Pages

titian perjalanan ini...

menjalani hidup bersama masyarakat adalah satu cabaran yang kita tempuh tak kita kita belajar setinggi mana atau bekerja di tempat mana sekalipun. Asam garam kehidupan bermula dalam satu kelompok sosial pelbagai. Hidup kita gembira jika kita berjaya mengharungi dugaan yang datang dari masyarakat sekeliling. Biarpun orang ada berkata " Ah, hidup aku..suka hati akulah." tapi, adakah selamanya kita akan hidup bersenang lenang sehingga tidak memerlukan sebarang pertolongan dari orang lain?? Bukan aku membenci ungkapan seperti itu tetapi kadang-kadang tidak kena dengan budaya melayu.

Jaga tepi kain orang...

Itu seolah sudah menjadi lumrah dalam kehidupan melayu. Yang baik dipuji yang buruk dikeji. Yang cantik disanjung, yang buruk dibuang...Tetapi jika kita fikirkan semula..adakah kita dapat menilai orang lain hanya sekadar dari pandangan empat mata ini? Adakah mata ini mampu menembusi hati manusia yang sukar ditafsir? Saat aku menulis ini aku seolah memuhasabah diri sendiri. Semakin lama aku berfikir semakin aku menginsafi diri sendiri. Baru-baru ini aku berpeluang untuk menyelami hati insan yang kurang ku kenali suatu ketika dahulu. Pelbagai cerita timbul dari mulut orang mengenai nasibnya. Dan aku hanya mampu mendengar dan membuat spekulasi sendiri sebagaimana orang lain. Sudah tentunya satu spekulasi yang buruk juga. Dan apabila hari demi hari aku mengenalinya, aku semakin malu sendiri kerana apa yang aku kenali ini tidak seperti yang orang perkatakan. Budinya, sopannya, agamanya.sampaikan sekarang orang masih bercerita , aku seolah-olah mahu menjerit..." dia bukan seperti kalian perkatakan!", tapi kalimah itu hanya tersekat dikerongkong. tidak mampu kulafazkan...Malu aku rasa...Aku tidak tahu sampai bila aku mampu muhasabah diri seperti ini. AKu takut aku lupa dengan apa yang berlaku dan mengulangi kesilapan yang sama.

Sahabat di kala susah dan senang.

Ramai orang menyatakan bahawa sahabat susah sukar di cari. Aku akui perkara itu. daLAM dugaan yang kutempuh tanpa sesiapa di sisi. PErjalanan seorang pengembara yang bersendirian akan lebih lama berbanding perjalanan seorang pengembara yang berteman. Apabila sedih, tiada siapa di sisi. Hanya padaNYA ku meminta pertolongan. tika ku gembira, tiada siapa di sisi yang ingin kukongsi kegembiraan. Bila difikirkan terasa kasihannya diriku ini. Tetapi, aku masih bersyukur kerana aku dikurniakan jiran dan sahabat yang baik. Sekurang-kurangnya aku masih hidup dalam keadaan tenang tanpa dikelilingi fitnah dan umpat keji. Selebihnya aku hanya berserah kepada ALLAh Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya DIA lebih tahu titian perjalanan yang harus ku tempuh. Setiap langkah yang kuhayun, aku hanya berserah kepadanya. Berdoa moga perjalanan ku selamat dan dijauhi dari sebarang bahaya. Tika ini hanay pada ALLAH tempat ku berlindung dan meminta pertolongan dan aku tidak keseorangan dalam menempuhi perjalanan hidup.

Kesedihan yang berpanjangan..

Apabila kita memikirkan hidup kita yang sendiri, kita akan kesedihan berpanjangan. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan daripada merintih dan merintih dari hari demi hari. manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apabila menyedari kelemahan yang kita ada, perbaikilah. Moga itu yang terbaik untuk diri kita dan orang lain...Apabila kita merasakan diri kita sedih, masih ada lagi ramai yang bersedih.Tika kita merasakan kita berduka masih ada ramai lagi yang lebih berduka.Tika kita merasakan diri kita kesusahan, masih ramai lagi yang lebih susah daripada kita...renungkanlah, Insyaallah kita akan kurang merasa sedih.


Kegembiraan tidak datang dengan memanggilnya,
keseronokan tidak datang dengan kita menjerit ke arahnya,
kebahagiaan datang dengan usaha, doa dan tawakal untuk mendapatkannya,
kesedihan hanyalah seketika jika kita mampu menilai baik buruk diri kita,
marilah kita muhasabah diri..
Setiap yang berlaku adalah satu suratan yang ditetapkan, Kita perlu berusaha demi mencapai apa yang ditetapkan dan setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk ada hikmah di sebaliknya yang ALLAH mahu tunjukkan kepada kita....


begitu begini

dari hati, dari jiwa, dari sanubari....

ketenangan ini menggamit seribu persoalan,
kedukaan ini mencungkil seribu keinsafan,
di sini aku masih keliru dengan rasa,
masih kabur dalam keresahan,
jalan mana harus ku pilih,
begini atau begitu,
di sini atau di situ,

kesilapan ini mampu membangkit seribu rahsia,
pilihan ini mampu mengukir sejuta bahagia atau derita,
jalan mana harus ku pilih,
aku hanya mampu meniti liku hidup
yang sentiasa di uji Oleh TUHAN yang MAHA KUASA,
aku tenggelam dalam dugaan yang sentiasa menduga,
usaha dan tawakal mengiringi setiap pilihan yang ku ingin,
tetapi bahagia atau derita?
kita yang mengukirnya....

~kembara ramadhan bermula~

dALAM meniti kehidupan yang penuh dugaan...sedar tak sedar sudah masuk fasa ramadan yang baru..Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan ramadhan kali ini dalam keadaan yang sederhana..dalam kesedihan yang akn muncul pabila berpuasa di tempat orang...aku akan merasakn diri ini kerdil di bumi Allah yang cukup luas....Aku terasa sendirian di tempat orang yang bertuan..cuba ku singkirkan lara yang semakin menikam jiwa...cuba ku leraikan konflik diri yang mula meningkat dari hari demi hari..supaya tiada orang yang terluka, hatiku mendapat gembira...

Ya Allah! kadang-kadang aku rasakan akulah insan yang paling lemah..kadang-kadang aku rasakan bahawa diriku tiada punya siapa-siapa...tapi, itu hanya lah mainan perasaan, buaian jiwa negatif yang mampu menyeret aku ke daerah sepi....positifkan diri, ceriakan hati...Tekad, nekad....supaya perasaan lara ini menghilang dari jiwa kerna malu dengan rasa gembira yang semakin menempelkan diri ke dalam hati ini..Kuatlah wahai siti salwa...Kegembiraan ada di mana-mana..carilah gembira kerana gembira itu tidak datang tanpa dicari....

Ya Allah! Ya Rabbi!..KAU berilah kekuatan kepada jiwa ini..KAU ampunkanlah dosa hambamu yang tak terkira ini.KAU berikanlah petunjuk dan HidayahMU ...AMin...
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase