Gelaran sebagai guru praktikum bakal berakhir. Tinggal 2 hari untuk kami melangkahkan kaki keluar meninggalkan anak-anak murid tercinta, guru-guru yang 'sporting' dan sekolah yang menyeronokkan. Berada di sini selama tiga bulan tidak membuatkan hatiku berbicara "bila lah nak habis praktikum ni?"...mungkin suasana yang menyeronokkan, anak-anak murid yang menyenangkan dan pentadbiran yang memudahkan urusan membuatkan ku terasa begini.Alhamdulillah, di saat rakan -rakan lain menghadapi masalh dengan rakan praktikum, guru dan sekolah. Aku di sini masih mampu bertahan dalam menghadapi cabaran sepanjang musim prktikum.
semakin banyak insan yang ku jumpa membuatkan ku mempelajari pelabagai ragam manusia. Mengenali pelbagai kerenah manusia. Dan menjadikan hati dan perasaan ku lebih kuat. Muda2an sesi praktikum kali ini menjadikan diriku lebih luar biasa dalam menghadapi cabaran yang juga semakin luar biasa.Amin
0 comments:
Post a Comment