Pages

Siti Nur Binti Muhammad Hakimi (Part 5 ..last)

Banyak panggilan aku terima sepanjang pagi itu. Hanya satu panggilan yang benar-benar membuatkan hatiku sebak dan mengalirkan air mata. Panggilan dari suami kesayanganku. Sangat-sangat sayu keadaan ketika itu. Saat itu barulah aku rasakan ingin memeluknya erat-erat. Menangis di bahunya. Namun, dengan izin ALLAH keadaan itu tak berlaku. Pagi itu, dia dan keluarga sibuk menguruskan jenazah bayi (ketika itu beum ada nama). Sebelum diserahkan kepada suami, seorang petugas membawa jenazah bayiku ke arahku. Seorang jururawat yang prihatin telah meminta kain batik untuk membalut plastik tersebut.Terasa sayu kerana dia dibalut begitu. Urusan pengebumiannya di jalankan di Pemanis. Aku hanya dapat mengetahui khabar berita melalui mesej yang dikirim oleh suamiku. Dia dimandikan, dikafankan, di sembahyangkan dan dikebumikan seperti biasa,Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Suamiku menitiskan air mata 3 kali sepanjang upacara berlangsung. Aku yang tidak melihatnya pun menitis air mata apabila mengenangkan .Ini pula dia yang melihatnya dan menghantarnya ke liang lahad.Sebelum terlupa, mak telah memberikan nama Siti Nur kepadanya.Alhamdulillah.Dia dah ada nama.:) Kami sudah mempunyai simpanan di Syurga. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami. Ramai sahabat yang telah mengirimkan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepadaku. Terima kasih tidak terhingga. Semoga Allah memakbulkan doa kalian buat kami.

Aku menjalani tempoh berpantang seperti biasa. Semasa suamiku mengambilku pulang dari wad. Sempat dia berpesan kepadaku agar tidak minum air banyak kerana dikhuatiri bengkak susu. Aku hanya tergelak menddengarnya kerana menyangka mana mungkin akan ada susu kerana kandunganku baru 20 minggu. Tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya, sehari selepas aku pulang, aku telah mengalami bengkak pada payudara.Rupan-rupanya sudah ada susu.Allah.Menitis air mata ketika pertama kali mengepam susu keluar. Allah itu Maha Kaya.Allah itu Maha Besar. Dugaan buatku.

Ya Allah!Ya Rahman! Ya Rahim!
Engkau ampunkan dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mertuaku, seluruh ahli keluargaku dan shabat-sahabatku.Engkau limpahkan rahmatMU dan Kurniakanlah kami kekuatan dalam menempuh dugaan dan cabaran ini. Engkau tetapkanlah iman kami.Engkau jadikanlah setiap apa yang berlaku sebagai penambah iman kami.Sesungguhnya Engkaulah yang memberi rahmat.




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase