Semakin menghampiri titik akhir perjuangan kami di IPG KSM, aku semakin kerap mendapat kad jemputan dan jemputan ke majlis pertunangan. Masing-masing sudah jumpa jodoh dan sampai masanya untuk mereka membina "masjid". Kadang-kadang rasa bergolak juga diri ini apabila memegang kad kahwin rakan-rakan. Lebih-lebih lagi yang berkahwin itu merupakan sahabat yang agak dekat denganku. Aku memerlukan ketahanan mental dan emosi agar dapat menangkis segala permintaan yang tidak munasabah. Banyak lagi tanggungjawab dan amanah yang perlu ku laksanakan dan langsaikan terlebih dahulu sebelum membina "masjid" ku sendiri. Tipu kalau aku katakan aku tidak inginkan sebuah perkahwinan. Sebuah ikatan yang dapat mengelakkan daripada perbuatan maksiat. Tipu andai kata hati aku tidak terdetik untuk turut sama membina "masjid" ini. Tapi, mungkin belum sampai masanya. Kadangkala hatiku bergelojak juga saat rakan-rakan mengedarkan kad jemputan perkahwinan. Kadang-kadang hatiku bergetar saat rakan-rakan membicarakan soal perkahwinan. Tetapi bersabarla wahai hati. Insyaallah. Andai jodohku dengan si dia. Pasti kami akan disatukan jua. Andai tidak. Aku pasrah dengan ketentuan ILAHI.
kompang dipalu pengantin baru..duduk bersanding tersimpul malu :)
Sekarang dah berada di musim akhir semester 7 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan IPG. Bermula pertarungan di medan perang "Dewan Bendahara" maka sudah hampirlah kami ke saat akhir bagi semester ini. Kali ini aku rasakan agak gementar untuk bertempur di medan itu. Mungkin aku merasakan prestasi aku semakin merosot pada kali ini. Kebimbangan terhadap praktikum, tugasan dan kertas kerja kajian tindakan. Entah mengapa, aku sendiri merasakan kemerosotan itu. Sebelum semester7 melabuhkan tirainya, kami mempunyai satu amanah dan projek daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. Projek laluan refleksologi. Memang letih menjadi buruh kasar. Lebih-lebih lagi apabila melakukan segala-galanya secara manual. Apabila berada dalam keadaan itu barulah aku tahu keperitan seorang buruh kasar. Namun, bagi mereka alah bisa tegal biasa. Tetapi bagi aku.Fuhhh!!sakit badan!. Tak apalah itu demi sumbangan dan kenangan yang bakal kami tinggalkan di sini. Semoga apa yang kami laksanakan ini dapat digunapakai semasa di sekolah kelak. Bukan mudah untuk mendapat ilmu seperti ini. Membancuh simen, mengangkat batu kerikil. Hanya pengalaman adalah guru yang paling baik.
0 comments:
Post a Comment