Pages

kehidupan sebagai seorang pengembara...



aku pengembara ilmu,
aku mencari pengetahuan,
aku pengembara cinta,
mencari kasih sayang,
aku pengembara agama,
mencari petunjuk dan hidayah,
aku pengembara amal,
mencari pengalaman,
aku pengembara silaturrahim,
mencari sahabat dan teman,


Kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan. Mencari ilmu dan amal, mencari kasih dan sayang, mencari sahabat dan teman. Liku dan ranjaunya menguji kesabaran dan meletakkan sekeping hati ini berada di tahap yang mana. Sabar itu adalah satu kunci kejayaan. Sebagai pengembara di muka bumi Allah yang luas ini, sifat sabar kadang-kadang mencengkam dada sehingga mampu membuatkan kita bertindak tanpa sedar, berkata tanpa sabar, berpaling tanpa kata. Akhirnya, syaitan bersorak gembira kerana berjaya menghilangkan kesabaran dalam hati seorang insan. Kesabaran itu hanya akan muncul dalam jiwa insan yang sentiasa berfikiran positif berpaksikan imannya. Dia berfikiran positif dan berfikir berlandaskan apa yang benar. Menolak perkara yang salah. menolak tidak bermakna tentang. Menerima tidak bermakna setuju. Katakanlah dengan benar andai kita mampu.

Mengembara di lautan tidak sama seperti mengembara di daratan. Mengembara sebagai pelajar tidak sama seperti mengembara sebagai orang yang bekerja. Kita harus menerima setiap pendapat dan ujaran dari setiap orang agar pendapat itu dapat dipadukan dalam satu dan menjadi makanan yang paling enak untuk dimakan. Pendapat-pendapat yang berbeza itu harus digabungkan, dicincang-cincang agar menjadi makanan yang seimbang rasanya. Sebagai seorang insan yang bertimbang rasa bukanlah mengadunkan hanya satu rasa dalam masakannya.  Terimalah apa yang diperkatakan orang lain agar ia akan menjadi makanan paling enak kita pernah nikmati.

Usah mencari yang batil., usah mencari yang salah, Usah mencari yang tiada. Permudahkan setiap urusan dengan bermusyawarah. Permudahkan urusan kita dengan bersangka baik. Permudahkan urusan kita dengan berusaha. Insyaallah. Kehidupan sebagai pengembara akan mencapai matlamatnya. Kehidupan sebagai pegembara menggapai misinya dan kehidupan sebagai pengembara akan dilorongkan dalam jalan yang diredhaiNYA.Amin.

3 comments:

syazwan safwan said...

Kembara berjalan Bersendirian..♫
mencari ♫ jalan pulang ♫
di mana la la la...♫
Kami semua senasib dengan mu wahai kembara di tanah gersang aaa....mencari sinar dalam hidup..oo
(ak nyanyi macam akhil hayy)

ariel shah said...

Hidup seorang pengembara memberi 1001 rasa cita..
Dalam 1001 duka akan timbul rasa gembira..
Dalam 1001 kecewa akan timbul rasa cinta..dan
Dalam 1001 derita akan timbul rasa bahagia.....

NurabaDie said...

wang: lagu ap tu wang..tk der rupa pn:p..
ARIEL : like:)

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase