haluan tanpa pendayung, perjalanan tanpa peta...
semua orang tidak mahukan nasib yang teruk atau masalah yang bertimpa..setiap insan hanya mahukan kebahagiaan mengulit setiap mimpi indah mereka. Tapi, mampukah kita menghadapi tusukan tajam tika gembira mengulit diri?Mampukah kita menerima kenyataan tentang pahitnya sebuah realiti? Pangkal ceritanya kembali kepada ALLAH S.W.T. Dia yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang memberi kasih sayang yang tak terhingga.Dia yang memudahkan seluruh perjalanan hidup kita. Sedarkan kita bahawa kedukaan yang kita harungi itu hanyalah sedikit berbanding kegembiraan yang tidak terhingga. Sedarkah kita nikmat yang kita terima itu tidak mampu diganti semula.Nikmat makan, kasih sayang, kesihatan, kegembiraan dan segala-galanya. Alangkah ruginya kita bila kita sekadar memikirkan keadaan yang buruk menimpa diri kita. Alangkah sedihnya bila kita seakan tidak mempercayaai setiap haluan yang tela ditetapkanNYA. Setiap perjalanan itu pula tidaklah berlangsung ke arah bahagia andai kita hanya menunggu bahagia itu datang. Kejayaan itu tidak datang menghampiri kita seandainya kita berdiri kaku tanpa usaha. Kasihanilah diri kita yang meronta mahukan sebuah kehidupan. Maukan kemanisan dalam sebuah perjalanan hidup. Usaha , tawakal dan doa. Berserahlah diri kita kepada ALLAH setela kita cuba melakukan yang terbaik. Haluan tanpa pendayung, tidak sampai ke destinasi. Perjalanan tanpa peta menyimpang jauh ke jalan yang salah.
0 comments:
Post a Comment