22 Februari 2011
SK Tok Motong, Jerteh, Terengganu
Kehidupan sebagai seorang guru praktikum memerlukan permulaan yang baik. Sama ada dengan rakan seperjuangan, sekolah, guru-guru, murid-murid dan pensyarah pembimbingdan juga warga sekolah. Permulaan ini menjadikan kehidupan untuk tiga bulan akan datang menjadi lebih cemerlang atau menjadi lebih merudum. komunikasi yang berkesan amat penting dalam menjadikan perjalanan praktikum ini berjalan lancar. kenapa? contoh: kita lalu tepi mak cik "cleaner'. Muka masam. Cemberut semacam. Toleh pun tak nak. apa kata mak cik tu? dalam hati mak cik tu boleh jadi kata begini " huh, budak ni.Sombong. Baru jadi cikgu guru praktikum dah tak nak pandang muka aku."..contohnya lah. Lepas tu dikhabarkan kepada warga sekolah. Memang tak selamat kita di sekolah itu. Kenapa? Setiap orang merasakan kita tak mesra, sombong dan tak mudah bergaul. Jadi buat apa mereka nak bermesra dengan kita? lama-lama nanti kemungkinan untuk mereka tak senyum dengan kita adalah tinggi.Jadi, berbaik-baikla dengan semua orang dengan kata-kata yang baik.
Murid-murid: Aku tak suka murid yang meleset2 macam kucing, mengada-ngada. Rimas betul aku. Aku dapat rasakan sama ada dia mengada-ngada nak belajar atau mengada-ngada sekadar nak tarik peratian. Tak ada maknanya nak mengada-ngada dengan aku tak tentu pasal.
Guru; Alhamdulillah, kali ini aku mendapat pihak pentadbir dan guru yang baik, peramah dan sangat membantu kami. Setakat ini masih belum ada tekanan yang aku terima dari pihak sekolah.Alhamdulillah. Aku harapkan agar keselesaan ini akan berkekalan sehingga berakhirnya praktikum.Insyaallah.
Aku akan mencuba yang terbaik untuk praktikum kali ini biarpun kali ini aku sangat malas sekali mengusahakan RPH.tidak tahu mengapa. Moga Allah memberikan ku kerajinan yang tinggi. Amin...