Pages



~1 November 2009~

~exam~
8 hari lagi

~mo0d~
kurang 0k

Malam ni aku terjaga lagi.Mengharapkan sesuatu yang tak pasti.Aku lihat handphone.hampa..aku tengok YM.pun hampa jugak.Sedihnya rasa..Tiba-tiba aku rasa sunyi sangat.Aku cuba buka senarai lagu yang aku ada..Terjumpa pula dengan lagu ni..sedih2..Apalah nasib di perantauan ni...Sedara tak ada..sapa pun tak ada...apa nak buat kan..terima lah setiap yang terjadi dengan hati terbuka dan redha.Sesungguhnya TUHAN itu menurunkan dugaan setimpal dengan kemampuan seseorang.
Wallahualam


~Lonely no more~


Now it seems to me

That you know just what to say

But words are only words

Can you show me something else

Can you swear to me

That you'll always be this way

Show me how you feel

More then ever baby

I don't wanna be lonely no more

I don't wanna have to pay for this

I don't wanna know the lover at my door

Is just another heartache on my list

I don't wanna be angry no more

You know I could never stand for this

So when you tell me that you love me now for sure

I don?t want to be lonely anymore

Now it's hard for me

When my heart's still on the mend

Open up to me

Like you do your girlfriends

And you sing to me

And it's harmony

Girl, what you do to me, is everything

If you say, anything, just to get you back again

Why can't we just try

What if I was good to you

What if you were good to me

What if I could hold you

Till I feel you move inside me

What if it was paradise

What if we were symphonies

What if I gave all my life to find some way to stand beside you

~mutiara kata~


~31 Oktober 2009~

~Exam~
9 hari lagi

~mood~
Agak Ok

Semalam aku pergi ke Kuala Terengganu unutk temankan kawan ambil barang. Masa tengah duduk menunggu tu, aku tertarik dengan satu himpunan kata-kata hikmah. Banyak kata-kata hikmah yang tepat kena pada batang hidung sendiri. Marilah kita sama-sama renungkan dan hayati setiap bait kata-kata ini.

"Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih.
(Ibnu Maqaffa)

"Orang yang belum pernah gagal adalah orang yang belum pernah mencuba"
(Emmet Le Compte)

"Imagination is more important than knowledge, knowledge is limited. Imagination encircles the world"
(Albert Einstein)

"Orang yang paling tidak bahagia adalah orang yang paling takut akan perubahan"
(Mitz)

"Orang yang cemerlang sentiasa mencari hikmah ats apa yang berlaku. Mereka sentiasa redha dan bersyukur"
(Dato' Hj Fadzilah Kamsah)

"Kebahagian itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi kemenangan"
(Fosdik)

"Orang yang berbudi pekerti mulia dan berilmu itu jernih mukanya, ;lapang dadanya dan suci hatinya serta lemah lembut perkataannya"
(Huqama')

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah"
(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

~GemBiRa~

Macammana menghilangkan Marah
Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada
pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan
hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab :" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari
sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi
daging panggang yang masih panas.

Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah
si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat
peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan
menunggu hukuman

"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim"
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah.

Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.Kita mesti ubati
hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang
menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.Di
antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab
kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah.

Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wassalam


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan
mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan.Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan
mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak
dapat dikawal.

Wassalam..


Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia
menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir
tersentak,angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung
didalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di
dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan
kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air
penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya
api.berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

http://dakwah2u.blogspot.com



~Jamaliah Hishar @ Azhar~


~Kau kawan, SahAbat dan tEman~

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku


Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
Posted by Picasa


~Perkemahan wAjib Unit Beruniform KPLI & PISMP~

24 Oktober 2009- 27 Oktober 2009
IPGM Kampus Sultan Mizan

"Agak letih bila menghadiri perkemahan.Kena bina kemah, memasak, beraktiviti, ulang alik pergi tandas yang agak jauh, robohkan khemah, mengharungi hujan...Macam tulah keadaan sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Alhamdulillah, pengalaman menjalani Program PL banyak menjadikan aku seorang yang lebih tabah mengharungi dugaan dan tidak cepat melatah dengan sebarang kemungkinan. Emosi juga boleh lah dikawal. Setakat hujan biasa, mungkin masih bisa diharungi. Yelah kan...sedangkan tidur berbantalkan batu, berselimutkan angin laut, bermandikan hujan pun masih boleh diharungi...insyaallah, aku masih tabah mengharungi hujan satu malam ni...

Hujan oh hujan,
itu rahmat Ilahi,
angin yang bertiup,
daun-daun melambai tak henti,

Bersyukur pada yang ESA,
itu dugaan yang diberi,
jangan kita lalai dan leka,
sentiasa berhati-hati.

Lirik dan Lagu :
Tn Sukery @ syukri
KEM IPGM KSM

Macam dalam lirik lagu tu...baik diambil pengajaran...Dalam perkhemahan ni, kena banyak bersabar.kena rajin-rajin pergi dapur.Bersihkan mana patut. tolong mana perlu..Kadang-kadang memag orang tak suruh.Yelah, masing-masing dah besar kan.Tak semua suka diarah. Sebelum diarah, apalah salahnya kita mengarahkan diri sendiri kan....
Aku ni pun bukannya selalu rajin. Tapi kadang-kadang jadilah rajin juga...hehehe...
Posted by Picasa


~EmPty~

Apa ku cari dalam hidup ini,
kaki ku melangkah tidak menentu,
mencari sebuah kepastian,
menilai sebuah kejujuran,

apa yang ku cari dalam hidup ini,
langkahku menjadi semakin sumbang,
menentukan tujuan tak bertemu arahnya,
kiri kananku tidak bernyawa,
hanya aku sendiri hampir,
kematian jiwa,

apa yang kucari dalam hidup ini,
langkahku longlai mencari erti bahagia,
ke utara tidak,
ke selatan pun bukan,
apakah aku sentiasa sendiri di sini?

apa yang kucari dalam hidup ini,
derapan langkahku kian longlai,
mencari sebuah pengertian,
meneliti sebuah persahabatan,
menilai sebuah kasih sayang,

apa yang kucari dalam hidup ini,
masih tak kutemui,
di jalan yang berliku ini,
aku masih terus mencari,
dan mencari...
Posted by Picasa

~trans Island Terengganu~










Jelajah pulau ke pulau.....




hmmmm.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....mula2 rela dalam paksa jugak nk wat...tp digagahkan juga untuk teruskan aktiviti ni....Bila dah lama-lama seronok sebab macam-macam benda yang kita boleh lihat bila berada di tengah laut. Orang lain tak akan boleh nampak...







Perjalanan yang bermula dari Pantai Merang ambil masa 3 jam nak ke P. Bidong...memang rasa letih...Baru bermula kan....Tiba-tiba masa dekat tengah-tengah laut, ada pulak kayak terbalik...fuh...mencabar sungguh...macam-macam gaya dah kami buat supaya leh teruskan perjalanan...dah tak pakai dah teori-teori yang ada...ikut mana yang mampu leh buat je...Masa tu pula lecturer tengah tengok kayak lain yang hampir terbalik juga...Jadi, pandai-pandailah nak hidup..Cuba punya cuba akhirnya naik jugaklah member tu kat atas kayak..Lepas teruskan perjalanan tu, tiba-tiba kitaorang ni tersalah haluan....huhuhu...memang naya lah...Nasiblah tak jauh sangat...Letih...




Hari kedua pula, pergi ke P.Redang. Masa ni, hati memang lah berat juga...tapi perjalanan mesti diteruskan...kayaklah sampai P.redang dalam masa 3 jam juga. dapatlah pengalaman tengok penyu bertelur dan anak penyu...seronok......




Pergi pulak ke P.Perhentian.Ini saat paling mencabar dalam hidup aku. Ambil masa 6 jam nak ke Pulau Perhentian. Dengan keadaan partner yang kurang sihat...Ya Allah,Tuhan jelah tahu macam mana rasanya. Masa tu memang fikirlah, kalau ada enjin mesti dah sampai.. Masa dekat area Pulau Lang Tengah, kita orang tak leh berhenti kaya. Kalau berhenti je, arus akan tolak balik kami ke Pulau Redang.,...Huhuhu...sadis-sadis....




Kami rehat dua hari dekat P.Perhentian.Lepas je sampai, aku terus tertido dekat tepi sungai.Tak pikir apa dah. Masa ada pensyarah suruh kami naik mandi dan makan, rasa mengalir juga air mata aku. Terlalu letih.Esoknya, pensyarah bawa kami mengelilingi pulau. Seronoklah. Naik Dingi macam naik roller coaster.....penuh debaran...




tak sabar bila sampai masa balik...kami cipta rekod sendiri bila sampai di Pantai Bukit Keluang dalam masa 3 jam. Rekod sebelum ni 4 jam...Mungkin pengalaman sebelum ni menjadikan kami dapat atur arah perjalanan.




Walau apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada halangan yang besar. Cuaca pun elok dan yang paling penting kami dapat menimba pengalaman yang tak dapat di jual beli....

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase