tahun baru....hati meronta2 nk menaip kat cni.tapi, tangan ni malas sagt nk menaip.Adess...mcm2 hal....mcm2 hal jadi spjg 2010..Tapi, Alhamdulillah. Tahun lepas merupakan tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. dugaan tahun lepas masih dapat ku tempuh dengan fikiran lebih positif.Pengalaman itu telah mendewasakan aku untuk menghadapi semuanya dengan tabah, positif dan sabar.

Akhir tahun ku dipenuhi aktiviti kat kebun. setiap hari mak bapak aku duk ckp " kobe nk masuk. harap2 tk hujan.Leh noreh hari2.."......." dah dgr bunyi kobe..cpt ckit noreh.."....kobe dh masuk blok 4...hbslah.."......apa tu kobe?kobe tu spesies bajak yang akan menumbangkan pokok2 getah di pemanis 2...untuk tnam smula...spnjang nak menunggu kobe tu masuk..rutin mak bapak aku..hari2 mcm ni...

~ 6 pagi - solat subuh...
6.30- kejut ank2 suh pi kebun..
7 pagi - pergi kebun,isi myak motor, cari sarapan, cari cuka getah
7.30 pagi - kodak getah cair(cepat beku)
8 pagi - menoreh...aku g kutip hasil...
10.30 pagi - mak noreh.aku ngan bapak jual getah kat peraih...
12 tgh hari - balik umah....tggu mask.bagi gaji ...catat hasil dapatan..tidur..
2.30 ptg - pergi kebun semula
6 ptg dan ke atas - balik noreh...tgk cite seribu kali cinta....bncang pasl harga getah, hasil hari ni....jalan lecak...kobe nk masuk....tidur...
dan seterusnya mcm tu lah..lbh kurng jer..~

aktiviti ni mmbuatkn kitaorg lupa hari ap. dan cuti ak dh sampai kepenghujung....

khdpan di bawah pokok getah ni sgt meletihkan.terutamanya kalau poko tu tinggal nak tumbang,,..nak noreh tu, ada sampai pakai galah yg tinggi melangit...termasuklah mak n bapak aku. Aku memang tabik lah kat mak aku tu.Walaupun kecil je bdnnya.tapi, kalau bab menoreh, aku pn kalah. Aku kalo setakat pelan bawah tu larat lah lagi..Tapi bab nak menyondak tu..ermmm...surrender.,.penat beb..kalau dah masuk kebun, memang terpisah dengan dunia luar..tak ada pencemaran, tak ada bunyi bising.yang dengar hanya lah bunyi ranting jatuh, bunyi babi yang berlari, bunyi motor yang lalu lalang...sunyi jer..kalau duduk kat kebun tu sorng2...takut gak ar...huhu...

ada satu pengalaman yg tak leh lupa...kutip hasil masa hujan tengah lebat..aduhai...memg bash lenjun..menggigil nak kutip hasil.sejuk..huu...tapi, lau tak kutip rugi..tak pasal2 ada orang curi..bkn le kira orang ni.harga getah tengah melambung tinggi , tak boleh tinggal gtu jer...bahaya2...wat penat jer mak bapak ak menoreh....

sepanjang kerja ngan mak bapak aku kali ni. Aku tak rasa tak nak pergi kebun pun.kalau dulu, liatnya .Allah jer lah yang tau. Yerlah.nak mengadap benda busuk tu kan. tak taulah nape...mgkn sbb harga getah mahal...kalau dulu...1kg berapa posen lah sgt...Mgkn kalau duduk rumah pn bosan juga..tapi, seronok juga sebnarnya.MEmang lah bau dia busuk yang amat.. Tak terkata bsuk nya macam mana. kalau rendam dengan klorok belum tentu hilang. Esok pagi baru bleh hilang.tapi, aku peduli apa.Bukan sapa nak cium tangan aku ni.Biar lah...

kerja kutip hasil ni pun berat.lepas adik aku yang arip berkhatan, ak kna kutip sorang2..huhu...paling banyak ak kutip 70 kg..brat tu...huhu..sakit pinggang..tngan..kaki..balik tu...mmg ak tidur..kepenatan..huhu..dgr 70 kg mmg mcm tk bnyk..tpi, proses nk mnghsilkan getah utk dijual tu.Huhu.PENAT....ades....hari terakhir aku kerja adalah hari yang kemuncak aku penat dan sakit. hasil sikit jer.tapi sebab salah skill, kerja tu jadi berat....kerja kat kebun ni pun ada skill, kalau tak suma berat,susah.leceh.sakit.

proses nak hasilkan :
kutip hasil yg telah dikodak dengan bancuhan cuka getah...
rendam dalam air yg dh bubuh cuka getah...
celup2 dkt air cuka getah supya hasil tu pejal dan berat...
isi dalam tong getah..susun elok2..
buang air dkat tong getah...sedia dijual...


baca senang..nak buat ...pergghhh,...letih...kat ctu lah baru aku sedar semula..betapa sushnya nk mncari duit..kalu ikutkan hati..nk jer suruh mak bapak aku benti.tapi, nnti diaorg nk mkn ap..ermmm...bila nk hbs blaja ni...skrg2nya dpt menyenangkan hati diaorg..jdlah...huu..

Ya Allah! KAu berkatilah kehidupan kedua ibu bapaku.Kau berikanlah mereka keredhaanMu..murahkan rezeki mereka.BErikan mereka kesihatan yang baik dan selamatkanlah mereka daripada sebarang malapetaka...
Aminn....

hbs pasal kebun...Kali ni jugak aku berjaya membawa kedua ibu bapaku berjalan..memanglah agak letih memandu kereta kancil menempuh perjalanan yang jauh.tapi, untuk kepuasan mak bapak aku, aku tak kisah.,Sementara aku ada peluang ni. apa salahnya.Dapatlah juga diaorg merehatkan otak dan badan dengan bercuti. Kali ni dapatlah peluang pergi rumah kak ct dan bang nas. Bapak pun bersungguh-sungguh mengecat rumah baru ct. tak padan dengan umur., Kudratnya memang dikeluarkan sepenuhnya.
dah sehari tidur kat rumah kak ct, kitaorg bertolak ke rumah bg nas. sampai tersesat2..aduhai..Bukan bsar sngt pn batu phat tu.tapi sbb tak yakin dengan jalan tu, kitaorg boleh patah balik.padahal jalan tu boleh je pergi rumah abg aku.Alahai nasib bdan.Tak apalah.bagi penglaman kat aku. Nasib lah aku ada juru pandu yang yakin dengan keputusannya. Adik aku apis membantu aku dalam mncari jalan.besalah, 1st time bawa keta kuar dari badr segmat...Alhamdulillah.suma nya selmat sampai..malam tu, umah bg nas jd tmpat kitaorg adik bradik berkumpul.Tak sangka plak.Cuma bg nor je yang tak ada. Esoknya pergi memancing. Kna paksa pegang cacing sndiri..,hahah...mula2 geli, tapi kena beranikan diri.dah kena paksa dengan apis.kalau tak... tak boleh mancing. Tapi, aku ni memang tak ada bakat lah. Apis tu letak pancing tak sampai berapa minit dia dah dapt ikan.tapi aku..sampai ke sudah tk dapat apa2...huhu.

Sepanjang cuti kali ni, aku puas buat kerja berat. Sampai sekarang tangan kanan aku masih sakit. tak tau lah nak buat macm mana. Angkat benda berat je sakit. huhu....kalau dihitung, mcm tak sangka pulak aku boleh angkat benda berat mcm tu, bawa motor mengharungi lecak...ermmm...tapi yang penting aku tak bosan...ada satu dialog antara aku dan bapak aku yang tak akan aku lupakan...

" bak, kita ni mcm2 leh buat..jadi bibik, jadi tukg msak, jadi buruh kasar, jd driver, mengajar, jadi org gaji, jadi tukang cat rumah..apa nak buat lagi..."....babak aku gelak jer...tapi, dalam diam tak diam.macam2 kerja aku boleh buat.Semuanya atas dorongan dan paksaan mak bapak aku.diaorang yang menjadikan aku seperti hari ini. Paksaan untuk pergi kebun, pergi sekolah,pergi mengaji.. berdikari..Aku bersyukur sangat dikurniakan kedua ibu bapa yang macam tu.

Kehidupan kita ini perlukan paksaan untuk melakukan sesuatu. Tanpa paksaan dan dorongan kita jadi malas, lembap, layu dsb. aku tak pernah menyalahkan mak bapak aku kerna ku tahu diaorang nak menjadikan aku orang yang betul2 orang. mak aku selalu cakap..." bukan senang nak jadikan orang tu orang."....ayat tu macam sush nak faham.tapi, renung2kanlah...

oh ibu, oh ayah,
dalam garangmu ada kasihnya,
dalam tawamu ada tegasnya,
tangan kasarmu memaut kisah masa depan kami,
raut wajahmu menyimpan duka hidup masa lalu,
kau tunggu kehadiran kami,
dalam hidup yang sukar dan ranjau,
kau penuhi keinginan meredah duri dan perit,
biar perut minta diisi,
keinginan kami menjadi tujuan,
biar letih menghantui diri,
masa depan kami kau fikirkan,

oh ayah oh ibu,
jeritanmu menggegar seluruh alam,
tangan yang kau hayun ketubuhku itu,
menjadikan aku seorang insan berguna,
dahulu,
ku rasakan aku anak buangan,
dipaksa, dikerah, dirotan,
tapi kini,
hatiku gembira,
dengan hayunan tangan itulah,
aku masih menjadi anakmu yang setia,

oh ibu oh ayah,
andai dapat kuganti dirimu,
andai dapat kugalas bebanmu,
andai dapat ku gantikan tempatmu,
aku mungkin tertiarap keletihan,
aku mungkin terlentang kelesuan,
tidak mungkin terbalas segala jasa yang kau hulur,
biar darah berganti darah,
biar beras setinggi gunung,
hanya Allah dapat membalas,

Ya Tuhanku!
KAU ampunilah kedua ibu bapaku,
kau berkatilah kehidupan mereka,
sesungguhnya aku amat menyanyangi mereka...


nukilan :
nurabadie
6 januari 2011
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase