Pages

~erti Sebuah kemaafan~


~ 28 Jan 2oO9~

aku dh lama nk masukkan entry ni...sekadar renungan...Kemaafan ni sukar nak diucap, sukar untuk dilahirkan jika hati kita tidak ikhlas...jika hati kita masih merintih dendam...hati yang di sulam kemarahan, sakit hati hanya akan memudaratkan hati kita...Ada satu peristiwa yang aku sukar untuk beri kemaafan...Makan tak kenyang, tidur tak lena..bila tengok je insan tu, hati aku akan membengkak..dendam membara...hanya fikir hendak membalas akan segala perbuatan yang dia telah lakukan..pelbagai usaha dilakukan untuk aku membersihkan hati, menenangkan jiwa kacau...hampir setahun barulah kemaafan itu muncul dalam hati..setelah itu, aku rasakan hidup aku sangat tenang..Kemaafan juga tak lahir dari orang yang ego...kadang-kadang kemaafan itu akan meleraikan satu episod perang yang panjang..hanya perkataan maaf akan melenyapkan derita..hanya perkataan kemaafan akan menghilangkan sengketa....Jika tidak percaya...cubalah memberi kemaafan kepada orang yang kita tidak suka...Insyaallah...ketenangan akan muncul selepas itu...Kita hanya dikira berani jika kata maaf akan lahir dari bibir kurniaan TUHAN ini...hanya 4 huruf yang mampu mengembalikan tali persaudaraan yang lupus....


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Riwayat Bukhari)

Huraian
Pengajaran hadith
:

  • Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
  • Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
  • Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase