3 November 2010
Assalamualaikum...salam ceria, salam kasih sayang...moga kita berada dalam limpahan kasih sayangNYA...Dalam masa 2 3 hari ini, berita putus cinta dari dua sahabat baikku membuatkan ku rasa sedih, risau. Biarpun mereka jauh dari mata tapi mereka sentiasa dekat dihati. Biarpun aku tidak pernah sekali pun berjumpa dengan salah seorang temanku itu, tapi aku rasakan seolah-olah aku sudah mengenalinya bertahun-tahun..
S menghantar mesej yang mengatakan dia sudah berpisah dengan kekasihnya. Hanya kerana wanita itu terpengaruh dengan hasutan rakan2. Ermmm..usia percintaannya yang cukup lama membuatkannya menaruh harapan, menyulam impian, menggarap mimpi bahagia dalam setiap tidurnya. Pada mulanya ku menganggap dia tidak akan apa-apa.tapi sangkaan ku silap. Dia seolah-olah hilang tujuan.kekecewaan menyelubungi hidupnya. Semangat seolah diambil angin puting beliun.Sekelip mata. Aku hanya mampu memberi nasihat demi nasihat. Walaupun aku hampir dimarahi atau pun senang kata tiada lagi kepercayaannya kepada perempuan, aku masih tegar memberi nasihat mengingatkannya bahawa dia masih punya ALLAH yang sentiasa memerhatikannya, menyanyanginya. Dia masih punya ibu bapa yang masih mengharapkannya dan tidak tertanggal sedikit pun rasa kasih dalam hati mereka terhadapnya. Aku mungkin tidak sempurna sebagai khalifah di bumi ALLAh untuk memberi nasihat. Tapi harapanku hanyalah agar dia tidak tersasar jauh hanya kerana putus cinta. Aku amat berharap. Ku akui dia teman yang ku tak pernah sangka hadirnya. teman yang ku tak pernah sangka akan akrab begini. Aku hanya mampu berdoa agar dia masih ada iman yang sentiasa mengingati bahawa ada ALLAH untuk tempat dia mengadu.
Hari ini, ku terima satu lagi mesej. dari sahabat ku yang paling akrab. Sahabat yang dulu ku benci. Sahabat yang mendengar tangisanku di kala aku dirundung sedi. Sahabat yang tidak mengeluh tatkala ku bercerita tanpa henti. Perpisahan antara dia dan pilihan hatinya. Aku benar-benar sedih sebab perpisahan ini terjadi. Aku benar-benar mengagumi atas ketabahan hatinya menerima setiap dugaan ini. saat aku mahu melelapkan mata, aku terbayang-bayang saat awal perkenalan mereka. Bagaimana mereka berusaha untuk meyakinkan ibu dan ayah mereka. Aku benar-benar kesal dengan sikap lelaki tersebut. Sangat-sangat kesal. Aku sangat berharap sahabatku ini dapat menghadapi dugaan ini dan peperiksaan yang bakal menjelang.
Cinta ini mampu membuatkan kita lupa.
cinta ini membuatkan kita alpa,
cinta ini membuatkan kita berduka,
cinta ini membuatkan kita gembira,
Tabahla wahai sahabat2ku.
0 comments:
Post a Comment