Pages

kehidupan sebagai seorang pengembara...



aku pengembara ilmu,
aku mencari pengetahuan,
aku pengembara cinta,
mencari kasih sayang,
aku pengembara agama,
mencari petunjuk dan hidayah,
aku pengembara amal,
mencari pengalaman,
aku pengembara silaturrahim,
mencari sahabat dan teman,


Kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan. Mencari ilmu dan amal, mencari kasih dan sayang, mencari sahabat dan teman. Liku dan ranjaunya menguji kesabaran dan meletakkan sekeping hati ini berada di tahap yang mana. Sabar itu adalah satu kunci kejayaan. Sebagai pengembara di muka bumi Allah yang luas ini, sifat sabar kadang-kadang mencengkam dada sehingga mampu membuatkan kita bertindak tanpa sedar, berkata tanpa sabar, berpaling tanpa kata. Akhirnya, syaitan bersorak gembira kerana berjaya menghilangkan kesabaran dalam hati seorang insan. Kesabaran itu hanya akan muncul dalam jiwa insan yang sentiasa berfikiran positif berpaksikan imannya. Dia berfikiran positif dan berfikir berlandaskan apa yang benar. Menolak perkara yang salah. menolak tidak bermakna tentang. Menerima tidak bermakna setuju. Katakanlah dengan benar andai kita mampu.

Mengembara di lautan tidak sama seperti mengembara di daratan. Mengembara sebagai pelajar tidak sama seperti mengembara sebagai orang yang bekerja. Kita harus menerima setiap pendapat dan ujaran dari setiap orang agar pendapat itu dapat dipadukan dalam satu dan menjadi makanan yang paling enak untuk dimakan. Pendapat-pendapat yang berbeza itu harus digabungkan, dicincang-cincang agar menjadi makanan yang seimbang rasanya. Sebagai seorang insan yang bertimbang rasa bukanlah mengadunkan hanya satu rasa dalam masakannya.  Terimalah apa yang diperkatakan orang lain agar ia akan menjadi makanan paling enak kita pernah nikmati.

Usah mencari yang batil., usah mencari yang salah, Usah mencari yang tiada. Permudahkan setiap urusan dengan bermusyawarah. Permudahkan urusan kita dengan bersangka baik. Permudahkan urusan kita dengan berusaha. Insyaallah. Kehidupan sebagai pengembara akan mencapai matlamatnya. Kehidupan sebagai pegembara menggapai misinya dan kehidupan sebagai pengembara akan dilorongkan dalam jalan yang diredhaiNYA.Amin.

Hanya padaMU ku berserah...

kehidupan di sini mengajarku banyak perkara. erti gembira, sedih, kecewa, dakit hati, sabar, percaya, yakin dsb.  Biarpun belum masuk 2 bulan tinggal serumah tapi banyak perkara aku alami di sini.Kadang-kadang kurasa ingin sahaja keluar dari sini, kadang kala kurasakan sedih kerna bakal meninggalkan rumah ini, kadangkala aku berasa sangat gembira bersama mereka dan kadangk kala aku akan berasa sedikit kecewa. Namun semua itu mengajarku untuk bersabar dan terus bersabar.

Aku berharap agar dapat bertahan untuk masa2 akan datang. Aku tidak tahu sampai tahap mana tahap kesabaran ini. Menghadapinya membuatkan ku sungguh sakit. mengemuinya membuatkan diriku terasa seksa. Ragam manusia ni pelbagai. ada yang macam tu ada yang macam ni. dan aku jumpa orang yang begini. Yang mampu buatkn hatiku sakit bila bertemu dengannya, bisa membuatkan hatiku lemah bila berhadapan dengannya. hanya pada ALLAH ku sandarkan doa untuk menguatkan hatiku, imanku, jiwaku...Hanya ALLAh yang mampu membantuku untuk meredakan kesakitan itu, menenangkan hati yang gelisah, menghilangkan marah yang membara. Aku bersyukur kerna aku msih mampu tunduk patuh kepadaMU Ya ALLAH....Moga kekuatan hati ini mampu kugapai sehingga bila-bila.\



nurabadie,
8 mac 2011
Taman Desa Saujana, JErteh.
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase