Aku teruskan kehidupan seperti biasa. Kadan-kadang aku berasa kejang pada kandunganku .Seolah-olah ditarik-tarik. Aku beranggapan mungkin dia sedang bergerak di dalam. Aku mudah lelah sepanjang kehamilan. Selain itu, aku juga berasa sakit ketika hendak membuang air kecil dan berasa sakit pada pinggang kanan. Aku pernah mengajukan keadaan itu kepada beberapa orang. Mereka menyatakan bahawa sakit itu kadang-kadang memang akan dirasai saat kehamilan.
Semasa cuti Deepavali, aku dan suami berkesempatan pulang ke kampung. Ketika itu kandunganku berusia 4 bulan. Masih tidak kelihatan lagi bentuk perut.Aku telah bergerak dari Lentang kerana pada perancangan asal kami tidak akan pulang ke kampung. Keadaan jalan Bera- Keratong sungguh menguji kesabaran. Sebenarnya aku berasa tidak selesa dengan kandunganku semasa kandungan mula membesar. Seolah-olah menekan ke bawah. Aku tidak mampu untuk menahan dari membuang air kecil walaupun lima minit. Kebetulan semasa melalui jalan ladang sawit, aku terasa ingin membuang air. Allah sahaja yang mengetahu perasaan ku saat itu. Yelah, manalah ada tandas di ladang sawit. Mungkin suami sudah merancang untuk berhenti di sebuah masjid semasa dalam perjalanan. Mujur ada masjid tersebut. Jika tidak, haru aku menahan hampir sejam perjalanan.
Kami merancang untuk pulang ke Pemanis terlebih dahulu. Aku telah menceritakan keadaan kandunganku. Mak menasihati aku untuk berurut bagi membetulkan kedudukan kandunganku. Alhamdulillah, aku berasa lebih selesa dan selesa untuk bergerak.Tidak seperti keadaan sebelum ini yang tidak membenarkan untuk aku menahan diri dari membuang air kecil. Setelah sehari berada di Pemanis, kami bergerak pulang ke Keratong. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga malam sebelum kami pulang. Aku mula rasa sakit perut. memulas-mulas. semakin larut malam, semakin kerap keadaan itu berlaku. Sang suami sudah tidak keruan untuk buat apa. Aku meminta untuk pergi ke klinik. Sangat-sangat sakit. Kami pergi ke KK, namun MA tidak mampu berbuat apa-apa. Suami mula memandu dalam keadaan sangat bimbang ke Hospital.Keadaan memulas-mulas itu berlaku selang 15 minit. Terasa sangat lambat untuk tiba di hospital. Walaupun berada di zon kecemasan, aku tidak dilayan seperti kecemasan . Aku memang tidak mampu menahan kesakitan dan hampir berbaring di ruang menunggu. Namun, masih tidak dipedulikan. Suami terpaksa meminta disediakan katil untuk memberi ruang kepadaku untuk berbaring.Ketika itu barulah aku dirawat. Aku terus mengerang kesakitan sehinggalah disuntik ubat tahan sakit. Lega seketika. Kami pulang sejurus lepas itu. Rupa-rupanya ubat itu bertahan hanya sebentar. Aku mula merasa sakit semula setelah tiba di rumah. Sepanjang pagi tidak mampu melelapkan mata.Tidak mahu mengganggu sang suami, sekadar menahan kesakitan sendiri.
Kami pulang ke Lentang dengan keadaan aku yang masih longlai dan tidak berselera untuk makan. Pelbagai nasihat dan pantang diperolehi.Dugaan. Aku terus berdoa agar terus sihat dan boleh kembali pulang ke Kulai dengan sihat. Sebelum pulang ke Kulai, aku meminta suami untuk bawa ke KK untuk memeriksa tekanan darah( aku telah disyaki mengalami Darah tinggi). Disebabkan hujung minggu, tiada KK yang dibuka dan hanya hospital sahaja yang ada. Ketika itu , aku mengalami sakit semasa batuk. Seolah-olah sempit dada.tiada kahak. Selesai memeriksa tekanan darah, aku berjumpa dengan MA. Tetapi, biasalah mereka tidak berani memberi sebarangan ubat kepada ibu mengandung. Aku telah diberi rawatan untuk mencairkan kahak ( seperti rawatan orang asma). Tidak pernah seumur hidup aku mendapat rawatan begitu. Masa terus berjalan dan kami sebenarnya hampr lewat untuk ke TBS. Aku terus berdoa agar dimudahkan perjalanan kami ke TBS. Alhamdulillah, bas yang bakal kunaiki hanya menunggu masa untuk bergerak. Aku penumpang terakhir yang menaiki bas tersebut.
Aku kembali bekerja seperti biasa. Musim peperiksaan sudah berlalu. Aku semakin sibuk dengan SAPR dan SAPS. terlupa seketika kesakitan yang pernah dialami. Namun, debaran sakit itu tidak berakhir di situ. Pada hari Jumaat itu, aku terus dikejutkan dengan pendarahan lagi. Menggigil tanganku. deras nafasku. Rancanganku untuk berehat tergendala.Aku pantas bersiap untuk ke KD. Tetapi disebabkan ketika itu masih rehat(Jumaat rehat panjang) aku terus ke KK. Namun Doktor tiada pada waktu petang. Terpaksa aku pergi ke Hospital. Redah dan Redha.Tabah. Dalam keadaan batuk yang sangat teruk. Badan terasa longlai juga. Belum hilang penat di sekolah. Aku terus menunggu di ruang menunggu. Seperti di hospital sebelum ini. Aku masih bersabar disebabkan keadaan aku yang tak berapa kritikal seperti sebelum ini. Namun, setelah hampir dua jam menunggu, pundi kencingku tidak mampu bertahan lagi. Aku terus bertanya sama ada giliranku lama lagi atau tidak. Mereka tidak membenarkan aku ke tandas, sebaliknya meminta aku masuk ke dalam. Bagus juga. Cepat sikit kerja. Setelah masuk, aku diminta masuk ke dalam bilik untuk di "scan".MEnunggu lagi hampir 5 minit. Ait, mana pula orang nya. Aku keluar lagi bertanya di mana tandas. Tak tahan dah. Di suruh tunggu pula. Terus sahaja doktor memeriksa.Ermm..boleh pula. Aku terus ke tandas setelah di'scan:" dan di periksa. Tiada apa-apa masalah. jantung uri ok.rahim ok. Aku terus ke tandas kerana sudah menahannya hampir dua jam. Aku kembali ke depan namun tidak dipanggil. Sekali lagi aku ke kaunter dan bertanya. Rupa-rupanya doktor telah bertukar shift.Allah.Beria aku tunggu di depan.Aku pulang setelah mendapat ubat. Tiada apa-apa tindakan walaupun lama menunggu.