Pages

~mee bandung...~


aku tak pandai sangat nak masak mee bandung.Dulu terasa nak masak benda ni macam susah.Tapi, rupanya senang je,Kalau terasa agak2 teringin sekadar ada lauk daging, sawi dan telur sudah mencukupi. ni lah resepi mee bandung yang paling simple bagi aku ( untuk hidangan 4 orang) ;

bawang merah        3 biji
bawang putih          2 ulas
cili kering                  10 tangkai (nak pedas letak lebih)
kacang tanah           300 gram
udang kering            1 paket
keledek                   2 biji (kecil)
sawi                       ikut selera                    
kerang/daging          agak2 lah nak banyak mana
telur                        4 biji
garam dan gula secukup rasa.

cara -cara 

  1. Kacang tanah digoreng bersama minyak sehingga masak.
  2. kacang tanah dikisar sehingga lumat.
  3. keledek direbus dan dilenyek.
  4. udang kering dikisar sehingga lumat.
  5. bawang putih, bawang merah dan lada kering dikisar.
  6. tumis lada yang telah dikisar bersama bawang sehingga naik minyak (macam nak masak smbal tumis)
  7. masukkan kacang tanah dan udang kering yang telah dikisar ke dalam tumisan.
  8. masukkan keledek yang telah dilenyek.
  9. masukkan air yang mencukupi (untuk makan 4 orang)
  10. tunggu sehingga mendidih .
  11. masukkan gula dan garam secukup rasa.
  12. masukkan daging/kerang dan telur sebiji2.(elakkan daripada kuning telur pecah)
  13. akhir sekali masukkan sayur sawi
  14. sedia untuk dimakan..YEAY!!!!

SELAMAT MENCUBA!!!!!


ceritera kehidupan

Hari ini, entah orang ke berapa baru tahu aku ad blog ni.Aku tak kisah pun kalau mereka tak tahu sebab tujuan aku buat blog ni bukan untuk tatapan umum.Sekadar suka2.rata-rata cakap bahawa penulisan aku lebih kepad berbentuk sajak. Sebenarnya, sebelum ni tak macam tu pun. Blog ni tempat aku untuk menyatakan apa yang aku tak leh nak cerita melalui perbualan. Lebih senang melalui penulisan.Kalau dulu, semua orang tak tahu, tak mengapa aku menulis secara direct. Tetapi, bila dah ada 2 3 orang kenalan satu tempat ni, aku kena mengawal bahasa yang akan aku gunakan supaya tak menyinggung mana-mana pihak. cara yang terbaik adalah melalui penulisan berbentuk sajak. itu semua hanyalah idea spontan yang lahir dari kepala otak aku yang tak berapa nak cerdik dalam penulisan. bila menulis melalui sajak, banyak bahasa kiasan yang hanya aku seorang boleh tafsirkan maksud yang sebenar. Aku bukan orang yang nak cari publisiti murahan dengan mengaibkan orang. tetapi, aku adalah seorang insan menggunakan medium ini sebagai meluahkan rasa yang tak dpat diluahkan melalui kata-kata. apa pun, terima kasih kawan-kawan yang sudi menjenguk blog yang hanya sejengkal ilmu di dalamnya.:)

~aku risaukan sesuatu~

aku bukanlah seorang pejuang yang hebat,
aku bukanlah seorang ahli politik berbisa,
aku bukanlah seorang guru yang berjaya,
aku bukanlah seorang yang sukakan sesuatu berbentuk perkauman,
namun aku adalah seorang melayu di bumi Besut ini,

seketika tadi membuatkan ku terfikir,
seketika tadi membuatkan ku terdiam,
seketika tadi membuatkan ku muhasabah diri,
di mana aku sekarang,
di mana aku akan berada pada masa akan datang,

bila mereka menghampiri ku,
bertanyakan tentang sesuatu,
bila mereka menghampiriku,
membicarakan tentang sesuatu,
aku lantas terkedu,
kenapa mereka yang bertanyakan hal itu,
mana kaum seangkatan ku?
mana?
adakah mereka sekadar pandai melontarkan sesuatu yang tiada faedahnya di surat khabar?
adakah mereka sekadar pandai merungut dan terus merungut sedangkan tiada usaha?
adakah mereka sekadar pandai meminta dan terus meminta sedangkan duduk diam di kamar itu?

aku risaukan sesuatu,
andai kata suatu hari nanti,
mereka memonopoli dunia IPG,
aku risaukan sesuatu,
andai kata tiada nama melayu di IPG ini,
aku risaukan sesuatu,
andai kata mereka yang memimpin Negara ini,

Mana mereka anak-anak manja yang asyik  merungut itu?
Mana mereka anak-anak kecil yang tak sedar dek untung itu?
Mana?
yang aku lihat kini hanyalah kelibat mereka,
mencari peluang,
yang aku lihat kini hanyalah kelibat mereka,
merebut peluang,
mudah-mudahan anak-anak manja itu sedar akan sesuatu,
mudah-mudahan anak-anak muda itu tidak akan kehilangan sesuatu,
merempat di bumi sendiri,
merangkak mencari rezeki.

Ya ALLAH,
peliharalah kami,
peliharalah hati-hati kami,
peliharalah Negara kami,

ada satu ketika...sahabatku...

ada satu ketika aku sangat serasi bersama dengannya.
ada satu ketika, aku rasakan tidak sependapat dengannya,
ada satu ketika citarasaku sama dengannya,
ada satu ketika dia terlalu ego dengan pandangannya,
ada satu ketika aku merasakan dia yang paling akrab,
ada satu ketika aku merasakan dia yang paling jauh,
ada satu ketika dia yang paling baik,
ada satu ketika aku tak tahu apakah firasatnya,
ada satu ketika dia menjadi sahabat terbaik untukku,
ada satu ketika ku rasakan dia adalah musuhku,
ada satu ketika kami bahagia berdua,
ada satu ketika mahu ketemu begitu payah,
Yang pasti kami tak sehaluan pada satu2 ketika...

~perspektif kita berbeza~

Setiap perspektif kita berbeza,
rasa pahit, rasa manis, rasa tawar, rasa masin,
setiap insan punya rasa yang sama,
yang membezakan adalah perspektif  sendiri,
kekalahan bagi dia, kemenangan bagi kita,
kegembiraan bagi dia, kesedihan bagi kita,
kejayaan bagi dia, kegagalan bagi kita,
yang sama adalah peristiwa yang berlaku,

perspektif setiap kita adalah berbeza,
kita kata begini, dia kata begitu,
kita buat begini, dia buat begitu,
kita pertahankan yang ini, 
dia pertahankan yang itu,
yang sama hanyalah keadaan yang berlaku,

setiap insan mempunyai perspektif berbeza,
kita kata tua, dia kata muda,
kita kata kaya, dia kata miskin,
kita kata cantik, dia kata hodoh,
kita kata pandai , dia kata bodoh,
yang sama hanyalah apa yang sedang terjadi,

setiap kita insan yang berbeza,
memandang benda sama,
berkata perkara berbeza,
memerhati benda yang sama,
mentafsir perkara menjadi berbeza,
yang sama hanyalah kesepakatan,
yang sama hanyalah rasa tolak ansur,
yang sama hanyalah rasa toleransi,
yang sama hanyalah rasa saling menjaga,
fikirkan diri bukan terbaik,
menerima setiap yang terbaik,
memikirkan diri perlu menjadi lebih hebat,
menerima setiap apa yang lebih hebat.



nukilan,
nurabadie
4 Julai 2011
p-212-B
IPG KSM

kutempuhi saat ini....

ku tempuhi saat akhir di sini dengan perasaan yang bercampur baur.
Saat ku menghampiri saat itu, 
semakin banyak cabaran emosi dan fizikal perlu ku tempuhi. 
Melalui saat ini membuatkan aku ingin melompat terus ke masa hadapan. 
Aku benci melalui perasaan luka ini. 
Aku benci melalui saat merasa diri terasa kerdil.
Aku benci melalui saat diri ini tidak diperlukan,
aku benci saat diri ini tiada nilainya pada insan lain, 
aku benci melalui saat sedih di kala detik terakhir ini,
Ku harapakan kekuatan hati merajai jiwaku,
ku impikan sebuah kejayaan pada perjuangan ku ini,
ku mendoakan kesejahteraan setiap insan yang ku sayang,
Duhai hati,
kau cekalkan jiwamu,
seperti mana tahun-tahun yang berlalu,
kau kentalkan hatimu,
menjalani cabaran yang biasa itu,
kerna dirimu masih punya ALLAH,
keluarga dan insan yang kau sayangi,
nyahkan perasaan itu jauh dari hatimu,
bawalah dirimu ke mana sahaja dan ubat lah hatimu yang lara,
Anggaplah dunia ini milik kita......
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase