Pages

~trans Island Terengganu~










Jelajah pulau ke pulau.....




hmmmm.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....mula2 rela dalam paksa jugak nk wat...tp digagahkan juga untuk teruskan aktiviti ni....Bila dah lama-lama seronok sebab macam-macam benda yang kita boleh lihat bila berada di tengah laut. Orang lain tak akan boleh nampak...







Perjalanan yang bermula dari Pantai Merang ambil masa 3 jam nak ke P. Bidong...memang rasa letih...Baru bermula kan....Tiba-tiba masa dekat tengah-tengah laut, ada pulak kayak terbalik...fuh...mencabar sungguh...macam-macam gaya dah kami buat supaya leh teruskan perjalanan...dah tak pakai dah teori-teori yang ada...ikut mana yang mampu leh buat je...Masa tu pula lecturer tengah tengok kayak lain yang hampir terbalik juga...Jadi, pandai-pandailah nak hidup..Cuba punya cuba akhirnya naik jugaklah member tu kat atas kayak..Lepas teruskan perjalanan tu, tiba-tiba kitaorang ni tersalah haluan....huhuhu...memang naya lah...Nasiblah tak jauh sangat...Letih...




Hari kedua pula, pergi ke P.Redang. Masa ni, hati memang lah berat juga...tapi perjalanan mesti diteruskan...kayaklah sampai P.redang dalam masa 3 jam juga. dapatlah pengalaman tengok penyu bertelur dan anak penyu...seronok......




Pergi pulak ke P.Perhentian.Ini saat paling mencabar dalam hidup aku. Ambil masa 6 jam nak ke Pulau Perhentian. Dengan keadaan partner yang kurang sihat...Ya Allah,Tuhan jelah tahu macam mana rasanya. Masa tu memang fikirlah, kalau ada enjin mesti dah sampai.. Masa dekat area Pulau Lang Tengah, kita orang tak leh berhenti kaya. Kalau berhenti je, arus akan tolak balik kami ke Pulau Redang.,...Huhuhu...sadis-sadis....




Kami rehat dua hari dekat P.Perhentian.Lepas je sampai, aku terus tertido dekat tepi sungai.Tak pikir apa dah. Masa ada pensyarah suruh kami naik mandi dan makan, rasa mengalir juga air mata aku. Terlalu letih.Esoknya, pensyarah bawa kami mengelilingi pulau. Seronoklah. Naik Dingi macam naik roller coaster.....penuh debaran...




tak sabar bila sampai masa balik...kami cipta rekod sendiri bila sampai di Pantai Bukit Keluang dalam masa 3 jam. Rekod sebelum ni 4 jam...Mungkin pengalaman sebelum ni menjadikan kami dapat atur arah perjalanan.




Walau apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada halangan yang besar. Cuaca pun elok dan yang paling penting kami dapat menimba pengalaman yang tak dapat di jual beli....

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase