Pages

bapak

Aku dilahirkan di Felda Pemanis, Segamat, Johor. Mak selalu cerita peristiwa yang berlaku saat-saat aku hendak dilahirkan. Elok-elok dah bawa pergi Hospital Segamat, mak minta nak bersalin dekat rumah. Bayangkanlah andai kata aku dilahirkan di tengah kebun getah tu. Issh, tak ke haru. Pada mulanya , misi marah.Tak bagi. Tapi, Doktor tu baik hati, dia benarkan mak bersalin dekat rumah. Baliklah mak dan bapak ke rumah naik motor YAMAHA (masih ada lagi sekarang) bawa kak siti. ish3x....Dengan saratnya masa tu. lalu kebun getah lagi. Jauh pula tu. Dah nak sampai rumah, boleh pulak teringin nak makan cendol. Aduhai mak aku. Aku ke yang nak mkn masa tu??Orang kata kalau mengidam anak yang nak makan kan? dah sudah makan cendol, balik sampai rumah terus rasa nak bersalin dan tanggal 15 Februari 1988, 2.30 P.M selamat lah aku lahir ke dunia ini. Saat aku sebelum lahir lagi kasih sayang bapak dan mak tak pernah kurang pada aku. 

Aku ingt lagi saat nak ambil gambar untuk masuk tadika. Walaupun masa tu tak adalah mewah sangat, tapi bapak tetap suruh aku pakai gaun warna pink yang sedia ada supaya nampaklah perempuan dan senonoh sikit. Yelah, zaman aku kecik2 tak pernah dapat rambut panjang. Panjang sikit je kena potong. panjang sikit kena potong. kalau pakai t-shirt, nampak macam lelaki pula. dah lah gelap (kuat main). masa tadika, ada peristiwa yang menyayat hati. Kaki aku tersangkut dekat engsel pintu (bahagian bawah). habis rabak. sakit pula tu. Masa tu aku gedik sangat melompat-lompat nak buka engsel pintu bahagian atas sebab nak ambil t-shirt dekat ampaian luar. Hari tu ada sukaneka tadika. Hati sangat excited nak pergi. Tapi tak dapat pergi pun sebab luka teruk. Masa sakit tu lah bapak aku rajin melayan. nak pergi toilet dia tolong. siap buatkan tongkat untuk aku berjalan. 

masuk pula sekolah rendah, aku ditempatkan di kelas yang hujung sekali. 1 cempaka. Aku tak pandai ke masa tu?yelah kot. Kalau tak, tak kanlah tercampak dekat kelas hujung kan. budak-budak bukan tau apa pun masa tu. sampai darjah tiga, aku dah mula menonjolkan diri. cewahhhh...boleh lah kekalkan prestasi masa   peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Aku telah berpeluang mendapat anugerah. tapi, sedih sangat-sangat. 2 kali majlis anugerah tu, bapak tak datang pun. terasa macam bapak tak hargai. bapak tak dapat nak datang sebab dia pergi menoreh. Acara tu waktu pagi. tapi, peristiwa tu telah memberi kesan pada aku sehingga remaja. Selepas daripada itu, apa-apa surat untuk diberikan kepada mak ayah aku buat tak ambil peduli sebab aku tahu mak ayah tak akan datang ke sekolah. Bukan aku tak mengerti tapi itulah kesan terhadap kanak-kanak apabila mak ayah tak peduli kan mereka dalam sesuatu peristiwa penting (pengajaran untuk diri sendiri juga ).

 masa zaman kanak-kanak dulu mungkin banyak benda aku tak dapat seperti kanak-kanak lain. Yelah bukan mampu kan. ramai adik beradik. sampaikan kata diri sendiri bukan anak mak ayah sebab rasa kurang diberi perhatian. teruk sungguh saat itu. lepas tu kena paksa lak pergi sekolah agama, kalau tak pergi sekolah jalan kaki. takut sehh....bila dah petang-petang, budak2 malas dah nak pi sekolah. yang diaorang ingat nak main, jadi bila kena ugut macam tu, rasa tak puas hati lah.tapi, aku ni jenis tak melawan. ikut jelah. 

ingat lagi masa aku duk berjalan tak ingat dunia, dari pagi sampai ke tengah ari tak balik. Pantang betul mak bapak aku kalau anak-anak dia berjalan kat rumah orang sampai tengah hari. ganggu orang rehat katanya. masa tu plak tengah sedap melepak dekat rumah hawa, apa lagi. bapak aku menjeritlah dari rumahku yang atas bukit tu. confirm lah dengar punya. mencicit aku balik, bapak aku apa lagi ambil batang betik....zappp..kena se das.....adesss...tobat ah...nasib batang betik jer...(masih terbayang di fikiran macam mana aksi bapak ambik batang betik tu)....tu baru yang dekat rumah hawa. belum lagi berjalan kat rumah wak muji, main pondok-pondok, masak-masak...macam-macam aku ni.kuat berjalan dari kecik. 

ingat lagi saat bapak tinggalkan aku dekat tepi highway simpang pemanis tu. degil sangat nak ikut dia pergi. masa tu ada kak ct sekali. dia suruh aku naik motor, dia bawak lah aku keluar pemanis. mula-mula memang suka, yelah, dapat berjalan. bila dah sampai destinasi, dia suruh turun. aku turun. lepas tu dia ugut nak tinggal sekat situ.. adus..rasa nak gila kot masa tu. kalau nak berjalan masuk dalam memanglah naya. tapi dia tak tinggal pun. nak acah jer. bagi pengajaran.jangan gatal-gatal nak ikut. lepas-lepas tu, tobat tak nak ngada-ngada nak ikut dia pergi mana-mana.,bagus btul pendekatan tu.(naya je kalau tinggal betul2)

ingat lagi saat bapak potong rambut aku.memang aku akan menangis tersedu-sedu. bapak potong rambut memg style. ikut lah fesyen dia. pernah sekali jadi rupa rambut aku jadi fesyen rambut abu bakar ella. popular kot dia masa tu. aku menangis tak berhenti sepanjang dia potong rambut tu, dan terus menangis bila tengok rupa akukat cermin. macm kena dera ada jugak. tapi, mulai daripada tu la aku mula pakai anak tudung bila nak keluar walaupun ke kedai runcit sebelah rumah. dan mulai saat itu aku mula menjaga aurat rambutku. Alhamdulillah. ada hikmanya peristiwa itu. Bapak pulak masa tu leh tersengih-sengih.kelakar kot kalau tengok muka aku saat itu.

ingat lagi saat aku kena berdikari membayar bil dekat bandar segamat. masa tu tak silap dalam tingkatan 2. mana aku tahu apa-apa masa tu! aduhai bapakku. dia benar-benar mengajarku untuk menjadi berdikari dan berani.

sampai saat ini, dia terus mengajar dan terus mengajar bagaimana untuk menjadi seorang insan. menjadi seorang manusia.  dia memaksa kami ke kebun getah bukan sekadar suka-suka, tapi mengajar kami bagaimana rasanya hidup susah dan cara hendak membuat kerja dalam sesuatu keadaan yang terdesak. aku semakin lama semakin suka untuk pergi membantu dia di kebun. memang berat, sakit, penat, lelah. tapi, pengajaran yang dia beri di sebalik kesakitan itu tidak akan aku perolehi di mana-mana. Dia memukul bukan untuk mendera, tapi untuk mengajar. terima kasih..

bapak,
walaupun dia garang melebihi harimau, 
tapi dia tetap jadi idola,
bapak,
walaupun pelajaran tak setinggi mana,
tapi dia tetap menjadi idaman,
bapak, 
walaupun tiada kemewahan yang kau berikan,
aku tetap rasa selesa berada di sampingmu,
bapak, 
walaupun kesusahan yang kau ajarkan dari kecil,
namun itulah hadiah ketika ku besarm
bapak,
walaupun ketegasan mu menggerunkan jiwaku,
tapi itulah landasan hidupku,
bapak,
walaupun kadangkala aku tidak dapat memahamimu,
namun kau tetap cuba memahamiku,
bapak...

engkau yang teristimewa....

2 comments:

Fadhila Ismail said...

nice..follow my blog juga ye..
http://emilyiabatrisyah.blogspot.com

NurabaDie said...

:)..tq...dh follow

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase