Assalamualaikum...
Alhamdulillah setelah 35 hari berlalu,aku diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah untuk terus beribadah kepadaNya.
Perjalanan sepanjang berpantang agak rumit bagiku.aku perlu menempuh saat-saat berpantang tanpa kehadiran anak di sisi.lebih-lebih lagi apabila melihat air susu yang masih tidak putus hingga kini. Pada awal keguguran,semasa aku mengepam susu aku pernah bercakap seolah-olah bercakap dengan Siti Nur.Allah.bukan sengaja.mungkin tabiat yang ku bawa semasa hamil iaitu bercakap dengan baby.
Aku juga telah mendapat keputusan sebab kepada keguguranku.virus e-coli.jangkitan kuman pada air kencing.aku juga telah memperoleh keputusan daripada hospital pakar.tapi,sebab lain.candida albican.wallahualam.Mana satu yang tepat.itu aku tidak pasti.
Ikhtiar kampung pun sudah.berserah sahaja kepada Allah.semoga tiada yang mengikut lagi.
Ya Allah.Aku tahu Engkau pengatur yang terhebat.Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk kami .Kau kurniakan kepada kami kesabaran dan tingkatkan keimanan kami kepada Engkau...
0 comments:
Post a Comment