Pages

~erti Sebuah kemaafan~


~ 28 Jan 2oO9~

aku dh lama nk masukkan entry ni...sekadar renungan...Kemaafan ni sukar nak diucap, sukar untuk dilahirkan jika hati kita tidak ikhlas...jika hati kita masih merintih dendam...hati yang di sulam kemarahan, sakit hati hanya akan memudaratkan hati kita...Ada satu peristiwa yang aku sukar untuk beri kemaafan...Makan tak kenyang, tidur tak lena..bila tengok je insan tu, hati aku akan membengkak..dendam membara...hanya fikir hendak membalas akan segala perbuatan yang dia telah lakukan..pelbagai usaha dilakukan untuk aku membersihkan hati, menenangkan jiwa kacau...hampir setahun barulah kemaafan itu muncul dalam hati..setelah itu, aku rasakan hidup aku sangat tenang..Kemaafan juga tak lahir dari orang yang ego...kadang-kadang kemaafan itu akan meleraikan satu episod perang yang panjang..hanya perkataan maaf akan melenyapkan derita..hanya perkataan kemaafan akan menghilangkan sengketa....Jika tidak percaya...cubalah memberi kemaafan kepada orang yang kita tidak suka...Insyaallah...ketenangan akan muncul selepas itu...Kita hanya dikira berani jika kata maaf akan lahir dari bibir kurniaan TUHAN ini...hanya 4 huruf yang mampu mengembalikan tali persaudaraan yang lupus....


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Riwayat Bukhari)

Huraian
Pengajaran hadith
:

  • Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
  • Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
  • Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


~Hanya PadaMU ku berserah~

~28 Jan 2009~

dALAM tempoh minggu ni..aku menghadapi banyak cabaran...rakan-rakan...streamyx....perhubungn aku....lepas satu, satu masalah timbul..naik bingung memikirkan...sampai satu tahap..aku kena mrah dengan ESAH...aku terus menglirkan titisan mutiara...aku sendiri tak tahu kenapa boleh smpai macam tu sekali...mgkn masalah-masalah yang terpendam dalam hati aku...umpama sbuah lori yang terlebih muatan..bila letak jer satu lagi besi atasnya...habislah bertaburan barang dalam lori tu....agak teruk aku menangis smpai esoknya bangun mata bengkak...kes naya betul....Tapi alhamdulillah...

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..

Dan sebaliknya, Dia datangkan petir dan kilat kepada kita..

Lalu kita menangis dan tertanya-tanya, Ke manakah hilangnya sinar?

Rupa-rupanya..

Allah ingin menghadiahkan pelangi yang cantik untuk kita...

begitulah kisahnya...esoknya...aku nekad pasang balik modem yang dah terperuk kat bilik aku selma 2 minggu...panjat tangga...dan test...Alhamdulillah....boleh...aku rasakn terlepas satu batu kat bahu aku....

hari tu jugak...Allah permudahkan urusan aku untuk peminjman barang dekat jabatan PJ...dan aktiviti HELWANI pertama Insyaallah akan berjalan minggu depan....Alhamdulillah....

Aku rasakan dari hari ke hari..masalah yang aku alami mula meninggalkan bahu aku yang semakin nak jatuh ni...semuanya hanyalah dengan bantuan ALLAH yang ESa...Hanya PadaNYA tempat ku mengadu segala kesedihan yang di alami..dan usaha itu tidaklah sia-sia....ALhamdulillah....Moga selepas ini...hilang sendu mengiringi gembira....

~Hari Asyura~

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:


Sejarah Asyura bagi Perspektif Syiah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan.

Syahidnya Husain bin Ali

Rencana utama: Pertempuran Karbala

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Peringatan kesyahidan Husain

Peringatan kesyahidan Husain di Indonesia

Rencana utama: Tabot

Tabot adalah upacara tradisional masyarakat Bengkulu untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Husain bin Ali.

Asyura dalam Kalender Gregorian

Hari Asyura selalu sama pada kalendar Islam, tanggal di dalam kalendar Gregorian bervariasi dari tahun ke tahun kerana perbedaan antara dua kalendar.

  • 2003: 13 Mac
  • 2004: 2 Mac
  • 2005: 19 Februari
  • 2006: 9 Februari
  • 2007: 29 Januari
  • 2008: 19 Januari
  • 2009: 7 Januari dan 27 Disember
  • 2010: 16 Disember

.Senarai tarikh di atas hanya anggaran sahaja.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

sumber ; Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


~Jauh perjalanan luas pemandangan...~

~15 jAn 2010~
JumaAT~
~IPGM KSM~

HAri ni, lepas je main kat gym, aku pergilah bukit keluang...makan...aku ajak lah ann pergi ronda kampung-kampung...dah lama aku nak buat benda ni, tapi sebb tak ada member nak ikut kan...rentetan perjalan kami sepertidi bawah :

pukul 9...pergi isi minyak dekat PETRONAs kg Raja...LEpas tu terdetik nak mula cari Kg Baru....Sebab baru terdengar...Jadi, kami pergilah lalu jalan nak ke Gong kedak...Dengan yakinnya kami pergi masuk satu simpang ni...ingat terus jumpa TUDM Gong KEDAk...tapi..tersilap daaa....jumpalah KG Amer....terus punya terus tengok2 dah sampai kat simpang alor LIntah...Jumpalah SK Alor Lintah tu...

pukul 9..30..patah balik pergi simpang yang mula-mula masuk....rasa sekejap pula...dah keluar tu, masuklah pula simpang nak ke Gong KEdak.....Jauh jgk lah..ingat dekat je...Dulu Naik van tak rasa sangat nak ke Gong KEdak ni...sambil-sambil lalu kampung orang tu, keluarlah perkataan..."ooohhh...lahhh dekat sini jer....eh, jauh jgak kampung ni....kampung apa ni???Pusu Tinggi???"
lebih kurang macam tulah...ada satu lagi, Kg Dengir...pertma kali jugak dengar...jauh kali ni, tengok2 kat batu tepi jalan "JERTEH...4 KM"...eh...dh nak sampai Jerteh....tapi memang jauh lah nak jumpa penghujung jalan ni...Bila sampai dekat simpang seberang jerteh tu, aku patah balik..sebab misi aku tak nak lalu jalan besar....Bila balik tu dekat lah rasanya sebab kita dah pernah lalu jalan tu dan tahu apa yang akan kita hadapi...lagipun, lajulah jugak aku bawa motor tu....

Aku rasa kalau aku tak nekad, tak tahu aku kg2 ni kat mana...sekurang2nya bila aku dah habis belajar nanti, aku dah pergi kampung2 sekitar besut ni...nanti kalau orang tanya tak adalah aku rasa teruk sangat...Duduk kat BEsut 5 thn 1/2 tapi tak tahu kampung2 ni kat mana....

Pengajarannya dari perjalanan aku yang tak dirancang ni :

  1. hidup perlukan keberanian....kalau tak berani jadilah kita katak bawah tempurung...
  1. Berani buat keputusan...barulah kita akan capai matlamat...Jika yakin teruskan usaha, tapi jika teragak-agak...batalkan je lah niat tu sebab hanya dengan keyakinan akan buat kita nekad dengan segala keputusan dan bersedia menghadapi risiko...
  1. Jauh perjalanan, luas pemandangan....Masa ni baru aku nampak betapa indahnya ciptaan TUHAn...baru nampak muka bumi TUHAN yang luas ni...yang aku lalui ni hanyalah setitik sahaja....
Bersedia hadapi kemungkinan.....kalau nak pergi mana-mana tengok dulu apa yang perlu dibawa, kalau aku naik motor tu, isi dulu minyak, check plug, tayar....untuk elakkan perkara tak diingini....dan amalkan ayat2 pelingung diri..antara ayat yang aku amalkan setiap kali nak mulakan perjalanan atau hidup aku(waktu pagi_ ialah...baca ayat kursi, tawakal...moga dilindungi perjalanan hidup kita..Insyaallah...

Mungkin tu jer kot catatan aku untuk kali ini..sekadar ingatan dan kenangan.....
salam ukhuwah...


Nurabadie
~Bilik ann~

~hanyalah perasaan~

~Hanyalah perasaan...~

aku tak tau lah nak kata macam...Aku bknlah orang yang suka nak cerita benda2 remeh kat sini...lagipun ni melibatkan sesetengah pihak..aku tak nak lah melukakan hati mana-mana pihak..cuma hari ni terasa sedih lagi...pasal hal yang sama..sebab tu kadang aku malas nak ambil tahu hal orang sangat..sebab nanti akan buat aku sedih...aku akan buat apa saje yang aku nak wat tanpa ambil tahu hal orang...sebab?? aku terasa sunyi sangat kat sini...kemana-mana pun naik lah motor merah aku tu...kalau aku tanya dia orang kemana..nanti dia orang jawab..."kita orang kat KB ni.." tak pun.."kita orang kat jerteh ni...nak kirim apa-apa tak??"..lagi lah buat aku sedih...sebab tu, aku akan redah je pergi jerteh or memanalah dengan motor aku tu...

Alhamdulillah, aku dah ada lesen dan motor..jadi, boleh lah lagi hidup sorang..
Tapi, aku bukanlah orang yang macam tu..aku ni masih memerlukan orang lain saat aku sedih dan gembira..masih insan yang biasa...Mungkin taksir aku bukan macam tu kat cni..walau apa pun, aku masih cuba berbaik dengan semua orang...menjadi kawan untuk semua orang..aku akan cuba membantu selagi aku terdaya...Aku tahu, aku pun tak boleh nak memuaskan hati semua orang...jadi tak semua orang boleh memuaskan hati aku kan...

apa aku nak buat ya sekarang...kadang buntu jugak...aku cuba menjadi yang terbaik untuk orang lain tapi aku tak dapat jadi yang terbaik untuk diri sendiri..Sebab masih sedih atas benda yang remeh...LIFE MUST GO ON SITI SALWA..YOU CAN DO IT!abaikan apa yang tak baik yang berlaku disekeliling...cari kebahagiaan dan kegembiraan walaupun sukar dan payah....Setiap insan berhak merasa bahagia..~

~berMula langkah ini....~


My luvly aisyah....huhuhu

berhentilah masa di kala ini...abadikan kenangan yang tidak akan berulang kembali...


Masa ni baru pas exam...19/ 11/2009 paper Pke kot...tk ingat lak..hehe...


aku suka pic ni..nmpk sweet..tak taulah nape...



Bermula langkah ini ku atur,
selangkah demi selangkah ku susun,
meneruskan sebuah perjuangan yang tak pernah tamat,

tekad di jiwa kupahat kukuh,
azam tercipta ku semat di hati,
moga langkah ini,
tidak sumbang dipandang,

tidak jelik dilihat,
ku tuturkan bicara penuh manis,

moga tiada lagi yang terluka,
di kala ini,
ku hanya mampu memohon kepada PENCIPTA,
moga dilindungi perjalanan ku,
melindungi perjalanan hidup rakan-rakan ku,
melindungi perjalanan hidup keluargaku,

melindungi perjalanan hidup orang-orang yang ku sayangi,
moga ada bahagia milik kami....

Bermula langkah ini,
saat ini, hari ini, kala ini,
tidak akan aku menoleh ke belakang lagi,
tidak akan ku kutip serpihan duka yang berterbangan,
akan ku lontarkan daun-daun emas ceria,
untuk kegembiraan setiap insan,
Insyaallah....

Idea yang tiba-tiba ada,
nurabadie
p-212-b
8.45 malam

IPGM Kampus Sultan Mizan

~coNtest : tiRu MacAm sAya~

tIru mACaM SAyA


Contest ni sambil-sambil mempromosikan Batik & Sutera Terengganu & Blogshop ni. Berikut adalah syarat-syarat Contest ni:-
  1. Mesti mempunyai blog & menjadi FOLLOWER di Walai Batikku
  2. Letakkan Banner Contest ini & Banner Walai Batikku di sidebar anda. Banner tersebut mestilah dilinkkan ke http://walaibatikku.blogspot.com/2009/12/contest-tiru-macam-saya.html & Banner Walai Batikku dilinkkan http://walaibatikku.blogspot.com
  3. Letakkan link Walai Batikku di blog list anda
  4. Buat satu entry mengenai contest ini
  5. Uploadkan 1 gambar shj iaitu gambar berpakaian Batik (pario pun blh), tak kisah la sama ada anda sendiri @ saudara anda. Kalau bergambar ramai2 nyatakan mana satu anda. tak kisah batik yang anda pakai tu mahal @ murah, pario @ sebaliknya, batik urban ker asalkan jangan berbatik sarung sudah la yer..
  6. Terbuka kepada lelaki & perempuan
  7. Ceritakan serba sedikit tenttang pakaian batik tersebut
  8. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen di bawah
  9. Tarikh tutup contest ni adalah pada 30 Jan 2010
Hadiah yang bakal di terima dirahsiakan terlebih dahulu dan yang pastinya hadiah tempat pertama semestinya istimewa..


sATU LAgI COnTEST YANG AKU NAK JOIN...tIRU macaM Saya....Aku pikir aku takder gambar pakai baju batik ni...tapi bila godek2 aku punya gambar adalah jugak...aku pertaruhkan gambar
masa aku wat Pengalaman Berasaskan Sekolah kat Sekolah Kebangsaan Pemanis 2....Bersama ngan member: Ann...Hari ni hari khamis, so memang dh plan nak pakai baju batik Institut ni...Walaupun pakai baju batik, tapi tetap kena turun padang sebab ada tugasan kena buat..almaklumlah...bakal guru PJ..huhu..nasib-nasib...


Padang sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 2, Segamat...
 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase