Pages

Siti Nur Binti Muhammad Hakimi (Part 4)

Hanya kalimah ALLAH mampu ku ucapkan sepanjang 30-40 minit perjalanan. Ku genggam erat pemegang pada pintu kereta. ALLAH sahaja yang tahu kesakitan yang aku alami ketika itu. Sejurus tiba di halaman hospital bahagian kecemasan, aku lihat seorang pengawal keselamatan terus mengambil kerusi roda. Mungkin ayah telah menyatakan bahawa aku hendak bersalin, terus ditolak aku ke "labour room". Semasa di dalam lif, sempat lagi aku bertanya kepada mak perihal pendaftaran pesakit. Selepas itu, aku terus tidak mampu untuk bercakap dan merelakan diri untuk ditolak ke bilik yang aku tak tahu. Ramai jururawat kelihatan cemas dan meminta aku untuk berbaring. Mereka menyangka aku sudah cukup minggu. Apabila melihat buku merah, kecoh seketika kerana kandunganku hanya berusia 20 minggu. Aku disuntik ubat tahan sakit. Kemudian, pemeriksaan kandungan dilakukan. Doktor dan jururawat menyatakan bahawa jantung kandunganku berdegup normal. Sempat juga aku melihat sekilas. Kesakitan telah membataskan pergerakan. Doktor membuat pemeriksaan lanjut. Dia terdiam seketika dan menyatakan bahawa jalan untuk baby keluar telah terbuka dan kepala baby sudah berada di bawah. Aku terdiam.Kelu.Melawan kesakitan. Aku bertanya sama ada kandunganku boleh diselamatkan atau tidak. Namun, hanya berita buruk yang kuterima. Tidak boleh buat apa-apa.Jalan sudah terbuka. Hanya tunggu masa untuk keluar. ALLAHU AKBAR!Aku sempat bermesej dengan suami.HAnya "emoticon" :( dibalas olehnya.

Aku telah di bawa ke wad. Aku tak tahu wad apa. Hanya mengikut sahaja. Mak, ayah, Kak Yah mengikut dari belakang. Sakit ku semakin kerap. Memulas-mulas. Tak dapat dinyatakan, dieritakan dan dilafazkan kesakitan itu, JAm menginjak pukul 1 pagi. Mereka diminta untuk keluar dari wad. Tidak dibenarkan menunggu. Mak sempat memberi kucupan sayang kepadaku sebelum pulang.Aku tahu dia ingin menunggu , namun keadaan mengizinkan.Aku juga sangat meninginkan seseorang berada di sisi.

Sepanjang pagi aku bergelut dengan kesakitan.Mengerang kesakitan, menangis, berzikir. Sehingga jam 3 pagi, sakitku memuncak. Seseorang telah menghampiriku dan bertanya sama ada memerlukan bantuan jururawat atau tidak.Aku hanya mampu mengangguk lesu. Dua orang jururawat menghampiriku dan membantu aku berzikir. Sedikit kekuatan ku perolehi dari genggaman dan bantuannya itu. Ku rasakan punggungku semakin memberat dan seolah-olah ada sesuatu yang ingin keluar. Aku pun tidak tahu kenapa aku menyatakan sudah kepada jururawat itu. Mereka hanya mengangguk dan mengiakan. Dengan dua kali teran, air ketubanku pecah. Mereka kelihatan terkejut. Aku cuba meneran sekali lagi kerana berasa seolah-olah ada lagi yang masih belum keluar. Aku tidak terfikir apa-apa kerana ini merupakan pengalaman pertamaku. Habis basah katil wad itu. Setelah selesai bayiku dikeluarkan, mereka bertanya sama ada aku ingin melihatnya atau tidak.Aku hanya mengangguk perlahan. Tidak tahu emosi apa yang harus ku tunjukkan. Ku lihat bayiku sudah sempurna fizikalnya. ku sentuh pipinya perlahan.Lembut. Aku telah ditolak masuk ke dalam wad usai urusan pembersihan.

Setiap ahli keluarga dan kenalan rapat aku sampaikan berita itu. Aku tidak tahu kekuatan mana yang aku peroleh sepanjang pagi itu. Sangat tenang. Alhamdulillah.Allah masih membantuku.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase