Pages

ibu..

assalamualaikum..

Selepas sebulan kehilangan Siti Nur, aku perasan ada satu rasa halus yang menyelinap ke dalam jiwaku.Kasih ibu.Bukan tidak meredhai pemergiannya tetapi rasa kasih sebagai seorang ibu mula menghambat jiwa.kadang-kadang hampir lemas, menitis air mata.Bagaimana?apabila melihat anak-anak kecil, hati akan terasa sayu.terasa ingin memeluk, mendakap dan mencium pipi mereka.Teringat sentuhan pertama dan terakhir pada Siti Nur. Sungguh!Kekadang aku terlalu rindukannya.

Aku akui bahawa semasa kehamilan rasa itu kurang ada.Tidak seperti sekarang. Mungkin atas sebab itu juga Allah mengambilnya.Supaya aku mampu tambah rasa keibuan itu. Biarpun aku dikelilingi anak saudara namun perasaan sebagai ibu benar-benar wujud apabila dia lahir. Sekarang, aku rasa rindu untuk dikelilingi kanak-kanak agar dapat aku lihat keletah mereka.

Ya Allah!YA Rahman!Ya Rahim...
Engkau kurniakanlah zuriat kepada kami agar dapat kami menambahkan umat Nabi Muhammad di samping meningkatkan ketakwaan ami kepadaMU...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase