Pages

Merahsiakan keaiban orang lain...


"think Positive" mengeratkan persahabatan.....


~5 November 2009~

~Exam~
4 hari lagi

~Mood~
Ok

Dalam hidup ni, kita dikelilingi manusia yang pelbagai gelagat...sama ada baik atau buruk...jika kita seorang yang suka mencari kesalahan atau keburukan orang lain..maka kita sebenarnya mendedahkan diri kita kepada kelemahan diri sendiri...usahlah bercerita dan terus bercerita tentang keburukan orang lain..Lihat lah pada kebaikannya. Kebaikan orang walaupun setinggi gunung pun tetap akan ditutup oleh keburukan yang sebesar zarah...renungkanlah...Kehidupan ini juga tidak membenarkan untuk kita seratus-peratus memahami orang lain...Cuba lah kita merasa kesusahan orang yang susah dan bergembira di atas kegembiraan orang lain...Insyaallah hidup kita akan sentiasa bahagia dan senang...

.........................................................................
~Merahsiakn keaiban orang lain~


Keaiban orang lain hendaklah disembunyikan GOLONGAN yang menyebar khabar angin dan surat layang bagi memburuk-burukkan orang lain adalah manusia yang tidak mencintai keharmonian dan kestabilan hidup.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar.

Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain, sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu.

Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal anugerah Allah.

Ini kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki....

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase