Assalamualaikum..
Tba2 ada sambungan..heee..apa jadi pada anak2ku untuk UPSR?Walaupun trdapat 3 orang gagal BM,namun aku masih bangga kerana mereka sudah mampu menjawab soalan.5 orang telah menghadiahkan A untuk BM 2 dan 2 orang untuk BM 1.mungkin bagi orang lain ia biasa2 tapi untuk diriku ia satu penghargaan.mereka bermula dari kosong dan berakhir dengan mencapai A B atau C.penghargAan untukku sebagai guru baru.bermula dari hampir 29 orang gagal.berakhir dengan 3 orang gagal untuk subjek BM.ku akui merka bukan anak-anak yang cepat dapat.Namun mereka sudah cuba yang terbaik.mudah-mudahan mereka akan mendapat guru yang lebih baik dan menjadi orang yang baik.
Mungkin lepas ini aku akan merindui anak2 eksperimenku ini kerana mereka sangat bersopan santun,menghormati guru, menghormatiku dan tidak merungut bila di denda olehku(buktinya tiada ibu bapa datang berjumpaku sebab anaknya kena
rotan).mereka adalah guruku.mengajar untukku terus belajar mendidik.Mungkin aku akan dilupakan namun mereka tetap dalam ingatan..
0 comments:
Post a Comment