Pages

Siti Nur Binti Muhammad Hakimi (Part 3)


Alhamdulillah, aku dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat mengambil berat. Masing-masing membebel kerana aku tidak memberitahu keadaanku ini kepada mereka. Kak Shidah terus mengambil aku di rumah petang itu. Mereka bimbang aku tinggal sendirian di rumah. Selama dua hari aku di rumah kak shidah. Hari Sabtu , kami ke Klinik Swasta untuk memeriksa lebih lanjut. Cadangnya hendak ke pakar tetapi rezeki tidak mnyebelahi kami. Setelah diperiksa , kelihatan uri berada di bawah namun dalam keadaa tidak membahayakan. Jantung zuriatku masih berdegup normal.Alhamdulillah. Kami pulang ke rumah dengan keadaan aku yang sangat tidak sihat.Longlai. Debaran terus berlanjutan sehingga malam ahad. Aku pulang ke rumah dan dapati masih ada pendarahan. Aku kaku.terdiam. Mengapa berlaku lagi. Doktor sudah menyatakan tiada apa-apa.tetapi kenapa masih berlaku pendarahan?Aku terus meminta pendapat Kak Khatijah Jaafar. Dia memberi cadangan untuk aku mengambil MC dan menjalani pemeriksaan di Pakar Puteri. Selepas subuh itu, aku longlai di tikar sejadah. Menangis dan terus menangis. Betapa kerdilnya aku. Aku bersiap untuk ke Klinik. Air mataku terus mengalir deras setelah melihat pendarahan yang terus berlaku. Aku tiada siapa yang mampu dipeluk ketika itu. KEtakutan.Bimbang. Hanya Allah yang ada saat itu.



Aku telah disyaki menghidapi jangkitan kuman pada pangkal rahim. Allah. Ketika itu, aku hanya mampu merintih. Kenapa saat kandunganku baru menginjak 20 minggu, baru penyakit itu dikesan. Aku telah bertanya jika keadaan ini berlanjutan, apa yang berlaku. Secara spontan doktor menjawab, "baby nak keluarlah tu.".Aku telah diberikan antibiotik dan MC selama seminggu. Ketika itu rasa syukur timbul kerana aku memang memerlukan rehat. Fizikal dan mentalku tidak larat lagi untuk bekerja buat masa ini.Terasa sangat letih.

Aku dan Kak Jah pulang ke rumah setelah selesai semua urusan. Sebelum suami tiba untuk menghantarku pulang ke kampung, aku cuba menyelesaikan urusan-urusan penting yang wajib aku selesaikan sebelum pulang bercuti. Suami hanya dapat tiba jam 11 malam. Kami tiba di kampung sekitar jam 1 pagi. Lewat.

Pendarahan masih berlaku. Ubat tetap aku makan. Aku rasakan sangat lama menunggu hari Jumaat untuk keputusan itu. Sebelum sempat keputusan pemeriksaa keluar, pada 13 November 2013, peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku telah berlaku. Selepas solat maghrib, aku sudah berasa tidak sedap perut. Terasa seperti memulas-mula. Ku abaikan sakit itu dan makan malam. Sakit itu berselang lebih kurang sejam. Aku mula rasa sakit bahagian belakang. Kunyatakan sakit itu kepada mak. Mak cuba mengurut di sekeliling perut(tidak di bahagian kandungaku). Bermula jam 10, sakit itu semakin kerap. Menangis aku dengan kesakitan itu. Pada pukul 11, aku berasa ingin membuang air kecil . Berderau darahku apabila berlaku pendarahan yang lain daripada biasa. Aku meminta bantuan ayah untuk ke hospital. Entah atas desakan apa aku tekad untuk ke hospital dan menyediakan barang yang sepatutnya.Gerakan hatiku kuat menyatakan bahawa aku akan ditahan wad. Dalam keadaan semakin sakit itu, aku meminta suami aku untuk pulang. Memang drastik. Jika difikirkan logik, meminta dia untuk pulang ke Segamat dari Bentong pada waktu tengah malam adalah agak kejam. Keadaan jalan Bentong- Segamat yang perlu melalui jalan ladang sawit sepanjang jalan. Namun, dia tidak bercakap banyak dan kerisauan yang memuncak menyebabkan suami tidak berfikir panjang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase