Pages

~GiveaWay...laDy in rEd~

~LaDy in Red gIveaWay~


Gmbar dekat pantai pasir panjang, pulau perhentian...besut....masa ni lec bawa kami jenjalan setelah penat berhempas pulas berkayak dari pulau redang ke pulau perhentian ni...seronok...mehlah datang ke cni...

~cOntest baru Pulak!!~

~Contest bAru Pulak!!~




Saje suka2 nak join..memandangkan aku pun banyak koleksi gambar2 dalam simpanan...

gambr ni di ambil sebelum nak pergi berjalan-jalan dekat pulau perhentian masa kayak trans island...18/06/2009...sempatlah melompat2 sikit kat tepi pantai tu...

~ConTest: tUdunG GiveaWay ConteSt~

Ni adlh contest pertama aku join..tu pun dapat join cuz dh blik IPG ni...lau tak, tak de lah...Internet kat cni jer yang ok...Apa pun thankz pada my sis yang suh jenguk blog dia dan ternampaklah contest ni kat blognya...




Syarat2 Penyertaan ialah:

  • Mesti ada blog
  • Jadi Follower Teratak Comellotte dan add Teratak Comellotte dalam bloglist anda
  • Letak banner ini di sidebar blog anda dengan link ke entry ini
  • Buat entri mengenai contest ini
  • Upload satu gambar saat percutian indah anda. tak kira dalam Malaysia ke Luar Malaysia
  • Nyatakan tempat dan tahun anda pergi bercuti. gambar yg menarik,cantik diambil kira
  • Tinggalkan link entri anda di ruang komen dibawah
  • Tarikh tutup: 15/01/2010
Hadiah bakal diterima:

Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60

Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50

Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45


5 Hadiah Saguhati- 1 voucher RM10 serta hadiah misteri
so apa tunggu lg,jom join sekarang.

Ni lah pic yang dirasakan paling comel setakat ni...pemandangan belakang tu yang terasa mahal dan tak dapat dilupakan...



Gambar ni di ambil kat pulau perhentian...masa ni bercuti sambil tengok KPLI camping....08/05/2009....hehehe...diaorang kena menyelam sebab kena dera, aku menyelam untuk snorkeling...bikin dia orang jeles...pemandangan ni real punya....huhuhu...ada orang tak caya kata gambar edit...apa pun memang cantik kat pulau perhentian ni...

~2010~

~PurPle~

Selamat tahun baru untuk semua....moga impian tahun lalu tercapai...apa azam baru ya???ermmm....tercapai ke impian ku tahun lepas??Tahun ni azam ku tak banyak....cuma nak teruskan hidupku yang penuh dugaan ni dengan penuh berdikari..tak nak menyusahkan orang...selagi aku boleh buat sendiri, aku akan usahakan...Biarlah kepahitan yang lalu berlalu...Aku akan jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran...Pengajaran yang aku perolehi:

  • Hidup ni tak selalu indah
  • tak semua kawan bisa jadi peneman...kadangkala mereka akan menjadi satu suntikan paling berbisa...
  • jangan mudah percayakan orang
  • kalau nak buat sesuatu atau rancang sesuatu pastikan ada banyak plan..Plan a, b, c, d...supaya kita tak kecewa..
  • jangan terlalu mengharapkan orang akan dapat menolong kita dikala kita dalam kesusahan...
  • keluarga adalah pengubat paling mujarab...Kala kita susah dan senang
  • Sentiasa senyum kepada diri sendiri apabila menghadapi masalh sendirian...Lihat cermin katakan pada diri bahawa tiada guna berduka atas kegembiraan orang lain...Kita pun mampu untuk bergembira
  • Sayangilah insan yang menyayangi kita, tidak usah menyayangi insan yang tidak menganggap kita sebagai yang istimewa...
errmmm..banyak lagi kot..tapi wat masa ni, perkara tu jerlah yang aku ingat....huhu...Moga tahun baru ni, menjadi yang terbaik...ChaiyoK!!

~Tanpa nAMa~

~artikel ni, aku dapat daripada email yang dihantar oleh my sis...sama-samalah kita renungkan..moga ia akan jadi pengajaran kita di tahun baru ni...Insyaallah..

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

~dinner dash Vs warung wak saiman~

dalam masa 2 3 minggu sebelum nak cuti ni, aku dapat tawaran kerja kat kedai makan..7 pagi- 3 petang..penatlah jgk...kerja kan..memang penat....ada satu hari tu, aku tengah duduk rehatkan kaki aku yang sakit tu, aku teringat, aku ni macam main game dinner dash tu...Ada level tertentu..mula-mula sorang-sorang datang kedai..bila lelama, huh! tak berhenti orang datang...Aku ni kira baru nak jejak level sederhana lah..sebab masih tak buat air, memasak, mengira....Tak payahlah aku main game diner dash tue lagi...dah ada yang real pun....huhu.....penat seyh...kAlau main game, penat tangan jer..kalau kerja ni, satu badan aku sakit...hancur tangan aku...adus..tak apalah..dapat duit poket...daripada kering kan...

~Semuanya sudah berakhir..~

~9 disember 2009~
~Lokasi : cc Pemanis~
~Tarikh kejadian: 28 November 2009~
Mungkin entry ni dh terlalu lewat.Namun aku tetap nak tulis untuk ingatan setiap insan..Firstly, aku nak ucap terima kasih ke[ada yang menjayakan majlis BBQ pada 28 hb 11...Aku amat berterima kasih kepada rakan-rakanku yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis tu...
terima kasih juga kepada kwan-kawanku yang memberi maklum balas terhadap mesej-mesej ku walaupun tidak dapat menghadirkan diri...Mungkin tiada rezeki nak berjumpa...
terima kasih juga kepada AJK api...hehehe..Sharil dan zali yang sudi datang awal untuk pasang api utk bakar ayam2 tu..
Penghargaan tak terhingga kepada Aimi dan md Nooh yang sudi datang dari jauh....Jutaan terima kasih kepada Md Nooh yang sudi menaja buah-buahan pada malam tu..
Hoooo..berapa banyak terima kasih daa...tapi memang tak terhinggalah.....
Perjalanan majlis tu, telah bermula seawal jam 9 pagi lagi....aku mula perap ayam2 tak berdosa tu...pahtu, try wt lengkung santan plak..walaupun pertama kali buat..tapi, alhambdulillah..jadi...
mula mengemas tempat majlis...Thankz sangat pada family aku yang banyak tolong dan support..diaorang yang banyak memberi semangat kepada aku...Aku tak larat juga sebenarnya..Lepas tu, bapak aku nak sponsor karipap, so terpaksalah meluangkan masa menyediakan karipap2 comel tu...huhu...
Kepenatan aku rasa hilang bila akak aku nak pula tolong gorengkan makanan tu...huhu..lega....Buat benda-benda ni tak lah sibuk cuma terasa letih lah...macam nak buat kenduri yasin blok tu...mcam tu lah...
Aimi sampai dulu dari muar...barulah diikuti oleh AJK api dan yang lain2...rasa terlepas beban di bahu apabila aku rasakan aku telah melaksanakan tanggunhjwabku sebagai seorang insan dan teman...
Mesti orang kata..buat apa nak menyusahkan diri kan...penat jer dapat...tapi...entahlah..aku puas..puas hati...
Semuanya berjalan dengan lancar....Terima kasih kepada yang hadir:
aimi, sharil, jali, edi, asze, md. nooh, azrul, salleh, usop, ikma, gda, yoyok, miza, niena, bai, ct, tumira, zila, fiza, nurul, ziza, aja, hidayati, yati,...errmmmm..sapa lagi ek..aku tk ingat..sori lah yer sapa tak tersebut tu...
Moga ikatan ukhuwah ini akan terus erat lagi..Insyaallah...
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase