Pages

eh, dah jadi cikgulah..

Assalamualaikum...salam sejahtera buat kalian...

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM.

Sudah lama rasanya tidak mencoret di sini. kadang-kadang terasa sangat rindu untuk menulis tapi jari-jemari ini seakan-akan merajuk untuk tidak mahu menaip. Alhamdulillah , kini sudah hampir empat bulan aku menjadi pendidik yang sebenar. Ragam sebagai pendidik baru ku cuba tempuh dengan tabah dan sabar. Pengalaman mengajar anak-anak tahun 6 subjek Bahasa Melayu sungguh mencabar.Apatah lagi anak-anak yang memerlukan bimbingan lebih. Tatkala pertama kali menanda kertas peperiksaan BM mereka, aku rasa hendak pengsan."kosong". Rasa hendak menangis pun ada. Tapi, aku cuba dan terus mencuba. Setakat ini ada peningkatan yang ku kira memberansangkan untuk tahap seperti mereka.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Berat nak menanda, berat lagi semasa mereka hendak menjawab soalan. Mereka cuba juga menjawab walaupun tahu jawapan itu salah. Insyaallah, dengan kudrat yang ada, aku akan cuba mendidik dan membimbing kalian.

Seronok mengajar apabila anak-anak boleh diajar. Seronok mendidik apabila anak-anak jadi terdidik. Alhamdulillah, anak-anak ini masih mendengar kata dan belum lagi terbias dengan kerlipan dunia. Kata ibu beribu-ribu. Semoga aku masih terus diberikan kesihatan yang baik untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada mereka setiap hari. Inyaallah.



 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase