Pages

~perspektif kita berbeza~

Setiap perspektif kita berbeza,
rasa pahit, rasa manis, rasa tawar, rasa masin,
setiap insan punya rasa yang sama,
yang membezakan adalah perspektif  sendiri,
kekalahan bagi dia, kemenangan bagi kita,
kegembiraan bagi dia, kesedihan bagi kita,
kejayaan bagi dia, kegagalan bagi kita,
yang sama adalah peristiwa yang berlaku,

perspektif setiap kita adalah berbeza,
kita kata begini, dia kata begitu,
kita buat begini, dia buat begitu,
kita pertahankan yang ini, 
dia pertahankan yang itu,
yang sama hanyalah keadaan yang berlaku,

setiap insan mempunyai perspektif berbeza,
kita kata tua, dia kata muda,
kita kata kaya, dia kata miskin,
kita kata cantik, dia kata hodoh,
kita kata pandai , dia kata bodoh,
yang sama hanyalah apa yang sedang terjadi,

setiap kita insan yang berbeza,
memandang benda sama,
berkata perkara berbeza,
memerhati benda yang sama,
mentafsir perkara menjadi berbeza,
yang sama hanyalah kesepakatan,
yang sama hanyalah rasa tolak ansur,
yang sama hanyalah rasa toleransi,
yang sama hanyalah rasa saling menjaga,
fikirkan diri bukan terbaik,
menerima setiap yang terbaik,
memikirkan diri perlu menjadi lebih hebat,
menerima setiap apa yang lebih hebat.



nukilan,
nurabadie
4 Julai 2011
p-212-B
IPG KSM

1 comments:

na said...

btl 2 wawa..stiap org adelh brbeza..kdg2 kgembiraan baginya tp ianya adalah ksdihn bagi kita..

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase