Pages

Showing posts with label ~Liku hIdup~. Show all posts
Showing posts with label ~Liku hIdup~. Show all posts

futsal ...


7 May 2011
Go Gurl Cup

hari ni wat pertama kali aku menyertai team futsal.kelakarlah kot. tak berapa pandai nak main kan. Sebelum ni hanya serahkan pada yang pakar jer. tapi, bila main hari ni. Pandai jgak aku men.hehehe...mungkin semangat berpasukan tu jgk penting dalam sesuatu permainan. Alhamdulillah, tak ada cedera dan luka cuma sakit2 badan jer. Dah lama tak main. 

Aku cuba hadapi hari ini dengan sikap positif yang semaksimum mungkin. Walaupun pelbagai cabaran dan perkara berlaku pada hari ini, tapi itu bukanlah alasan untuk aku berfikiran positif dan cuba menerima kekurangan setiap manusia. Alhamdulillah, mungkin itu kekuatan yang ada pada diriku saat ini. Segala kekuatan itu bertitik tolak daripada pengalaman-pengalaman yang ku tempuhi sebelum ini. Allah turunkan dugaan dan cabaran untuk aku merasakan bahagia saat ini.

Semoga dengan apa yang kami lalui hari ini menjadikan semua bahagiadi masa akan datang. Cuma, ada satu perkara yang kau kurang berkenan. Masih ada sifat hipokrit dalam diri seseorang  tapi tak mengapalah. selagi ia tak memudaratkan , aku tidak mahu terlalu mencampuri urusannya. Asalkan dia bahagia. Insyaallah.



toinnn!toiinn!!zzzZZZzzZZZ

                                                                                    mata ku tak mahu terpejam,
berguling kiri, berguling kanan,
hatiku terang benderang,
kenapa oh mengapa,
tidurlah..tidurlah,
pagi yang cerah akan menjelma,
menantiku untuk bermain futsal,
oh tidurlah,tidurlah..

nurabadie
4.oo a.m
p-212 B

aku bukan blogger yang berjaya


aku bukan seorang blogger berjaya
 Boleh buat orang sentiasa tertawa atau buat orang tiba-tiba kaku sebentar untuk membaca. 
Aku hanyalah seorang manusia biasa, 
yang suka berceloteh tak tentu hala,
 kisahkan diri yang tak sempurna cara,
 lupakan sekeliling asalkan hati puas berbicara, 
aku bukan seorang blogger berjaya,
 boleh buat orang lupa derita atau lupa segala cerita lara, 
aku hanyalah insan yang sederhana,
 hidup dalam dunia sementara, 
orang tak kisah biarpun ku ada atau tak peduli biarpun ku tiada,
 aku bukanlah blogger yang berjaya, 
mampu buat orang lepaskan tekanan, 
biarpun dalam hati ditekan-tekan,
 Aku hanyalah seorang insan,
 tidak cantik pada rupa hanya berbekalkan senyuman di muka, 
cuba berkata biarpun mungkin ada terluka, 
aku bukanlah blogger berjaya, 
bisa mencuit kenangan lama, 
menyelongkar secangkir rasa yang terpalit pada cerita lama, 
aku hanyalah insan tak sempurna, 
mencoret rasa, menutur bicara dengan harapan kamu gembira,
 aku hanyalah insan biasa, 
punya rasa dan juga suara,
 menahan apa yang  sepatutnya, 
meluah apa yang boleh dipeduli, 
mengambil apa yang mampu diperbaiki, 
membetulkan apa yang ku buat salah.
 aku bukanlah blogger berjaya, 
hanyalah insan kerdil dan lemah diciptakan oleh ALLAH YANG MAHA ESA


nurabadie
06MAY2011
P-212-B

berat rasa ini..


03 may 2011
IPG KSM

saat ini kurasakan berat sekali,
menahan rasa dan perasaan,
melalui hari dengan keterpaksaan,
memandang setiap wajah itu,
sebenarnya megguris jiwaku,
menyimpan seribu perasaan,
ku gagahkan hati dan jiwa ini,
agar kisah kami tidak berakhir luka,
kucekalkan jiwa ini agar,
kenangan itu tidak diakhiri dengan duka,

silapku bukan silapmu dalam percaturan ini,
ku tiada biarpun  ada,
tidak bersuara biarpun ku berkata,
kuteruskan ketiadaan ini,
biarpun hatiku meronta,
sabar wahai hati,
ku ingin pengakhiran yang gembira,
mungkin itu takdirnya,
tiada  milikku di sini,
mungkin itu suratannya,
ku perlu sendiri di sini....



sekadar cebisan kata,
nurabadie
Senyum tak perlu kata apa-apa...
meniti hari ini, 
umpama meniti sebuah jambatan yang panjang,
lesu, longlai,
jiwa meronta dalam ketenangan,
firasat menjerit dalam diam,
hati meronta dalam kegembiraan,
Sabar!Sabar!sabar!
semua ini perjalanan dunia,
menjadikan kita lebih dewasa,
aku bukan insan begitu,
menentang dalam terang, 
berkata dalam diam,
sabar!sabar!sabar!
ku bertekad di dalam hati,
diam lebih baik,
senyum sehabis ikhlas,
bersabar sehabis daya,
gembira biarpun berduka,
berbuat sesuatu dengan ikhlas,
meniti hari ini,
kita bukan sendiri,
kita punya keluarga tersayang,
kita punya teman di sisi,
kita punya musuh dalam diam,
kita punya ALLAH yang tak pernah hilang,
Kita bukan seorang,
menjalani kehidupan penuh dugaan,
rasa-rasa itu adalah perencah dalam kehidupan,
buat yang terbaik,
pilih yang serasi,
supaya esok tidak menyesal,
biarkan rasa kecewa itu berlalu,
kerna Insyaallah esok gembira kan muncul,
biarkan rasa sedih itu pergi
kerna Insyaallah esok kita akan tertawa,
lepaskan segala duka dalam hatimu,
terbangkan segala dendam yang membara,
layarkan benci itu ke lautan,
kita bukan menjalani kehidupan untuk hari ini sahaja,
Insyaallah selagi umur panjang,
berbuatlah baik seolah kita akan pergi sebentar lagi,
bermaafanlah sesama kita,
seolah kita tak kan muncul lagi di mata mereka,
lapangkan dadamu,
sucikan jiwamu,
jadikan dirimu kuat,
menempuh perjalanan ini...


titipan rasa sebagai peringatan kepada diri sendiri:
nurabadie88
13 April 2011
9.40 a.m


perjalanan ku sebagai seorang guru praktikum......

22 Februari 2011

SK Tok Motong, Jerteh, Terengganu

Kehidupan sebagai seorang guru praktikum memerlukan permulaan yang baik. Sama ada dengan rakan seperjuangan, sekolah, guru-guru, murid-murid dan pensyarah pembimbingdan juga warga sekolah. Permulaan ini menjadikan kehidupan untuk tiga bulan akan datang menjadi lebih cemerlang atau menjadi lebih merudum. komunikasi yang  berkesan amat penting dalam menjadikan perjalanan praktikum ini berjalan lancar. kenapa? contoh: kita lalu tepi mak cik "cleaner'. Muka masam. Cemberut semacam. Toleh pun tak nak. apa kata mak cik tu? dalam hati mak cik tu boleh jadi kata begini " huh, budak ni.Sombong. Baru jadi cikgu guru praktikum dah tak nak pandang muka aku."..contohnya lah. Lepas tu dikhabarkan kepada warga sekolah. Memang tak selamat kita di sekolah itu. Kenapa? Setiap orang merasakan kita tak mesra, sombong dan tak mudah bergaul. Jadi buat apa mereka nak bermesra dengan kita? lama-lama nanti kemungkinan untuk mereka tak senyum dengan kita adalah tinggi.Jadi, berbaik-baikla dengan semua orang dengan kata-kata yang baik.

Murid-murid: Aku tak suka murid yang meleset2 macam kucing, mengada-ngada. Rimas betul aku. Aku dapat rasakan sama ada dia mengada-ngada nak belajar atau mengada-ngada sekadar nak tarik peratian. Tak ada maknanya nak mengada-ngada dengan aku tak tentu pasal.

Guru; Alhamdulillah, kali ini aku mendapat pihak pentadbir dan guru yang baik, peramah dan sangat membantu kami. Setakat ini masih belum ada tekanan yang aku terima dari pihak sekolah.Alhamdulillah. Aku harapkan agar keselesaan ini akan berkekalan sehingga berakhirnya praktikum.Insyaallah.

Aku akan mencuba yang terbaik untuk praktikum kali ini biarpun kali ini aku sangat malas sekali mengusahakan RPH.tidak tahu mengapa. Moga Allah memberikan ku kerajinan yang tinggi. Amin...

hari yang membingungkan...

8 Januari 2011

hari yang membingungkan dah berlalu. Aku rasa rimas bla cuaca mendung dan kna terperap dalm bilik.tk boleh g memana. mcm mana tk rimas.tak leh nak g memana.Tgk tv tak boleh.Ngadap lah laptop ni, bca novel..jenuh dah.pening kpala.Hari ni bila cuaca cerah.Alhamdulillah, lapang fikiran. 

Sekarang ni dalam usaha untuk mencari tajuk sesuai untuk permasalahan kajian tindakan aku. Pening gak. Aku tau menda tu tapi tak tau istilah yang betul.Nak kena rujuk pakar. Nanti lah jmpa pakar.Bertanya lebih mudah untuk aku paham. Teknologi fb pn ad gunanya. Boleh tanya en ishak secara terus. Nak jumpa kan sush. Tak salah guna fb sebagai medium utk kita belajar. Sekurang-kurangnya ada juga pandangan yang kita boleh guna.:)Tima kasih en ishak..heeeee....

Mood aku pn berubh je bilik dah terperap dalam bilik. tiba-tiba stress bla sampai tgh mlm. Adess, nk wat apa suma serba tk kna.Kesian buah hatiku kena marah..sori lah syg:)...

Aku harap cepat2 dapat tajuk kajian tndakan, mudah nak buat semua....dan hari yang mendatang ni penuh ceria.Tak mo dah sesapa kena marah dgn aku.huuu......

titian perjalanan ini...

menjalani hidup bersama masyarakat adalah satu cabaran yang kita tempuh tak kita kita belajar setinggi mana atau bekerja di tempat mana sekalipun. Asam garam kehidupan bermula dalam satu kelompok sosial pelbagai. Hidup kita gembira jika kita berjaya mengharungi dugaan yang datang dari masyarakat sekeliling. Biarpun orang ada berkata " Ah, hidup aku..suka hati akulah." tapi, adakah selamanya kita akan hidup bersenang lenang sehingga tidak memerlukan sebarang pertolongan dari orang lain?? Bukan aku membenci ungkapan seperti itu tetapi kadang-kadang tidak kena dengan budaya melayu.

Jaga tepi kain orang...

Itu seolah sudah menjadi lumrah dalam kehidupan melayu. Yang baik dipuji yang buruk dikeji. Yang cantik disanjung, yang buruk dibuang...Tetapi jika kita fikirkan semula..adakah kita dapat menilai orang lain hanya sekadar dari pandangan empat mata ini? Adakah mata ini mampu menembusi hati manusia yang sukar ditafsir? Saat aku menulis ini aku seolah memuhasabah diri sendiri. Semakin lama aku berfikir semakin aku menginsafi diri sendiri. Baru-baru ini aku berpeluang untuk menyelami hati insan yang kurang ku kenali suatu ketika dahulu. Pelbagai cerita timbul dari mulut orang mengenai nasibnya. Dan aku hanya mampu mendengar dan membuat spekulasi sendiri sebagaimana orang lain. Sudah tentunya satu spekulasi yang buruk juga. Dan apabila hari demi hari aku mengenalinya, aku semakin malu sendiri kerana apa yang aku kenali ini tidak seperti yang orang perkatakan. Budinya, sopannya, agamanya.sampaikan sekarang orang masih bercerita , aku seolah-olah mahu menjerit..." dia bukan seperti kalian perkatakan!", tapi kalimah itu hanya tersekat dikerongkong. tidak mampu kulafazkan...Malu aku rasa...Aku tidak tahu sampai bila aku mampu muhasabah diri seperti ini. AKu takut aku lupa dengan apa yang berlaku dan mengulangi kesilapan yang sama.

Sahabat di kala susah dan senang.

Ramai orang menyatakan bahawa sahabat susah sukar di cari. Aku akui perkara itu. daLAM dugaan yang kutempuh tanpa sesiapa di sisi. PErjalanan seorang pengembara yang bersendirian akan lebih lama berbanding perjalanan seorang pengembara yang berteman. Apabila sedih, tiada siapa di sisi. Hanya padaNYA ku meminta pertolongan. tika ku gembira, tiada siapa di sisi yang ingin kukongsi kegembiraan. Bila difikirkan terasa kasihannya diriku ini. Tetapi, aku masih bersyukur kerana aku dikurniakan jiran dan sahabat yang baik. Sekurang-kurangnya aku masih hidup dalam keadaan tenang tanpa dikelilingi fitnah dan umpat keji. Selebihnya aku hanya berserah kepada ALLAh Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya DIA lebih tahu titian perjalanan yang harus ku tempuh. Setiap langkah yang kuhayun, aku hanya berserah kepadanya. Berdoa moga perjalanan ku selamat dan dijauhi dari sebarang bahaya. Tika ini hanay pada ALLAH tempat ku berlindung dan meminta pertolongan dan aku tidak keseorangan dalam menempuhi perjalanan hidup.

Kesedihan yang berpanjangan..

Apabila kita memikirkan hidup kita yang sendiri, kita akan kesedihan berpanjangan. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan daripada merintih dan merintih dari hari demi hari. manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apabila menyedari kelemahan yang kita ada, perbaikilah. Moga itu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain...Apabila kita merasakan diri kita sedih, masih ada lagi ramai yang bersedih.Tika kita merasakan kita berduka masih ada ramai lagi yang lebih berduka.Tika kita merasakan diri kita kesusahan, masih ramai lagi yang lebih susah daripada kita...renungkanlah, Insyaallah kita akan kurang merasa sedih.


Kegembiraan tidak datang dengan memanggilnya,
keseronokan tidak datang dengan kita menjerit ke arahnya,
kebahagiaan datang dengan usaha, doa dan tawakal untuk mendapatkannya,
kesedihan hanyalah seketika jika kita mampu menilai baik buruk diri kita,
marilah kita muhasabah diri..
Setiap yang berlaku adalah satu suratan yang ditetapkan, Kita perlu berusaha demi mencapai apa yang ditetapkan dan setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk ada hikmah di sebaliknya yang ALLAH mahu tunjukkan kepada kita....


~nak Pi Lata...~



~Ak nak Pi lAta~

huhu...2 kali dah keciwa ni....tak apa lah...tak ada rezeki aku.....nak wat macam mana kan...dah orang tak nak..tk kn nak paksa pulak..lebih kurng gtulah...sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...

~Hanya PadaMU ku berserah~

~28 Jan 2009~

dALAM tempoh minggu ni..aku menghadapi banyak cabaran...rakan-rakan...streamyx....perhubungn aku....lepas satu, satu masalah timbul..naik bingung memikirkan...sampai satu tahap..aku kena mrah dengan ESAH...aku terus menglirkan titisan mutiara...aku sendiri tak tahu kenapa boleh smpai macam tu sekali...mgkn masalah-masalah yang terpendam dalam hati aku...umpama sbuah lori yang terlebih muatan..bila letak jer satu lagi besi atasnya...habislah bertaburan barang dalam lori tu....agak teruk aku menangis smpai esoknya bangun mata bengkak...kes naya betul....Tapi alhamdulillah...

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..

Dan sebaliknya, Dia datangkan petir dan kilat kepada kita..

Lalu kita menangis dan tertanya-tanya, Ke manakah hilangnya sinar?

Rupa-rupanya..

Allah ingin menghadiahkan pelangi yang cantik untuk kita...

begitulah kisahnya...esoknya...aku nekad pasang balik modem yang dah terperuk kat bilik aku selma 2 minggu...panjat tangga...dan test...Alhamdulillah....boleh...aku rasakn terlepas satu batu kat bahu aku....

hari tu jugak...Allah permudahkan urusan aku untuk peminjman barang dekat jabatan PJ...dan aktiviti HELWANI pertama Insyaallah akan berjalan minggu depan....Alhamdulillah....

Aku rasakan dari hari ke hari..masalah yang aku alami mula meninggalkan bahu aku yang semakin nak jatuh ni...semuanya hanyalah dengan bantuan ALLAH yang ESa...Hanya PadaNYA tempat ku mengadu segala kesedihan yang di alami..dan usaha itu tidaklah sia-sia....ALhamdulillah....Moga selepas ini...hilang sendu mengiringi gembira....

~Jauh perjalanan luas pemandangan...~

~15 jAn 2010~
JumaAT~
~IPGM KSM~

HAri ni, lepas je main kat gym, aku pergilah bukit keluang...makan...aku ajak lah ann pergi ronda kampung-kampung...dah lama aku nak buat benda ni, tapi sebb tak ada member nak ikut kan...rentetan perjalan kami sepertidi bawah :

pukul 9...pergi isi minyak dekat PETRONAs kg Raja...LEpas tu terdetik nak mula cari Kg Baru....Sebab baru terdengar...Jadi, kami pergilah lalu jalan nak ke Gong kedak...Dengan yakinnya kami pergi masuk satu simpang ni...ingat terus jumpa TUDM Gong KEDAk...tapi..tersilap daaa....jumpalah KG Amer....terus punya terus tengok2 dah sampai kat simpang alor LIntah...Jumpalah SK Alor Lintah tu...

pukul 9..30..patah balik pergi simpang yang mula-mula masuk....rasa sekejap pula...dah keluar tu, masuklah pula simpang nak ke Gong KEdak.....Jauh jgk lah..ingat dekat je...Dulu Naik van tak rasa sangat nak ke Gong KEdak ni...sambil-sambil lalu kampung orang tu, keluarlah perkataan..."ooohhh...lahhh dekat sini jer....eh, jauh jgak kampung ni....kampung apa ni???Pusu Tinggi???"
lebih kurang macam tulah...ada satu lagi, Kg Dengir...pertma kali jugak dengar...jauh kali ni, tengok2 kat batu tepi jalan "JERTEH...4 KM"...eh...dh nak sampai Jerteh....tapi memang jauh lah nak jumpa penghujung jalan ni...Bila sampai dekat simpang seberang jerteh tu, aku patah balik..sebab misi aku tak nak lalu jalan besar....Bila balik tu dekat lah rasanya sebab kita dah pernah lalu jalan tu dan tahu apa yang akan kita hadapi...lagipun, lajulah jugak aku bawa motor tu....

Aku rasa kalau aku tak nekad, tak tahu aku kg2 ni kat mana...sekurang2nya bila aku dah habis belajar nanti, aku dah pergi kampung2 sekitar besut ni...nanti kalau orang tanya tak adalah aku rasa teruk sangat...Duduk kat BEsut 5 thn 1/2 tapi tak tahu kampung2 ni kat mana....

Pengajarannya dari perjalanan aku yang tak dirancang ni :

  1. hidup perlukan keberanian....kalau tak berani jadilah kita katak bawah tempurung...
  1. Berani buat keputusan...barulah kita akan capai matlamat...Jika yakin teruskan usaha, tapi jika teragak-agak...batalkan je lah niat tu sebab hanya dengan keyakinan akan buat kita nekad dengan segala keputusan dan bersedia menghadapi risiko...
  1. Jauh perjalanan, luas pemandangan....Masa ni baru aku nampak betapa indahnya ciptaan TUHAn...baru nampak muka bumi TUHAN yang luas ni...yang aku lalui ni hanyalah setitik sahaja....
Bersedia hadapi kemungkinan.....kalau nak pergi mana-mana tengok dulu apa yang perlu dibawa, kalau aku naik motor tu, isi dulu minyak, check plug, tayar....untuk elakkan perkara tak diingini....dan amalkan ayat2 pelingung diri..antara ayat yang aku amalkan setiap kali nak mulakan perjalanan atau hidup aku(waktu pagi_ ialah...baca ayat kursi, tawakal...moga dilindungi perjalanan hidup kita..Insyaallah...

Mungkin tu jer kot catatan aku untuk kali ini..sekadar ingatan dan kenangan.....
salam ukhuwah...


Nurabadie
~Bilik ann~

~2010~

~PurPle~

Selamat tahun baru untuk semua....moga impian tahun lalu tercapai...apa azam baru ya???ermmm....tercapai ke impian ku tahun lepas??Tahun ni azam ku tak banyak....cuma nak teruskan hidupku yang penuh dugaan ni dengan penuh berdikari..tak nak menyusahkan orang...selagi aku boleh buat sendiri, aku akan usahakan...Biarlah kepahitan yang lalu berlalu...Aku akan jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran...Pengajaran yang aku perolehi:

  • Hidup ni tak selalu indah
  • tak semua kawan bisa jadi peneman...kadangkala mereka akan menjadi satu suntikan paling berbisa...
  • jangan mudah percayakan orang
  • kalau nak buat sesuatu atau rancang sesuatu pastikan ada banyak plan..Plan a, b, c, d...supaya kita tak kecewa..
  • jangan terlalu mengharapkan orang akan dapat menolong kita dikala kita dalam kesusahan...
  • keluarga adalah pengubat paling mujarab...Kala kita susah dan senang
  • Sentiasa senyum kepada diri sendiri apabila menghadapi masalh sendirian...Lihat cermin katakan pada diri bahawa tiada guna berduka atas kegembiraan orang lain...Kita pun mampu untuk bergembira
  • Sayangilah insan yang menyayangi kita, tidak usah menyayangi insan yang tidak menganggap kita sebagai yang istimewa...
errmmm..banyak lagi kot..tapi wat masa ni, perkara tu jerlah yang aku ingat....huhu...Moga tahun baru ni, menjadi yang terbaik...ChaiyoK!!

~masih adakah hari esok untukku~

20 November 2009

hari ni nak balik kampung...sebelum tu nak ucap selamat hari lahir kepada semua member2 yang sambut besday hari ini...

masih adakah hari esok untukku..apakah yang akan aku lakukan pada hari esok..ke manakah aku akan melangkah...hurmm..Wallahualam...sebelum itu, ku pohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali...maafkanlah segala kesilapanku pada hari-hari yang telah berlalu ini...

Bila dikenang, tak tahulah berapa ramai yang sakit hati dengan aku..Terutamanya masa zaman sekolah menengah dulu..Semua orang fikir aku ni bekeng orangnya..tak apalah..lau aku tak macam tu, tak jadi jugak kan..masing-masing ada cara tersendiri...

Terus terang aku katakan..sepanjang aku jadi pengawas dulu masa zaman sekolah..Semua orang masih menghormati antara satu sama lain..Walaupun dia jahat macam mana pun..tapi dia tetap hormat aku..setakat buat salah, aku ambil tindakan lepas tu hilang kisah..

Ada sekali tu, adalah 2 kumpulan gadis ni bergaduh..aku tak tahulah pasal apa..malas nak ambil tahu...Gaduh dekat tandas.Jerit-jerit pula tu..Bikin sekolah gempak kan..So, aku ni pulak berani lah pulan suruh dia orang bersurai..Nasib lah tak kena sebiji..Selamat..Tak adalah..Cuba fikir...Nak aku yang bising atau cikgu yang turun bawah settle???(Masa tu dekat tandas bawah blok A)..Alhamdulillah,, diaorang bersurai masa tu...LEpas daripada tu, takut juga aku...Yerlah, kot-kot kena tunggu kap pagar sekolah ker...Tak ada pun..Kan aku kata, dia orang ni masih kira tahap baik lagilah....

ada satu kisah lagi..Ini kenangan aku tak akan lupa sampai sekarang..Masa tingkatan 2...aku kena check budak solat ke tak..Ada sekumpulan gadis ni, punyalah nak mengelak..Aku tak tahu kenapa yang diaorang beria nak larikan diri...Aku kejar..Tak kira..Orang lari.kejarlah...Tahu tak diaorang menyorok mana???hehehe...ada yang nyorok bawah meja guru tau...Kelakar gila...aku geleng kepala jer lah...Lepas tu, aku cari lagi, pergi lari ke belakang bangunan.Sampai ke padang aku kejar...ISh..Hindustan sungguhlah....Tapi itu kisah dulu....

Ada lagi..Aku ada strategi pasang spy tau dulu....hehe...Jahat betul..Sebab tu kalau ada budak ponteng kelas je, aku dapat tangkap...Jangan marah ye kepada yang berkenaan..Aku suruh seorang pengawas pakai baju putih..Kononnya dia tak jadi pengawas lah...Dia ni baik jer..tak memihak kepada memana pun...tapi, tu lah..Allah.Aku tak buat apa pun.Sekadar suruh dia orang masuk kelas jer..

Cuma ada satu ketika itu, seingat aku tingkatan 4, aku dapat kad layang..ugutlah kononnya.Kata aku macam-macam..butakan mata jerlah...malas layan....tapi, cerita tu hilang macam tu jer...

Ok la..rasanya nak berhenti dulu..kalau ada masa..sambung lagi...Nak balik kampung..YahoOo!!!..



Ntah apa-apa,
nurabadie
2.15 pagi...
P-212-B
19 November 2009

~tamat sudah~


~19 November 2009~
Tamatlah sudah periksa aku hari ni...Pedagogi Bahasa Melayu...Rasanya ni lah paper yang paling susah sekali..huhu...Subjek untuk semester ni..

PJM3111
Bola Tampar dan Bola Baling
(amali dan kerja kursus)

PJM3103
Pedagogi Pendidikan KEsihatan

(periksa)

PJM 3110
Pedagogi Pendidikan Jasmani
(periksa)

WAJ 3107
(Seni Dalam Pendidikan)

(Ujian Akhir Kursus)

BMM3102
(Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(periksa)


EDU3105

Teknologi dalam Pendidikan
(Periksa)
Unit BEruniform
(KRS)

Berakhir peperiksaan tadi, maka berakhirlah perjuangan aku untuk semester ni..Selesailah lah sudah penat lelah untuk kali ini..Jumpa lagi di semester hadapan...03/01/2010//Insyaallah...

~tempat jatuh lagi dikenang...part 2~


Teka sapa?


~16 nOVEMBER 2009~


Aku rasa terpanggil lagi untuk meneruskan n3 ni...seronok pula bila dikenang dan diimbas kembali... Antara kenangan yang masih aku ingat :


  1. Ini yang paling klasik...Masa tadika...ada pertandingan bercerita...Aku masuk lah pertandingan ni...Seiingat aku..dengan Zaimah atau gantikan dia..lebih kurang macam tulah..beria aku menghafal cerita ayam jantan berkokok ni..siap gayakan bunyi dia lagi...Samapai sekarang family aku duk menyakat aku dengan bunyi tu...Aku ingat lagi, pakai baju kuning.Kain nya macam pakai kain langsir tu.kain agak keras...Dekat dewan pemanis 1...Tapi...kalah..dapat lah hadiah bekas pensil plastik yang ada pensil, pamadam n pembaris dalam tu.......sedih2.......
  2. Ada lagi..masa dekat tadika jugak....ada murid ter"buang" dalam seluar...Dengan Penuh kesabaran cikgu Dahlia ni melayan kerenah kami..Nak pergi tandas kena teman...Ingat lagi...Cikgu Dahlia pesan..."sapa nak pergi tandas, angkat tangan..bagi tahu..Jangan diam jer..." hehehehe....
  3. Aku ingat lagi masa tu darjah 3 cempaka...aku ni bukan pandai sangat Math...dengan Ms wong...masa tu aku tak siap keje kot..lepas tu dia dengan rela hati mencampak kan buku aku keluar dari kelas..macam piring terbang tu...sedih betul....adus...apalah malang nasib...tak tau lah kalo budak lain lagi ke tak hal ni...
  4. Bercerita pasal math...aku teringat dengan benda ni.Cikgu jazzmill kot....dia ajar math...suruh wat garisn kat tepi buku jarakkan 3 kotak...pahtu dekat hujung kanan kena tinggalkan ruang untuk buat jalan kerja....Satu pantang larang dia...Kalau dia dah toleh kat papan hitam..jangan bercakap dekat belakang..Memang dia mengamuk..tak mula lah kelas karang...
  5. Ada seorang cikgu muzik...Dia suruh bawa rekorder datang sekolah...Tapi aku tak bawak..Dendanya..lari keliling padang dengan pakai baju kurng masa tu.Adalah jugak yang tak bawa...Dahlah padang tu sebelah bangunan sekolah.Malu gila...Aduh...Cikgu muzik ni memang garang.Sapa ek nama dia..Tak ingat lah...
  6. Ada satu ketika ni,, aku mengalami kecederaan di jari.masa zaman tu, mak bapak aku tak ada pendedahan lagi nak bawa pergi klinik kalau cedera macam tu..teruk juga...sampai sekarang parut masih ada..Aku cedera sebab parut kelapa pakai mesin..darjah lima..masa Hari Keputeraan Sultan Johor..cuti...hmmm...so, bila pergi sekolah kena berbalut tangan..tebal pula tu..ish..malu nak pergi sekolah..adalah dua orang mamat yang memang nakal masa tu..N dan A.Lau nak tahu leh tanya dekat YM.hehe..dahlah dia orang ni jadi pengawas..Ada ke dia pergi ejek...Malu betullah..Penyudahnya, aku pergi sekolah nyorokkan tangan aku dalam tudung..jahat betullah diaorang masa tu...
  7. aku ingat lagi, masa ni dengan Cikgu Nordin..darjah 3 cempaka...dia ajar kami nyanyi lagu pasal labah-labah tu..;"ada labah-labah..suka panjat pokok..."aku tak ingat dah lirik dia....aku terbayang-bayang lagi kita orang duk menggayakan lagu tu...Dan aku masih mencari seorang rakan ku..tak ingat nama..dia pindah masa darjah tiga tu,..lelaki...dia lah yang beria menggayakan lagu tu...seronok betul....
  8. Ustaz anuar...aku asyik tolong dia kutip derma je setiap hari jumaat...rupanya aku ni dah berani sejak darjah tiga lagi..baru perasan..hehehe...Manalah cikgu tu sekarang ni...
  9. Saat yang paling sibuk ialah masa UPSR...macam cerita sebelum ni, kami bertungkus lumus pergi tuisyen...Tapi kan...sampai sekarang aku masih terfikir apa aku jawab masa UPSR dulu...macam bodoh-bodoh jer...adus......hancur2...
  10. Aku ingat lagi..masa periksa sekolah agama...aku duduk dekat belakang sekali..aku, asiah, timah n ad sorang lagi..aku tak ingat nama dia...Kami hampir terkantoi meniru...aduhai...malangnya...kertas jawapan yang aku nak tunjuk..jatuh betul-betul kaki ustaz S tu...Ya Allah..Tuhan jerlah tahu macam mana..Menggigil kaki...Nasiblah cik Asiah tu pandai meng'cover'kan untuk aku...hohoho....Lepas..lega....wawawawa....jahat betul aku dulu....
  11. Aku ingat lagi..dulu masa ni..ada satu kumpulan yang cukup digeruni..sebut je nama dia..budak pompuan suma takut...Siapa yang dapat join kumpulan ni dikira selamatlah...Macam kongsi gelap ek..Kongsi gelap kanak-kanak....hehehe...tapi itu lah kenyataannya...dan yang paling malangnya aku adalah insan terpilih menerima "nota cinta" dari kumpulan ni...Diminta menjauhkan diri aku dari seseorang..Hohoho...takut tak...kelakar2....macam-macam hal sungguh...Tapi aku cukup respect dengan diaorang sebab sehingga ke hari ini...masih bersama sebagai satu kumpulan...Bergerak seiring...hehehe...Memang persahabatan hingga ke akhir hayat lah....
  12. Masa zaman sekolah rendah dulu..rajin bawa bekal...Tapi aku pelik kenapa port makan kat tepi tiang...pelik2...berlonggok lah kat tepi tiang kat kantin tu bila sampai masa rehat..Kenyang seh...Kongsi-kongsi bekal...Seronok2...Jimat duit..Nak beli makanan macam tak cukup duit..Yerlah dulu bawak duit berapa sen sangat...Ramai adik beradik kan..susah....
  13. Program susu sekolah...sedap betul susu tu..Tapi aku tak boleh dapat banyak...Budak-budak RMT jer dapat lebih...jeles betul aku..dahlah sedap susu tu...Tak pun masa MILO datang sekolah..Berebut nak air tu...Hehehe....
  14. Ada satu kisah lagi...Ni bukan nak memalukan..sekadar sebagai mengingat kembali..Ada sorang budak perempuan ni...Nak kata selekeh..tak pun..cuma tak bergosok jer baju dia..baju pun jd wrna cklat sbb tak nila...Dia ni mcam kena pinggir lah..Kesian kat dia...Ramai tak suka dia...Tapi, sekarang dah lain...cantik dah....hehehehe....
  15. Masa part orang jual buku datang sekolah..Aku selalunya tak dapat nak beli..mak bapak tak bagi..Yerlah..selalu lak tu diaorang datang..BAgi kertas kecik..senarai nama buku...memang haram aku tak dapat beli..tengok jerlah dari jauh budak-budak lain beli...Tapi bila aku tengok diaorang beli..tak ralat pun..kecik jer bukunya...Saja jer orang niaga tu nak ekploitasi budak.budak...
  16. Bank Simpanan Nasional...Ingat lagi tak masa ni..Cikgu buat pengumuman..:"sesiapa yang nak simpan duit, boleh bawa duti esok, bawa buku bank.." esoknya tunggulah orang bank tu dekat perpustakaan untuk simpan duit kami semua...
  17. Rotan berlada..kalau ingat lagi dengan rotan berlada cikgu Ngatirah...Fuh...memang takut...Kami kan budak-budak lagi, suka buat bising..dia Guru Besar..Paling gerun kalau dia datang..Cukup lah dia tunjuk rotan berlada dia tu...Tak payah cakap apa-apa dah...

Ni jerlah setakat ni...ada lagi sebenarnya..banyak sangat..Lau ada cerita yang nak dikongsi...ceritalah...leh kita kenang kembali....macam-macam hal...Ish3x...

~tempat jatuh lagi dikenang~


~16 November2009~


Sejak dua menjak ni aku banyak contact kawan-kawan lama terutamanya masa sekolah rendah dulu...Sebenarnya rasa terharu dan teruja untuk cari diaorang.Aku mula mengisahkan untuk cari diaorang ni sejak raya tahun ni.Kenapa?

pertama sekali, Aku rasa terpanggil setelah seorang daripada kawan lama aku ni beria nak cari member lama...Aku terfikir satu perkara...sahabat lama itu lebih bermakna sebab kita banyak simpan suka dan duka dengan dia..lagi klasik memori kita dengan dia..

Kedua, mereka tak ada rasa rendah diri dalam bersahabat dan tak memilih kawan sebab kita dah kenal dari kecil lagi..dah tengok masa hingus meleleh lagi...lebih kurang macam tu lah...Tak kira belajar setinggi mana, sejauh mana...tetap ingat kawan...aku cukup terharu..

bila duk cerita pasal kawan-kawan lama...lebih-lebih lagi masa sekolah rendah dulu, teringat masa kena jalan kaki pergi sekolah agama..jauh jugak...lepas tu, ayah kena hantar bekal lepas sekolah rendah sebab ada tuisyen pulak lepas tu..dah habis tuisyen kena berlari lalu kebun kelapa sawit pergi sekolah agama..beramai-ramai.penat sangat masa tu...seronok bila ingat..tapi penat..ada satu kenangan ni, masa tu tengah belajar dekat sekolah agama..tiba-tiba kecoh sekolah tu sebab ada mak kawan ni keja dia suruh ballik umah.sebabnya dia duk mandi sungai kat belakang sekolah....apa lagi ek...kalau cerita balik dekat kawan-kawan ni, diaorang gelak sebab tak percaya dan cute..kelakar lah...

aku rasakan kegembiraan aku sangat bernilai sekarang..tak mengapalah..mungkin rezeki aku bukan di sini...sabar kan separuh daripada iman.....hehehe...

pengajarannya:
  1. hidup ini umpama roda. sentiasalah kita bersabar dan berhati-hati..
  2. Walau setinggi mana kita belajar, walau setinggi awan kita menggapai...jangan lupa pada kawan-kawan yang kita ada...sebab nilai persahabatan itu sangat tak ternilai harganya..kawan-kawan yang mengingati kita adalah kawan-kawan yang benar-benar menghargai kita...
  3. Dunia ni bukan besar mana pun..carilah rakan-rakan yang telah terputus hubungan tu..mudah-mudahan membawa berkat dan hikmah..Insyaallah...

~13 November 2009~


~BBQ~

Rasa macam mimpi je yang aku nak handle BBQ ni....Macam mana ek nak kata....macm-macam perasaan timbul sebenarnya...masa memula someone tu cadangkan...aku tak terfikir macam-macam hal...aku terus setuju dan dengan rela hati nak tolong....Mengenangkan nak kumpul balik jumpa rakan-rakan lama....Masa mula-mula tak rasa kecewa sangat...tapi bila macam tak ada respon...Memang sedih..Aku cuba cari balik semangat aku tu dan cuba cari moral support...Alhamdulillah...Ikma suruh aku iklan dekat facebook dan friendster...segan sebenarnya...tapi, bila fikir balik..kalau nak kira segan....sampai bila orang tak tahu....Jd, aku dengan muka tak malu menulis iklan dkt mana-mana je yang aku boleh tulis.....Aku cuba contact balik pencetus idea majlis ni....dan dia pun nak tolong juga mesej kawan-kawan lama...Mana tak sedih kan...dalam 15 orang yang aku mesej..2 orang yang bagi respon....Dugaan....Bila orang tu kata nak tolong..lega sikit...sebenarnya ramai tolong sebar-sebarkan..tapi nak confirm tu jer yang tak ada...thankz to Baizura..cuz dia orang pertama confirm dengan aku...Adalah sikit semangat nak teruskan benda ni...Kalau fikir memang macam menyusahkan..tapi atas dasar persahabatan dan nak mengeratkan silaturrahim...berbaloi rasanya...tak tahulah macam mana...hanya tunggu dan lihat saje..Kalau ada sokongan dari banyak pihak..berjalanlah majlis ni...kalau tak...hanya tinggal perancangan jer....Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 28/11/2009
Tempat : 153, blok 7, felda Pemanis 2,Segamat (rumah ku)
Masa : 8.00 mlm.
Tiket Masuk : Rm 5

Sebarang perubahan akan diberitahu kelak....


~Perkemahan wAjib Unit Beruniform KPLI & PISMP~

24 Oktober 2009- 27 Oktober 2009
IPGM Kampus Sultan Mizan

"Agak letih bila menghadiri perkemahan.Kena bina kemah, memasak, beraktiviti, ulang alik pergi tandas yang agak jauh, robohkan khemah, mengharungi hujan...Macam tulah keadaan sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Alhamdulillah, pengalaman menjalani Program PL banyak menjadikan aku seorang yang lebih tabah mengharungi dugaan dan tidak cepat melatah dengan sebarang kemungkinan. Emosi juga boleh lah dikawal. Setakat hujan biasa, mungkin masih bisa diharungi. Yelah kan...sedangkan tidur berbantalkan batu, berselimutkan angin laut, bermandikan hujan pun masih boleh diharungi...insyaallah, aku masih tabah mengharungi hujan satu malam ni...

Hujan oh hujan,
itu rahmat Ilahi,
angin yang bertiup,
daun-daun melambai tak henti,

Bersyukur pada yang ESA,
itu dugaan yang diberi,
jangan kita lalai dan leka,
sentiasa berhati-hati.

Lirik dan Lagu :
Tn Sukery @ syukri
KEM IPGM KSM

Macam dalam lirik lagu tu...baik diambil pengajaran...Dalam perkhemahan ni, kena banyak bersabar.kena rajin-rajin pergi dapur.Bersihkan mana patut. tolong mana perlu..Kadang-kadang memag orang tak suruh.Yelah, masing-masing dah besar kan.Tak semua suka diarah. Sebelum diarah, apalah salahnya kita mengarahkan diri sendiri kan....
Aku ni pun bukannya selalu rajin. Tapi kadang-kadang jadilah rajin juga...hehehe...
Posted by Picasa

~trans Island Terengganu~










Jelajah pulau ke pulau.....




hmmmm.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....mula2 rela dalam paksa jugak nk wat...tp digagahkan juga untuk teruskan aktiviti ni....Bila dah lama-lama seronok sebab macam-macam benda yang kita boleh lihat bila berada di tengah laut. Orang lain tak akan boleh nampak...







Perjalanan yang bermula dari Pantai Merang ambil masa 3 jam nak ke P. Bidong...memang rasa letih...Baru bermula kan....Tiba-tiba masa dekat tengah-tengah laut, ada pulak kayak terbalik...fuh...mencabar sungguh...macam-macam gaya dah kami buat supaya leh teruskan perjalanan...dah tak pakai dah teori-teori yang ada...ikut mana yang mampu leh buat je...Masa tu pula lecturer tengah tengok kayak lain yang hampir terbalik juga...Jadi, pandai-pandailah nak hidup..Cuba punya cuba akhirnya naik jugaklah member tu kat atas kayak..Lepas teruskan perjalanan tu, tiba-tiba kitaorang ni tersalah haluan....huhuhu...memang naya lah...Nasiblah tak jauh sangat...Letih...




Hari kedua pula, pergi ke P.Redang. Masa ni, hati memang lah berat juga...tapi perjalanan mesti diteruskan...kayaklah sampai P.redang dalam masa 3 jam juga. dapatlah pengalaman tengok penyu bertelur dan anak penyu...seronok......




Pergi pulak ke P.Perhentian.Ini saat paling mencabar dalam hidup aku. Ambil masa 6 jam nak ke Pulau Perhentian. Dengan keadaan partner yang kurang sihat...Ya Allah,Tuhan jelah tahu macam mana rasanya. Masa tu memang fikirlah, kalau ada enjin mesti dah sampai.. Masa dekat area Pulau Lang Tengah, kita orang tak leh berhenti kaya. Kalau berhenti je, arus akan tolak balik kami ke Pulau Redang.,...Huhuhu...sadis-sadis....




Kami rehat dua hari dekat P.Perhentian.Lepas je sampai, aku terus tertido dekat tepi sungai.Tak pikir apa dah. Masa ada pensyarah suruh kami naik mandi dan makan, rasa mengalir juga air mata aku. Terlalu letih.Esoknya, pensyarah bawa kami mengelilingi pulau. Seronoklah. Naik Dingi macam naik roller coaster.....penuh debaran...




tak sabar bila sampai masa balik...kami cipta rekod sendiri bila sampai di Pantai Bukit Keluang dalam masa 3 jam. Rekod sebelum ni 4 jam...Mungkin pengalaman sebelum ni menjadikan kami dapat atur arah perjalanan.




Walau apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada halangan yang besar. Cuaca pun elok dan yang paling penting kami dapat menimba pengalaman yang tak dapat di jual beli....

~anak sedara ku tersayang~


~kehadirannya satu anugerah~Comel kan...tak sabar nak balik kampung sebb nak jumpa dia jer....keletah dia....kelakar...ada jer yang menarik....Nama dia Nur Aisyah....
~comel, comel, comel~
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase