Pages

lemas


Kadang lemas jua dalam lautan emosi,
Cuba terbenam di dasar,
Cuba terjun sembunyi,
Rupanya airnya tetap berombak,
Tetap beriak walau sedikit,
Tika ini,
Timbul tenggelam mencari penyelamat,
Mencari kekuatan,
Allahu Robbi,


alahai peniaga "online"..

Kekangan bila ingin membeli barangan "online":
1. Tudung ;
Orang yang memperagakan semua memang cantik.putih2.sekali tengok tdung tu pn akan jd cantik.tapi...dalam hati duk kata."ermm..okey ke kalau ak pakai?aku ni kulit sawo matang..ermm..."
2. Pm saya.
    Kenapa kena "pm"?tak boleh ke kalau terus tulis harga.jadi tak perlu kita nak pm.sebenarnya tertanya-tanya.kalau peniaga terus balas tak pe lah.kena peniaga yang 2-3 hari balas.terus tak ada mood nak membeli.kadang2 kena peniaga yang tak mesra alam.kita tanya panjang berjela tapi balasnya satu patah perkataan

indahnya rasa ini

Assalamualaikum..salam ramadhan..

Sudah masuk 3 ramadhan.alhamdulillah. berjaya melaluinya dengan lancar. Baby sudah mula semakin aktif. Tak terasa bila di siang hari, tetapi setelah berbuka.uminya yang terkejut.alhamdulillah.mudah2an anak umi sihat di dalam. Sudah 20 minggu berlalu. Akan ku teruskan perjuangan hidup demi kelahiran si kecil ini.mudah2an selamat semuanya.aamiinn

#terujaapabilasikecilmenendang2.comel

rezeki itu kurniaan Ilahi

Alhamdulillah.Diberi peluang sekali lagi untuk merasai peluang untuk menjadi insan terpilih sebagai ummi.rasa indah bercampur baur dengan fobia.biarpun orang kata dugaan itu tidak sehebat mana, tetapi orang yang merasainya akan merasa berat.Kali ini dengan lafaz doa dan bismillah meneruskan perjalanan hidup sebagai bakal Umi. Tidak mahu terlalu teruja atau tidak tahu bersyukur. Hanya bersederhana. Menanti janin terus membesar menjadi bayi yang sihat dalam rahim ummi. Setakat 18 minggu perjalanan, alhamdulillah berjalan lancar. Tidak menghadapi dugaan dan sakit seperti kandungan yang lalu. Aku lebih menurut untuk makan pil vitamin. Biarlah jika orang kata vitamin itu menjadikan bayi bayi besar, yang penting dia sihat. Sa masa trimister kedua ini, ummi mulai merasai gerakan bayi. Indah. Subhanallah. Sentiasa membuatkan ummi terdiam dan tersenyum seketika. Sangat indah. Walaupun abi tidak mampu berada di sisi ummi dan baby setiap masa, ummi masih kuat kerana masih ada baby. Mudah-mudahan baby ummi sentiasa sihat dan kekal sihat sehingga kelahiran. Insyaallah.
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase