Semakin menghampiri titik akhir perjuangan kami di IPG KSM, aku semakin kerap mendapat kad jemputan dan jemputan ke majlis pertunangan. Masing-masing sudah jumpa jodoh dan sampai masanya untuk mereka membina "masjid". Kadang-kadang rasa bergolak juga diri ini apabila memegang kad kahwin rakan-rakan. Lebih-lebih lagi yang berkahwin itu merupakan sahabat yang agak dekat denganku. Aku memerlukan ketahanan mental dan emosi agar dapat menangkis segala permintaan yang tidak munasabah. Banyak lagi tanggungjawab dan amanah yang perlu ku laksanakan dan langsaikan terlebih dahulu sebelum membina "masjid" ku sendiri. Tipu kalau aku katakan aku tidak inginkan sebuah perkahwinan. Sebuah ikatan yang dapat mengelakkan daripada perbuatan maksiat. Tipu andai kata hati aku tidak terdetik untuk turut sama membina "masjid" ini. Tapi, mungkin belum sampai masanya. Kadangkala hatiku bergelojak juga saat rakan-rakan mengedarkan kad jemputan perkahwinan. Kadang-kadang hatiku bergetar saat rakan-rakan membicarakan soal perkahwinan. Tetapi bersabarla wahai hati. Insyaallah. Andai jodohku dengan si dia. Pasti kami akan disatukan jua. Andai tidak. Aku pasrah dengan ketentuan ILAHI.
kompang dipalu pengantin baru..duduk bersanding tersimpul malu :)
Sekarang dah berada di musim akhir semester 7 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan IPG. Bermula pertarungan di medan perang "Dewan Bendahara" maka sudah hampirlah kami ke saat akhir bagi semester ini. Kali ini aku rasakan agak gementar untuk bertempur di medan itu. Mungkin aku merasakan prestasi aku semakin merosot pada kali ini. Kebimbangan terhadap praktikum, tugasan dan kertas kerja kajian tindakan. Entah mengapa, aku sendiri merasakan kemerosotan itu. Sebelum semester7 melabuhkan tirainya, kami mempunyai satu amanah dan projek daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. Projek laluan refleksologi. Memang letih menjadi buruh kasar. Lebih-lebih lagi apabila melakukan segala-galanya secara manual. Apabila berada dalam keadaan itu barulah aku tahu keperitan seorang buruh kasar. Namun, bagi mereka alah bisa tegal biasa. Tetapi bagi aku.Fuhhh!!sakit badan!. Tak apalah itu demi sumbangan dan kenangan yang bakal kami tinggalkan di sini. Semoga apa yang kami laksanakan ini dapat digunapakai semasa di sekolah kelak. Bukan mudah untuk mendapat ilmu seperti ini. Membancuh simen, mengangkat batu kerikil. Hanya pengalaman adalah guru yang paling baik.
kerna kau guruku...
guru
saat dia melangkah masuk ke kelas,
ku pandang dari atas ke bawah,
melihat apa yang ada dalam genggamannya,
cuba melihat apa yang ada dalam fikirannya,
cuba menyampaikan apa yang ku rasa padanya,
saat dia menyampaikan salam,
kami berdiri tegak memberi hormat,
matanya meliar ke kiri dan ke kanan,
membilang murid tercinta,
bertanya mana yang tiada,
saat dia membuka bukunya,
kami segak memandang ke hadapan,
menanti bicaranya,
memerhatikan penulisannya,
saat dia menuturkan kata,
kami mengangguk tanda faham,
biarpun di hati timbul tenggelam,
saat dia bertanya,
yang faham menjawab bangga,
yang tidak , tunduk lesu memandang meja,
saat guru berteriak,
semua berdiri menurut perintah,
sedia menerima hukuman andainya salah,
guru,
setiap yang kau bicarakan akan kami nantikan,
biarpun ia tak sedap didengar,
setiap yang kau lakukan,
kami mengikut biarpun tak faham,
setiap yang kau cadangkan,
kami menurut tanpa bantahan,
kerna kau guruku.
bapak
Aku dilahirkan di Felda Pemanis, Segamat, Johor. Mak selalu cerita peristiwa yang berlaku saat-saat aku hendak dilahirkan. Elok-elok dah bawa pergi Hospital Segamat, mak minta nak bersalin dekat rumah. Bayangkanlah andai kata aku dilahirkan di tengah kebun getah tu. Issh, tak ke haru. Pada mulanya , misi marah.Tak bagi. Tapi, Doktor tu baik hati, dia benarkan mak bersalin dekat rumah. Baliklah mak dan bapak ke rumah naik motor YAMAHA (masih ada lagi sekarang) bawa kak siti. ish3x....Dengan saratnya masa tu. lalu kebun getah lagi. Jauh pula tu. Dah nak sampai rumah, boleh pulak teringin nak makan cendol. Aduhai mak aku. Aku ke yang nak mkn masa tu??Orang kata kalau mengidam anak yang nak makan kan? dah sudah makan cendol, balik sampai rumah terus rasa nak bersalin dan tanggal 15 Februari 1988, 2.30 P.M selamat lah aku lahir ke dunia ini. Saat aku sebelum lahir lagi kasih sayang bapak dan mak tak pernah kurang pada aku.
Aku ingt lagi saat nak ambil gambar untuk masuk tadika. Walaupun masa tu tak adalah mewah sangat, tapi bapak tetap suruh aku pakai gaun warna pink yang sedia ada supaya nampaklah perempuan dan senonoh sikit. Yelah, zaman aku kecik2 tak pernah dapat rambut panjang. Panjang sikit je kena potong. panjang sikit kena potong. kalau pakai t-shirt, nampak macam lelaki pula. dah lah gelap (kuat main). masa tadika, ada peristiwa yang menyayat hati. Kaki aku tersangkut dekat engsel pintu (bahagian bawah). habis rabak. sakit pula tu. Masa tu aku gedik sangat melompat-lompat nak buka engsel pintu bahagian atas sebab nak ambil t-shirt dekat ampaian luar. Hari tu ada sukaneka tadika. Hati sangat excited nak pergi. Tapi tak dapat pergi pun sebab luka teruk. Masa sakit tu lah bapak aku rajin melayan. nak pergi toilet dia tolong. siap buatkan tongkat untuk aku berjalan.
masuk pula sekolah rendah, aku ditempatkan di kelas yang hujung sekali. 1 cempaka. Aku tak pandai ke masa tu?yelah kot. Kalau tak, tak kanlah tercampak dekat kelas hujung kan. budak-budak bukan tau apa pun masa tu. sampai darjah tiga, aku dah mula menonjolkan diri. cewahhhh...boleh lah kekalkan prestasi masa peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Aku telah berpeluang mendapat anugerah. tapi, sedih sangat-sangat. 2 kali majlis anugerah tu, bapak tak datang pun. terasa macam bapak tak hargai. bapak tak dapat nak datang sebab dia pergi menoreh. Acara tu waktu pagi. tapi, peristiwa tu telah memberi kesan pada aku sehingga remaja. Selepas daripada itu, apa-apa surat untuk diberikan kepada mak ayah aku buat tak ambil peduli sebab aku tahu mak ayah tak akan datang ke sekolah. Bukan aku tak mengerti tapi itulah kesan terhadap kanak-kanak apabila mak ayah tak peduli kan mereka dalam sesuatu peristiwa penting (pengajaran untuk diri sendiri juga ).
masa zaman kanak-kanak dulu mungkin banyak benda aku tak dapat seperti kanak-kanak lain. Yelah bukan mampu kan. ramai adik beradik. sampaikan kata diri sendiri bukan anak mak ayah sebab rasa kurang diberi perhatian. teruk sungguh saat itu. lepas tu kena paksa lak pergi sekolah agama, kalau tak pergi sekolah jalan kaki. takut sehh....bila dah petang-petang, budak2 malas dah nak pi sekolah. yang diaorang ingat nak main, jadi bila kena ugut macam tu, rasa tak puas hati lah.tapi, aku ni jenis tak melawan. ikut jelah.
ingat lagi masa aku duk berjalan tak ingat dunia, dari pagi sampai ke tengah ari tak balik. Pantang betul mak bapak aku kalau anak-anak dia berjalan kat rumah orang sampai tengah hari. ganggu orang rehat katanya. masa tu plak tengah sedap melepak dekat rumah hawa, apa lagi. bapak aku menjeritlah dari rumahku yang atas bukit tu. confirm lah dengar punya. mencicit aku balik, bapak aku apa lagi ambil batang betik....zappp..kena se das.....adesss...tobat ah...nasib batang betik jer...(masih terbayang di fikiran macam mana aksi bapak ambik batang betik tu)....tu baru yang dekat rumah hawa. belum lagi berjalan kat rumah wak muji, main pondok-pondok, masak-masak...macam-macam aku ni.kuat berjalan dari kecik.
ingat lagi saat bapak tinggalkan aku dekat tepi highway simpang pemanis tu. degil sangat nak ikut dia pergi. masa tu ada kak ct sekali. dia suruh aku naik motor, dia bawak lah aku keluar pemanis. mula-mula memang suka, yelah, dapat berjalan. bila dah sampai destinasi, dia suruh turun. aku turun. lepas tu dia ugut nak tinggal sekat situ.. adus..rasa nak gila kot masa tu. kalau nak berjalan masuk dalam memanglah naya. tapi dia tak tinggal pun. nak acah jer. bagi pengajaran.jangan gatal-gatal nak ikut. lepas-lepas tu, tobat tak nak ngada-ngada nak ikut dia pergi mana-mana.,bagus btul pendekatan tu.(naya je kalau tinggal betul2)
ingat lagi saat bapak potong rambut aku.memang aku akan menangis tersedu-sedu. bapak potong rambut memg style. ikut lah fesyen dia. pernah sekali jadi rupa rambut aku jadi fesyen rambut abu bakar ella. popular kot dia masa tu. aku menangis tak berhenti sepanjang dia potong rambut tu, dan terus menangis bila tengok rupa akukat cermin. macm kena dera ada jugak. tapi, mulai daripada tu la aku mula pakai anak tudung bila nak keluar walaupun ke kedai runcit sebelah rumah. dan mulai saat itu aku mula menjaga aurat rambutku. Alhamdulillah. ada hikmanya peristiwa itu. Bapak pulak masa tu leh tersengih-sengih.kelakar kot kalau tengok muka aku saat itu.
ingat lagi saat aku kena berdikari membayar bil dekat bandar segamat. masa tu tak silap dalam tingkatan 2. mana aku tahu apa-apa masa tu! aduhai bapakku. dia benar-benar mengajarku untuk menjadi berdikari dan berani.
sampai saat ini, dia terus mengajar dan terus mengajar bagaimana untuk menjadi seorang insan. menjadi seorang manusia. dia memaksa kami ke kebun getah bukan sekadar suka-suka, tapi mengajar kami bagaimana rasanya hidup susah dan cara hendak membuat kerja dalam sesuatu keadaan yang terdesak. aku semakin lama semakin suka untuk pergi membantu dia di kebun. memang berat, sakit, penat, lelah. tapi, pengajaran yang dia beri di sebalik kesakitan itu tidak akan aku perolehi di mana-mana. Dia memukul bukan untuk mendera, tapi untuk mengajar. terima kasih..
bapak,
walaupun dia garang melebihi harimau,
tapi dia tetap jadi idola,
bapak,
walaupun pelajaran tak setinggi mana,
tapi dia tetap menjadi idaman,
bapak,
walaupun tiada kemewahan yang kau berikan,
aku tetap rasa selesa berada di sampingmu,
bapak,
walaupun kesusahan yang kau ajarkan dari kecil,
namun itulah hadiah ketika ku besarm
bapak,
walaupun ketegasan mu menggerunkan jiwaku,
tapi itulah landasan hidupku,
bapak,
walaupun kadangkala aku tidak dapat memahamimu,
namun kau tetap cuba memahamiku,
bapak...
engkau yang teristimewa....
kasihmu ayah
kau idola kau idaman,
mengajar ku erti ketabahan,
mendidikku erti berdikari,
dalam mengharungi kehidupan penuh pancaroba,
kau sembunyikan rasa sakit,
kau pancarkan rasa sayang,
kau tenggelamkan rasa sempit,
kau timbulkan rasa senang,
kau yang dulu muda dan gagah,
kini mula lemah ,
kau dahulu ceria dan semangat,
kini mula kesakitan,
andai dapat ku pindahkan sakit itu,
akan ku minta sakit itu padaku,
sayu hatiku bila mengenangkanmu,
membanting tulang demi anak tercinta,
bertahan rasa demi kesenangan anakmu,
Ya Allah!
ENGKAu berikanlah kesihatan yang baik
kepada kedua ibu bapaku,
ENGKAU limpahkanlah rahmat ke atas mereka,
ENGKAU pelihara mereka dari sebarang bahaya.
futsal ...
7 May 2011
Go Gurl Cup
hari ni wat pertama kali aku menyertai team futsal.kelakarlah kot. tak berapa pandai nak main kan. Sebelum ni hanya serahkan pada yang pakar jer. tapi, bila main hari ni. Pandai jgak aku men.hehehe...mungkin semangat berpasukan tu jgk penting dalam sesuatu permainan. Alhamdulillah, tak ada cedera dan luka cuma sakit2 badan jer. Dah lama tak main.
Aku cuba hadapi hari ini dengan sikap positif yang semaksimum mungkin. Walaupun pelbagai cabaran dan perkara berlaku pada hari ini, tapi itu bukanlah alasan untuk aku berfikiran positif dan cuba menerima kekurangan setiap manusia. Alhamdulillah, mungkin itu kekuatan yang ada pada diriku saat ini. Segala kekuatan itu bertitik tolak daripada pengalaman-pengalaman yang ku tempuhi sebelum ini. Allah turunkan dugaan dan cabaran untuk aku merasakan bahagia saat ini.
Semoga dengan apa yang kami lalui hari ini menjadikan semua bahagiadi masa akan datang. Cuma, ada satu perkara yang kau kurang berkenan. Masih ada sifat hipokrit dalam diri seseorang tapi tak mengapalah. selagi ia tak memudaratkan , aku tidak mahu terlalu mencampuri urusannya. Asalkan dia bahagia. Insyaallah.
toinnn!toiinn!!zzzZZZzzZZZ
mata ku tak mahu terpejam,
hatiku terang benderang,
kenapa oh mengapa,
tidurlah..tidurlah,
pagi yang cerah akan menjelma,
menantiku untuk bermain futsal,
oh tidurlah,tidurlah..
nurabadie
4.oo a.m
p-212 B
aku bukan blogger yang berjaya
Boleh buat orang sentiasa tertawa atau buat orang tiba-tiba kaku sebentar untuk membaca.
Aku hanyalah seorang manusia biasa,
yang suka berceloteh tak tentu hala,
kisahkan diri yang tak sempurna cara,
lupakan sekeliling asalkan hati puas berbicara,
aku bukan seorang blogger berjaya,
boleh buat orang lupa derita atau lupa segala cerita lara,
aku hanyalah insan yang sederhana,
hidup dalam dunia sementara,
orang tak kisah biarpun ku ada atau tak peduli biarpun ku tiada,
aku bukanlah blogger yang berjaya,
mampu buat orang lepaskan tekanan,
biarpun dalam hati ditekan-tekan,
Aku hanyalah seorang insan,
tidak cantik pada rupa hanya berbekalkan senyuman di muka,
cuba berkata biarpun mungkin ada terluka,
aku bukanlah blogger berjaya,
bisa mencuit kenangan lama,
menyelongkar secangkir rasa yang terpalit pada cerita lama,
aku hanyalah insan tak sempurna,
mencoret rasa, menutur bicara dengan harapan kamu gembira,
aku hanyalah insan biasa,
punya rasa dan juga suara,
menahan apa yang sepatutnya,
meluah apa yang boleh dipeduli,
mengambil apa yang mampu diperbaiki,
membetulkan apa yang ku buat salah.
aku bukanlah blogger berjaya,
hanyalah insan kerdil dan lemah diciptakan oleh ALLAH YANG MAHA ESA
nurabadie
06MAY2011
P-212-B
nurabadie
06MAY2011
P-212-B
berat rasa ini..
03 may 2011
IPG KSM
saat ini kurasakan berat sekali,
menahan rasa dan perasaan,
melalui hari dengan keterpaksaan,
memandang setiap wajah itu,
sebenarnya megguris jiwaku,
menyimpan seribu perasaan,
ku gagahkan hati dan jiwa ini,
agar kisah kami tidak berakhir luka,
kucekalkan jiwa ini agar,
kenangan itu tidak diakhiri dengan duka,
silapku bukan silapmu dalam percaturan ini,
ku tiada biarpun ada,
tidak bersuara biarpun ku berkata,
kuteruskan ketiadaan ini,
biarpun hatiku meronta,
sabar wahai hati,
ku ingin pengakhiran yang gembira,
mungkin itu takdirnya,
tiada milikku di sini,
mungkin itu suratannya,
ku perlu sendiri di sini....
sekadar cebisan kata,
nurabadie