Pages

Ramadhan 1432H

Menelusuri bulan Ramadhan 1432H kali ini membawa aku ke dalam satu rasa yang agak syahdu. Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk aku berpuasa di bumi Besut ini.Segala kenangan bulan ramadhan yang ku kutip sepanjang berada di sini menjadikan aku lebih dewasa. Sepanjang ramadhan ini juga membawa aku kepada cerita yang pelbagai. Berbeza-beza. Kali ini, mungkin rasa syahdu berbuka sendirian tidak menjadi persoalan lagi. Sudah lali dengan suasana sebegini. Sejak beberapa tahun ini aku lebih selesa bergerak sendirian daripada mengharapkan bantuan orang lain yang tidak tahu ikhlas ke tidak. Pada awalnya, memang terasa sangat daif diri ni. Seolah-olah tidak mempunyai teman sepanjang berada di sini. Ramai teman namun tiada "teman" dalam erti kata sebenar. Buat apa kita terhegeh-hegeh pada orang yang kita tidak tahu rahsia hatinya. Biarlah begini. Aku hanya bertawakkal kepada ALLAH YANG MAHA ESA sebagai pelindung sebenar diriku. DIALAH yang mengetahui setiap perjalanan hidupku. Setiap permulaan perjalananku, hanya PADANYA aku menyerahkan diri. Alhamdulillah, ku masih selamat di sini.

Berbalik kepada ramadhan penuh berkat ini, aku mendapat satu lagi pengajaran yang ku kira boleh dijadikan sempadan dan tauladan. Kita tidak selamanya sendirian. Biarpun aku sendiri semasa bergerak ke sana  ke mari. Sekurang-kurangnya sekeliling kita masih ada insan lain yang melengkapkan hidup kita atau pun yang pernah menambahkan perisa dalam hidup kita. Kenapa apabila kita merasakan diri kita mampu sendiri, kita melangkah pergi. MEninggalkan orang yang pernah jadikan kita dewasa. terlalu besarkah kita untuk merasakan diri begitu hebat?Adakah terlalu megah kita mengaku bahawa kita ada haluan yang orang lain tidak mampu ikut? Hanya orang-orang begini sahaja memahami apa yang sebenar mereka fikirkan. ya. Kita mampu untuk pentingkan diri saat ini. kita tunggu dan lihat sampai bila. Allah Maha Adil..

Kehidupan kita ini tak selalu yang kita inginkan. errmmm...teringin sangat nak pi buka puasa dekat luar. teringin sangat nak pergi sana, nak pergi sini.tapi......aku tahu kudratku tak mampu untuk mencapai semua itu.bersabarla wahai hati. Ini adalah ujian buatmu. :(.teruskan ramadhan ini dengan redha dan tabah. Moga ada bahagia buatmu wahai hati.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase