penghujung tahun lalu merupakan salah satu titik hitam yang tak akan dilupakan selama-selamanya.Begitu pahit, perit dan memilukan.Nilai,harga diri, maruah dan pengorbanan disia-siakan umpama picisan tiada bernama. rasanya ingin sahaja aku menyerang, memaki dan menyumpah seranah. Tapi, apa guna.hati makin sakit, luka makin mendalam. Hanya Allah yang mampu mengadili setiap hambaNYA dengan seadil-adilnya.
Kini,
aku di sk polis kem, kelapa sawit, kulaijaya, johor meneruskan perjuangan sebagai seorang guru baharu. begini rasanya menjadi guru. begini rasanya guruku mengajarku. walaupun sakit tekak, sakit kaki kerana turun naik tangga tapi tetap rasa nak mengajar. walaupun murid yang diajar itu belum tentu akan dapat apa yang aku ajar. lebih2 lagi masih ada murid yang tidak mampu membaca pada usia 11 tahun, aku jadi semakin sayu.kasihan.
moga musibah yang menimpa keluargaku akan berlalu pergi.Ya Allah! Sesungguhnya berat dugaan ini dan leraikan kami dari masalah ini. Bantulah keluargaku untuk mengharungi dan mendapat keadilan.Amin.
0 comments:
Post a Comment