Pages

rezeki itu kurniaan Ilahi

Alhamdulillah.Diberi peluang sekali lagi untuk merasai peluang untuk menjadi insan terpilih sebagai ummi.rasa indah bercampur baur dengan fobia.biarpun orang kata dugaan itu tidak sehebat mana, tetapi orang yang merasainya akan merasa berat.Kali ini dengan lafaz doa dan bismillah meneruskan perjalanan hidup sebagai bakal Umi. Tidak mahu terlalu teruja atau tidak tahu bersyukur. Hanya bersederhana. Menanti janin terus membesar menjadi bayi yang sihat dalam rahim ummi. Setakat 18 minggu perjalanan, alhamdulillah berjalan lancar. Tidak menghadapi dugaan dan sakit seperti kandungan yang lalu. Aku lebih menurut untuk makan pil vitamin. Biarlah jika orang kata vitamin itu menjadikan bayi bayi besar, yang penting dia sihat. Sa masa trimister kedua ini, ummi mulai merasai gerakan bayi. Indah. Subhanallah. Sentiasa membuatkan ummi terdiam dan tersenyum seketika. Sangat indah. Walaupun abi tidak mampu berada di sisi ummi dan baby setiap masa, ummi masih kuat kerana masih ada baby. Mudah-mudahan baby ummi sentiasa sihat dan kekal sihat sehingga kelahiran. Insyaallah.
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase