Pages

ceritera kehidupan

Hari ini, entah orang ke berapa baru tahu aku ad blog ni.Aku tak kisah pun kalau mereka tak tahu sebab tujuan aku buat blog ni bukan untuk tatapan umum.Sekadar suka2.rata-rata cakap bahawa penulisan aku lebih kepad berbentuk sajak. Sebenarnya, sebelum ni tak macam tu pun. Blog ni tempat aku untuk menyatakan apa yang aku tak leh nak cerita melalui perbualan. Lebih senang melalui penulisan.Kalau dulu, semua orang tak tahu, tak mengapa aku menulis secara direct. Tetapi, bila dah ada 2 3 orang kenalan satu tempat ni, aku kena mengawal bahasa yang akan aku gunakan supaya tak menyinggung mana-mana pihak. cara yang terbaik adalah melalui penulisan berbentuk sajak. itu semua hanyalah idea spontan yang lahir dari kepala otak aku yang tak berapa nak cerdik dalam penulisan. bila menulis melalui sajak, banyak bahasa kiasan yang hanya aku seorang boleh tafsirkan maksud yang sebenar. Aku bukan orang yang nak cari publisiti murahan dengan mengaibkan orang. tetapi, aku adalah seorang insan menggunakan medium ini sebagai meluahkan rasa yang tak dpat diluahkan melalui kata-kata. apa pun, terima kasih kawan-kawan yang sudi menjenguk blog yang hanya sejengkal ilmu di dalamnya.:)

1 comments:

Annerfyoes said...

blog kn kdg2 cm diari kta,hehe

Post a Comment

 
Copyright 2010 NurabaDie. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase