Pages

Showing posts with label ~MenJana idEa~. Show all posts
Showing posts with label ~MenJana idEa~. Show all posts

begitu begini

dari hati, dari jiwa, dari sanubari....

ketenangan ini menggamit seribu persoalan,
kedukaan ini mencungkil seribu keinsafan,
di sini aku masih keliru dengan rasa,
masih kabur dalam keresahan,
jalan mana harus ku pilih,
begini atau begitu,
di sini atau di situ,

kesilapan ini mampu membangkit seribu rahsia,
pilihan ini mampu mengukir sejuta bahagia atau derita,
jalan mana harus ku pilih,
aku hanya mampu meniti liku hidup
yang sentiasa di uji Oleh TUHAN yang MAHA KUASA,
aku tenggelam dalam dugaan yang sentiasa menduga,
usaha dan tawakal mengiringi setiap pilihan yang ku ingin,
tetapi bahagia atau derita?
kita yang mengukirnya....

~Hari Asyura~

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:


Sejarah Asyura bagi Perspektif Syiah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan.

Syahidnya Husain bin Ali

Rencana utama: Pertempuran Karbala

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Peringatan kesyahidan Husain

Peringatan kesyahidan Husain di Indonesia

Rencana utama: Tabot

Tabot adalah upacara tradisional masyarakat Bengkulu untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Husain bin Ali.

Asyura dalam Kalender Gregorian

Hari Asyura selalu sama pada kalendar Islam, tanggal di dalam kalendar Gregorian bervariasi dari tahun ke tahun kerana perbedaan antara dua kalendar.

  • 2003: 13 Mac
  • 2004: 2 Mac
  • 2005: 19 Februari
  • 2006: 9 Februari
  • 2007: 29 Januari
  • 2008: 19 Januari
  • 2009: 7 Januari dan 27 Disember
  • 2010: 16 Disember

.Senarai tarikh di atas hanya anggaran sahaja.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

sumber ; Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


~berMula langkah ini....~


My luvly aisyah....huhuhu

berhentilah masa di kala ini...abadikan kenangan yang tidak akan berulang kembali...


Masa ni baru pas exam...19/ 11/2009 paper Pke kot...tk ingat lak..hehe...


aku suka pic ni..nmpk sweet..tak taulah nape...



Bermula langkah ini ku atur,
selangkah demi selangkah ku susun,
meneruskan sebuah perjuangan yang tak pernah tamat,

tekad di jiwa kupahat kukuh,
azam tercipta ku semat di hati,
moga langkah ini,
tidak sumbang dipandang,

tidak jelik dilihat,
ku tuturkan bicara penuh manis,

moga tiada lagi yang terluka,
di kala ini,
ku hanya mampu memohon kepada PENCIPTA,
moga dilindungi perjalanan ku,
melindungi perjalanan hidup rakan-rakan ku,
melindungi perjalanan hidup keluargaku,

melindungi perjalanan hidup orang-orang yang ku sayangi,
moga ada bahagia milik kami....

Bermula langkah ini,
saat ini, hari ini, kala ini,
tidak akan aku menoleh ke belakang lagi,
tidak akan ku kutip serpihan duka yang berterbangan,
akan ku lontarkan daun-daun emas ceria,
untuk kegembiraan setiap insan,
Insyaallah....

Idea yang tiba-tiba ada,
nurabadie
p-212-b
8.45 malam

IPGM Kampus Sultan Mizan

~lakaran~




Damainya rasa
lembaran ini mampu kucoret
mengisi kekosongan mencungkil pengetahuan
mengharungi rasa sesejuk musim salji

menghapus keringat satu malam tanpa henti

Damainya rasa
coretan ini ku lakar sepenuh hat
i
kutumpahkan idea yang tak bertepi
menghilangkan resah di jiwa

di sudut ini
ku kerling kiri kujeling kanan
semua menunduk sepi
menatap khazanah penentu masa hadapan,

tekun mencurahkan ilmu ke dalam lakaran tiada berisi

masa semakin hampir ke penghujung
detik demi detik yang berlalu
senada dengan degupan jantung
yang tiada pernah lagi terhenti
raut wajah ceria, gelisah dan lega
bermain di tubir mata
semoga perjuangan ini

perjuangan ke puncak kejayaan

semoga coretan itu adalah
coretan yang tiada ragu lagi
Kini ku langkah bersama jati diri
moga ada hari esok untukku..




yang menghabiskan masa:

Nurabadie
Pke 3103
Dewan Bendahara
4.40 petang..

~suaRa itu~

~sUaRa itu~

ku terjaga dari lamunan,

mimpiku menjadi serpihan-serpihan tak bermakna
ku dengar hanyalah suara itu
hatiku meronta bertanya mengapa
mengapa di saat ini

suara itu
dilontar mengalunkan lagu rindu
suara itu
dilontarkan mendendang lagu ceria
suara itu
ah!suara itu membuatkan ku rasa tidak keruan
suara itu
membuatkan ku tersenyum sendirian

Bisakah aku mengubat hatinya yang rawan
bisakah aku menampal lukanya yang dalam
bisakah aku memimpinnya ke jalan kebahagiaan

kami susuri bicara gembira
kami lalui ceritera tiada penghujung
di saat itu
tiada apa yang bisa menghalang
lontaran rasa yang tidak akan
dan tidak pernah berkesudahan

tatkala ini
biar jarak menghantui mata
biar jarak memisahkan tawa
namun di bayangan mata
terbayang cerianya dia bergelak ketawa
ku biarkan saat itu
ku biarkan dia menguasai suasana
agar
kegembiraan yang tidak mampu ku berikan kepadanya
menjafi miliknya biarpun seketika

Ku pohon dalam hati
akan ada jalan bahagia buatnya
ku berdoa kepada Yang Esa
akan ada ceria dalam hari-hari yang berlalu
ku tidak mungkin tahu
apa yang terbentang untuk hari esok
hanya harapan dan doa mengiringi
cita dan cinta
yang bersemi
meniti hari-hari yang tidak menentu

dalam diam
ku terkedu sebentar
menerima khabar yang tiada penghujung
aku tersedar dari lamunan
semua ini harus kuhentikan
Ku simpan khabar ini
dalam keluhan yang panjang

Tuhanku,
Kau berikanlah kami kekuatan
menempuh laluan berliku
Tuhanku
Kau berikanlah kami kegembiraan
biarpun hanya seketika
Tuhanku
Kau titipkanlah keredhaan Mu
mengiringi kami
moga hari ini
menjadi hari bahagia buatnya selamanya..







Apa-apa aje,
nurabadie
6.50 pagi
18 November 2009
P-212-B





~Satu rasa...suNyi~



satu rasa..sunyi...
satu suara ....sunyi...
satu nada...sunyi....

melangkah menjejaki sebuah impian
kesunyian menjengah melambai bertanyakan khabar
perasaan ini hambar
keriangan hanya bermain di hujung mata

kesunyian ini
menghambat rasa derita
mengunci seribu rasa
mengisahkan sejuta bicara
aku terdampar dalam satu kata
sunyi

malam ku
ditemani bunyi gemersik pintu
dibayangi oleh pemain drama dunia
lelapku didodoikan oleh linangan air mata

ku buka mata
tiada apa di minda
tiada ceria di muka
titisan mutiara itu mengalir lagi
mengenangkan rasa ini
yang tidak pernah hilang dari jiwa

kesunyian,
menimbulkan seribu persoalan.
ku biarkan ia sepi
tanpa jawapan
tiada siapa biasa mengerti
biarpun kataku penuh kenyataan


hati menjunjung semua rahsia
menguatkan semua perasaan
mewujudkan sebuah ketabahan
ku teruskan langkah ini
ku tekadkan lagi perjuangan ini
berjuang menjadi seorang insan
berperang melawan dugaan
bertekad negejar satu impian

aku ingin lari dari daerah sepi ini
aku ingin terbang seperti rama-rama
tapi
aku tak berdaya
terikat aku dengan satu perjuangan
aku tak terdaya mengikut hati dan perasaan
aku cuba sedaya upaya mengukuhkan jiwa yang kian rapuh

ku akui
ini semua bukan satu jalan terbuka
ini bukan satu liku yang lurus
ku haris tempuhi
biar pun sunyi
biarpun sendiri
aku harus
terus melangkah
bila jatuh ku harus bangkit berdiri
bila berjalan aku harus tekad berlari
bila berlari aku ingin terbang tinggi....


nukilan hati:

nurabadie
14 November 2009
IPGM KSM
P-212-B

~ExAm M0Od~

~1 November 2o09~

~Exam ~
8 hari lAgi

~Mo0d~
ok Lahhh...

Mencari exam mood ni agak payahlah..apa nak wat ni..aku tengok orang len suma dah bergasak juga study..bila nak insaf...Mak..ayah...tulun2....anakmu tak mau study ni....huhuhu......mana dia pembakar semangatku..tk muncul2.....mana dia.....huhuhu.....tensen sungguh.....

Mood periksa..
bila kau ingin menjelmakan diri,
datanglah kemari,
aku memerlukan kamu,

oh mood periksa,
marilah mendampingiku,
pada-pada malam-malam yang sunyi,
agar aku dapat mengulangkaji,
mengingati teori dan fakta,

oh Mo0d periksa,
jangan lah kau takut dengan diriku,
aku sungguh memerlukan mu,
meresaplah ke dalam diriku,
agar aku akan dapat meneruskan pengajian,
di masa akan datang....

IPGM-KSM
P-212-B
NURABADIE
10.45 p.m


~1 November 2009~

~exam~
8 hari lagi

~mo0d~
kurang 0k

Malam ni aku terjaga lagi.Mengharapkan sesuatu yang tak pasti.Aku lihat handphone.hampa..aku tengok YM.pun hampa jugak.Sedihnya rasa..Tiba-tiba aku rasa sunyi sangat.Aku cuba buka senarai lagu yang aku ada..Terjumpa pula dengan lagu ni..sedih2..Apalah nasib di perantauan ni...Sedara tak ada..sapa pun tak ada...apa nak buat kan..terima lah setiap yang terjadi dengan hati terbuka dan redha.Sesungguhnya TUHAN itu menurunkan dugaan setimpal dengan kemampuan seseorang.
Wallahualam


~Lonely no more~


Now it seems to me

That you know just what to say

But words are only words

Can you show me something else

Can you swear to me

That you'll always be this way

Show me how you feel

More then ever baby

I don't wanna be lonely no more

I don't wanna have to pay for this

I don't wanna know the lover at my door

Is just another heartache on my list

I don't wanna be angry no more

You know I could never stand for this

So when you tell me that you love me now for sure

I don?t want to be lonely anymore

Now it's hard for me

When my heart's still on the mend

Open up to me

Like you do your girlfriends

And you sing to me

And it's harmony

Girl, what you do to me, is everything

If you say, anything, just to get you back again

Why can't we just try

What if I was good to you

What if you were good to me

What if I could hold you

Till I feel you move inside me

What if it was paradise

What if we were symphonies

What if I gave all my life to find some way to stand beside you

~Jamaliah Hishar @ Azhar~


~Kau kawan, SahAbat dan tEman~

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku


Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
Posted by Picasa


~EmPty~

Apa ku cari dalam hidup ini,
kaki ku melangkah tidak menentu,
mencari sebuah kepastian,
menilai sebuah kejujuran,

apa yang ku cari dalam hidup ini,
langkahku menjadi semakin sumbang,
menentukan tujuan tak bertemu arahnya,
kiri kananku tidak bernyawa,
hanya aku sendiri hampir,
kematian jiwa,

apa yang kucari dalam hidup ini,
langkahku longlai mencari erti bahagia,
ke utara tidak,
ke selatan pun bukan,
apakah aku sentiasa sendiri di sini?

apa yang kucari dalam hidup ini,
derapan langkahku kian longlai,
mencari sebuah pengertian,
meneliti sebuah persahabatan,
menilai sebuah kasih sayang,

apa yang kucari dalam hidup ini,
masih tak kutemui,
di jalan yang berliku ini,
aku masih terus mencari,
dan mencari...
Posted by Picasa
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase