~Perkemahan wAjib Unit Beruniform KPLI & PISMP~
24 Oktober 2009- 27 Oktober 2009
IPGM Kampus Sultan Mizan
"Agak letih bila menghadiri perkemahan.Kena bina kemah, memasak, beraktiviti, ulang alik pergi tandas yang agak jauh, robohkan khemah, mengharungi hujan...Macam tulah keadaan sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Alhamdulillah, pengalaman menjalani Program PL banyak menjadikan aku seorang yang lebih tabah mengharungi dugaan dan tidak cepat melatah dengan sebarang kemungkinan. Emosi juga boleh lah dikawal. Setakat hujan biasa, mungkin masih bisa diharungi. Yelah kan...sedangkan tidur berbantalkan batu, berselimutkan angin laut, bermandikan hujan pun masih boleh diharungi...insyaallah, aku masih tabah mengharungi hujan satu malam ni...
Hujan oh hujan,
itu rahmat Ilahi,
angin yang bertiup,
daun-daun melambai tak henti,
Bersyukur pada yang ESA,
itu dugaan yang diberi,
jangan kita lalai dan leka,
sentiasa berhati-hati.
Lirik dan Lagu :
Tn Sukery @ syukri
KEM IPGM KSM
Macam dalam lirik lagu tu...baik diambil pengajaran...Dalam perkhemahan ni, kena banyak bersabar.kena rajin-rajin pergi dapur.Bersihkan mana patut. tolong mana perlu..Kadang-kadang memag orang tak suruh.Yelah, masing-masing dah besar kan.Tak semua suka diarah. Sebelum diarah, apalah salahnya kita mengarahkan diri sendiri kan....
Aku ni pun bukannya selalu rajin. Tapi kadang-kadang jadilah rajin juga...hehehe...
0 comments:
Post a Comment